Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

20 SEN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan kepada pengguna setiap Sabtu di seluruh negara adalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik anjuran kementerian itu.


Peraturan itu yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lepas di semua hypermarket, supermarket, departmental store dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara dibuat sempena Hari Tanpa Beg Plastik, menurut kenyataan akhbar kementerian itu di sini, Khamis.

Menurutnya pada setiap Sabtu, pengguna tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik percuma tetapi dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik.

Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan terpilih di bawah program "Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)" syarikat tersebut, dan juga bagi pelaksanaan program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar.

2 ulasan:

  1. eh ni idea yb eli wong exco selangor ni. dah kena ciplak ke kpdnkk. takde idea lain ke..

    BalasPadam
  2. Dah masuk 2 tahun dah Selangor buat dan kena bayar 20 sen kalau nak jugak beg... tetiba aje KPDNKK kata dorang nye cadangan? sampai gitu sekali jatuh hina dah menterimenteri ni sampai tak tahu malu langsung dah....
    Oppss.... Selangor buat utk Selangor.... KPDNK buat seluruh negara... memang betullah kot idea dorang...

    BalasPadam