Satu memorandum diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, meminta Mustaffa Kamil Ayub dikekalkan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) Perak.
Bekas Ketua Penerangan PKR Negeri, Zulkifly Ibrahim berkata, undian bagi memilih PMPN telah dibuat pada 16 Disember lalu selepas pertemuan dibuat antara Ketua-ketua Cabang dengan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Mansor Osman.
Menurutnya, Mustaffa Kamil mendapat 13 undian sementara Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty 10 undian dan satu undi berkecuali.
“Yang menjadi tanda tanya mengapa Pimpinan Pusat menghantar seorang lagi Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh 23 Disember lalu untuk bertemu lima pimpinan kanan Cabang dengan misi mendapat persetujuan pelantikan PMPN.
“Perbuatan itu bertentangan dengan fasal 16.6 dalam perlembagaan parti yang menetapkan Pengerusi Majlis Pimpinan setiap negeri dan Wilayah Persekutuan hendaklah dilantik Presiden setelah berunding dengan Ketua-ketua Cabang di negeri-negeri berkaitan dan Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Zulkifly berkata, keadaan itu menimbulkan situasi kurang selesa dalam kalangan pemimpin Cabang negeri.
Katanya, perkara ini menimbulkan keraguan dan konflik pada pimpinan Cabang dalam konteks mewujudkan budaya patuh terhadap perlembagaan di dalam parti.
“Dalam saat parti yang sedang tercemar imejnya, berikutan manipulasi dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan hubungan sesama ahli-ahli yang masih belum dipulihkan, tiada indikator yang serius untuk menyelesaikan bantahan yang dikemukakan Cabang-cabang yang terlibat.
“Kini timbul satu lagi keadaan memualkan di Perak yang mengundang bencana kepada parti dalam menghadapi PRU13 yang dengan pemilihan PMPN,” katanya.
Beliau berkata, memorandum itu turut disertakan pendapat perundangan mengenai pelantikan PMPN.
Menurutnya, pelantikan mana-mana pihak selain diputuskan suara majoriti Ketua-ketua Cabang bercanggah dengan perlembagaan parti yang diamalkan atas prinsip demokrasi adil dan bebas.
Katanya, Presiden telah memberi hak mengundi kepada Ketua-ketua Cabang sebagai pemutus dan keputusan itu mestilah dilaksanakan.
“Kini timbul satu lagi keadaan memualkan di Perak yang mengundang bencana kepada parti dalam menghadapi PRU13 yang dengan pemilihan PMPN,” katanya
BalasPadamDah lama mual! Takat belum menyampah sebab kenangkan kawan2 yang ikhlas berjuang dalam PKR.