Pengikut

Rabu, 19 Januari 2011

I TAK GILA- I MASIH ADUN- I MASIH ADA ISTERI

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menegaskan beliau masih wakil rakyat yang sah kawasan tersebut mengikut undang-undang.

Beliau juga menolak pengumuman yang dibuat Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim berhubung kekosongan kerusi yang dimenanginya itu pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Tegasnya, kenyataan Teng bahawa beliau tidak hadir sidang DUN Selangor selama lebih setengah tahun adalah tidak benar.

"Saya masih ADUN Pelabuhan Klang yang sah.

"Tak benar kalau beliau kata saya tidak hadir sidang DUN selama enam bulan...tak benar sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Speaker Selangor berhubung kekosongan kerusi Pelabuhan Klang.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Ditanya sama ada beliau pernah tidak hadir pada mana-mana sidang DUN sebelum ini, beliau berkata: "Waktu saya masih ADUN Bebas saya ada hadir dan waktu saya sudah menyertai Umno juga saya hadir.

"Cuma saya pernah menghantar surat cuti kepada speaker sewaktu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 16 November atas masalah kesihatan, katanya.

Diminta mengulas mengenai tindakannya selepas ini sama ada mahu mencabar keputusan Speaker Selangor, Badrul Hisham berkata beliau akan berbincang mengenainya dengan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor untuk tindakan lanjut.

Badrul Hisham meninggalkan PKR pada Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan