Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah mempersoalkan sikap Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang terus membisu mengenai pelbagai dakwaan termasuk yang berbentuk peribadi mengenai suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Aminah, sebagai seorang isteri yang bermaruah dan berwibawa, Wan Azizah sepatutnya bertindak balas terhadap semua dakwaan berkenaan termasuk pendedahan Datuk S. Nallakarupan bahawa Anwar merupakan seorang 'pelacur politik.'
"Saya cukup hairan kenapa Wan Azizah masih membisu apabila Nallakarupan mendakwa Anwar adalah 'putar alam' yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi akhirnya menjadi 'pelacur politik.'
"Sikap membisu beliau ini akan membuatkan orang ramai percaya apa yang didakwa oleh Nallakarupan itu ada asas dan kebenarannya," katanya.
Aminah mengulas laporan hari ini yang memetik kenyataan Nallakarupan yang menyatakan kesediaan untuk mendedahkan segala rahsia Anwar ketika perbicaraan membabitkan mereka berdua di mahkamah.
Nallakarupan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dalam laporan itu berkata, sepanjang persahabatannya dengan Anwar selama 30 tahun, banyak rahsia Penasihat PKR itu yang diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.
Menurut Nallakarupan, sebagai warganegara yang sayangkan negaranya, beliau sedikitpun tidak gentar untuk berhadapan dengan cabaran Anwar dalam apa bentuk sekalipun.
Tambah Aminah, sikap membisu Wan Azizah juga mengesahkan andaian bahawa beliau adalah 'presiden patung' yang hanya tahu berlakon dan membaca skrip yang diberi.
"Wan Azizah sama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya tahu membaca skrip dalam kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
"Ini menggambarkan seolah-olah PKR memang parti yang ditubuhkan mengikut skrip yang diberi dan pemimpinnya hanya pandai membaca skrip yang ada," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan