Pengikut

Isnin, 10 Januari 2011

JANGAN MIMPI

Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak hanya boleh “bermimpi” sekiranya mahu bergabung dengan PAS, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan merujuk kepada isu di sebalik pertemuan 24 Disember. 

Selain PAS, Pakatan Rakyat turut disertai PKR dan DAP.

“Najib boleh bermimpi kalau nak ajak PAS bergabung,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

“Umno sudah ditimpa mala petaka,” kata Anwar ketika menyampaikan ceramah pada program Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS di Stadium Malawati di sini malam tadi.

Perhimpunan malam, yang dikatakan sudah dirancang lebih awal, diadakan ketika Pakatan Rakyat berhadapan dengan isu kontroversi pertemuan 24 Disember dan juga krisis perlembagaan negeri Selangor.

Pertemuan 24 Disember dikatakan menyentuh soal kerjasama politik PAS-Umno dan ia bukan kali pertama soal itu muncul sejak negara menyaksikan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Penasihat PKR itu berkata, Umno sudah tidak mempunyai “modal” untuk menyerang Pakatan Rakyat.

“Umno dah habis fikiran, dah guna macam-macam perkara, diserang begitu kuat dalam Utusan Malaysia, mereka dah habis ikhtiar.

“Ingat Umno kuat? Tidak... Umno hidup kerana menyemarakkan api sentimen perkauman.

“Kalau kita boleh jawab, Umno dah lama habis. Umno juga hidup dengan slogan, tanpa Umno habis orang Melayu,” katanya.

sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan