Pengikut

Khamis, 13 Januari 2011

MUSIM JUAL BELI BERMULA

Demam cabar-mencabar debat menyentuh dasar ekonomi PR dan BN mula memuncak dengan pemimpin parti komponen kedua-dua perikatan turun gelanggang untuk menghulurkan jemputan masing-masing.

Sehingga hari ini PAS, Umno dan PKR sudah pun berbuat demikian.

Perkembangan itu dilihat merancakkan lagi ‘deman’ spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13.

Bermula dengan cabaran Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan dasar itu, ketua Pemuda PKR mencabar rakan sejawatannya dari Umno agar berdebat dengan beliau, bukannya penasihat mereka.

Difahamkan jemputan kepada Khairy Jamaluddin telah dihantar oleh Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin malam tadi.

“Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar ke atas Perdana Menteri Datuk  Seri Najib mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

“Sangat mendukacitakan apabila Dato Sri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar ‘membuang masa’ beliau,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya malam tadi.

Kata Shamsul Iskandar, mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Lebih mengejutkan apabila Khairy pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar.

“Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut,” katanya.

Shamsul Iskandar menambah, harus diingat bahawa berdasarkan beberapa prestasi Khairy dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar.

“Justeru, atas kapasiti Ketua Angkatan Muda PKR saya dengan ini secara rasmi menawarkan platform debat Pemuda satu lawan satu di antara saya dan Khairy, yang saya percaya lebih cocok dan sesuai dengan mengambil kira kapasiti kami selaku ketua sayap pemuda Umno dan PKR,” katanya lagi.

Kata beliau, surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau.

“Dan, saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini,” katanya lagi.

baca 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan