Pengikut

Selasa, 25 Januari 2011

SIDANG DUN:BODOH DAN BUANG MASA?

Bodoh dan membuang masa...itu antara keluhan beberapa wartawan selepas Tan Sri Khalid Ibrahim selesai buat sidang media di luar Dewan Undangan Negeri Selangor kira-kira jam 4.45 petang Isnin.
Memang patut mereka merasa begitu.Cukup pelik kerana dalam sidang media itu Menteri Besar itu mengakui kerajaan Selangor gagal meminda Undang-Undang Tubuh Negeri kerana tidak dapat sokongan majoriti dua pertiga daripada keseluruhan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Sedangkan ketika itu, perbahasan untuk meminda undang-undang tubuh Selangor masih sedang berlangsung dalam dewan dimana beberapa Adun pakatan pembangkang dan Barisan Nasional masih berhujah mengenainya.

Pengundian secara belah bahagi hanya dijalankan dalam dewan pada jam 6.25 petang – dimana pihak Pakatan Pembangkang dapat 34 undi manakala Barisan Nasional 20 undi.

Apapun pindaan itu tidak dapat diluluskan kerana ia memerlukan dua pertiga Adun menyokongnya.Kalau nak kira waktu itu barulah rasmi ditolak.
Soalnya kalau tahu awal-awal lagi tidak boleh menang atau pinda undang-undang tersebut kenapa nak buat juga Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) sehari suntuk yang bermula sejak jam 10 pagi ?
Membuang masa dan membodohkan orang saja, rungut seorang wartawan dari Kuala Lumpur tetapi pernah bertugas di Selangor satu ketika dahulu.
Justru itu, memang benar kata Ketua Pembangkang BN, Datuk Satim Diman bahawa sidang khas itu hanya retorik dan hipokrit kerajaan PKR Selangor sahaja.
Satim mendakwa Menteri Besar Selangor itu mempunyai niat buruk dengan enggan mengiktiraf Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang sah berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Kerana itu kerajaan Selangor sengaja mencadangkan pindaan tersebut kerana membantah Khusrin yang dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan alasannya ia tidak dirujuk kepada Menteri Besar.
Satim berkata pindaan itu bermotifkan politik dan bukti sikap hipokrit serta ketidakikhlasan kerajaan Selangor.
Katanya, BN semasa memerintah Selangor sebelum ini, tidak pernah mengetepikan dan membelakangkan Sultan Selangor.
Beliau berkata Menteri Besar sedar pindaan itu tidak akan diluluskan kerana tidak akan mendapat sokongan dua pertiga daripada anggota dewan tetapi masih mahu membentangkan pindaan itu.
Satim yang juga Adun Sri Serdang membidas kerajaan Selangor yang mendakwa ingin mengembalikan kuasa Sultan dalam pindaan itu sedangkan ia tidak memberikan kuasa penuh kepada baginda dalam pelantikan SUK.
Mengikut pindaan itu, katanya, peranan Sultan hanya disebut sebagai “hendaklah bertindak mengikut nasihat Menteri Besar.”
Itu kata Satim tetapi ada pula pihak pihak melihat kegagalan pindaan tersebut membuktikan Khalid gagal sebagai Menteri Besar apatah lagi untuk memahami prosedur pelantikan berkenaan.
Ini yang buat timbul soksek yang berlegar dakwa ada pemimpin pakatan pembangkang yang gembira dan ketawa besar kerana anggap Khalid memang tidak cerdik menangani isu pelantikan Khusrin.
Puak-puak ini dikatakan cuba kaitkan Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohd Azmin Ali.

Maklumlah, sebelum ini ramai tahu Azmin dan Khalid memang tak ngam sehingga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor yang disandang Khalid dulu.
Lagipun, tengok senarai Adun PR yang bangun berbahas, rata-rata adalah geng Azmin.
Antara yang membahaskan usul itu ada Adun Batu Caves Amirudin Shari, Adun Ulu Klang Shaari Sungib, Adun Sri Muda,Shuhaimi Shafiei
Mereka mendakwa sekalipun dalam perbahasan Azmin dan Adun PR memuji Khalid melambung-lambung tetapi ianya tak lebih dari ‘ wayang’ saja.
Seronoknya dicelah-celah ini ada sumber-sumber di sebelah pihak Khalid dikatakan mendakwa bos mereka berjaya besar dari segi politik kerana dapat satukan ADUN pakatan pembangkang sokong usahanya.

Ini kata mereka satu point besar untuk gambarkan jangan sesiapa ganggu gugat kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Melihat senario sidang DUN yang hebat digembar gembur ini ada pemerhati politik menilainya tidak lebih dari usaha untuk mencanang kepada dunia kononya Pakatan Pembangkanglah juara nak perjuangkan institusi raja.

Lain dari itu habuk pun tarak.

Khushrin cuma dijadikan modal untuk mereka melakarkan satu sandiwara ‘masuk angin keluar asap’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan