Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang dilaporkan di beberapa negeri kini merebak ke daerah Manjung dan Perak Tengah menyebabkan ada peniaga makan terpaksa menutup kedai mereka.
Aminah Osman yang menutup kedainya di Seri Iskandar, Bota, dekat sini berkata, "Sebagai kedai menjual pelbagai makanan, saya memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram minyak masak setiap hari.
"Bagaimanapun semua kedai runcit di sekitar Seri Iskandar telah kehabisan bekalan sebelum saya terpaksa ke Sitiawan dan Seri Manjung untuk mencari bekalan tetapi turut hampa."
Aminah berkata, usaha mendapat bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit juga gagal. Sementara itu, tinjauan di beberapa buah pasar raya di sekitar Sitiawan dan Seri Manjung mendapati rak-rak menempatkan minyak masak kosong.
Beberapa pelanggan yang ditemui merungut kerana beberapa kedai dan pasar raya ketiadaan bekalan bahan itu. Seorang peniaga restoran, Ahmad Abdullah, 56, berkata beliau mungkin terpaksa menutup restoran jika masih gagal mendapat bekalan minyak masak dalam masa sehari dua ini.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Manjung, Megat Zulkifli Megat Abd Halim berkata berdasarkan rekod bekalan, masalah itu sepatutnya tidak berlaku.
Kekurangan bekalan mungkin disebabkan pembelian panik di kalangan orang ramai, katanya. -
BERNAMA
Mohon link blog wa bro...tq
BalasPadamhttp://malaysiandotcom.blogspot.com