Pengikut

Selasa, 10 Februari 2015

HARI YANG MENGAIBKAN

Keputusan hari ini diberikan tumpuan khas kerana ia bakal memberi kesan besar kepada perjalanan politik Malaysia, sama ada pada kerajaan atau Pakatan Rakyat.

 Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap hari ini sebagai "hari paling mengaibkan".

"Rayuan Anwar ditolak oleh Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara - satu hari yang mengaibkan buat Malaysia.


"Anwar akan dihantar semula ke penjara buat kali keempat," kata Lim menerusi tulisan di Twitter.


sumber: malaysiakini


DARI KAJANG KE SG BULOH


Ahad, 28 Disember 2014

KG GAJAH BANJIR YANG LUAR BIASA



Banjir yang menjejaskan puluhan kampung di Mukim Kampung Gajah sejak Rabu lepas merupakan yang paling buruk dalam tempoh 47 tahun lepas.
  
Mukim ini pernah dilanda banjir pada 1967, namun tidak seburuk seperti sekarang yang rata-rata penduduk menyifatkan ia luar biasa.

Isnin, 31 Mac 2014

HISHAMMUDDIN GANTI NAJIB? JAHANAM!





Kepercayaan ke atas Hishammuddin Hussein melonjak selepas kehilangan penerbangan MH370, lapor media yang berpangkalan di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP).
Hishammuddin menerima kritikan hebat dalam mengendalikan krisis tersebut khususnya daripada media luar, bagaimanapun pemangku menteri pengangkutan itu mendapat banyak sokongan ramai.(copy paste: malaysianinsider)

Tiada yang layak sebenarnya...melainkan tukar kerajaan baru..BN sudah korup!

Ahad, 16 Februari 2014

MCA JANGAN JADI HAMBA UMNO...KEH!KEH!





Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa MCA supaya tidak menjadikan dirinya sebagai hamba Umno, tetapi sebaliknya harus berani bersuara untuk masyarakat Cina.

Beliau membuat gesaan itu di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kajang malam tadi, sebagai menjawab kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa Anwar yang menyebabkan 'Ops Lalang ' pada tahun 1987.

Anwar mengecam MCA dan presidennya kerana kurang keberanian untuk mengkritik kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terlibat dalam operasi itu.

"Siapa yang menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu? Mahathir. Siapa ketua Pemuda Umno ketika itu? Najib. Tetapi, adakah dia (Liow) berani menuduh mereka? Tidak, dia tak berani," katanya kepada 600 hadirin di majlis tersebut.

Seramai 106 ahli politik dan aktivis NGO ditangkap sepanjang tempoh pentadbiran Mahathir dan kemudiannya menandatangani perintah tahanan dua tahun terhadap lebih 40 orang.

Najib dilaporkan mengetuai perhimpunan Melayu besar-besaran di Kampung Baru untuk membantah demonstrasi yang diadakan sebelumnya oleh NGO pendidikan Cina dan parti politik yang dicetuskan oleh keputusan kerajaan untuk menghantar kakitangan yang tidak boleh berbahasa Cina ke sekolah-sekolah vernakular.

Semalam, Liow memberitahu masyarakat Cina Kajang bahawa Anwar yang menyebabkan berlakunya Operasi Lalang pada tahun 1987.

Ini, tegasnya, kerana Anwar telah mengerahkan guru-guru yang tidak faham Mandarin ke sekolah-sekolah Cina.


sumber: mkini