Pengikut

Rabu, 24 April 2013

ZULKULIM KINI JADI ZULSHAHALAM. KEH!KEH!





Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap BN kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.
Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.
"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.
"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.
"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 di samping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.
"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.
"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.
Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, di mana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.
"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.
Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

HAMIDAH OSMAN DIBELIT ULAR SAWA. KEH!KEH!





Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman, menafikan dakwaan kononnya beliau mencekak kolar baju calon PKR Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dalam satu insiden di Taman Tasek Permai, dekat sini Ahad lalu.

Hamidah yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat turut menafikan dakwaan Boon Chye kononnya beliau merampas kamera seorang individu dalam insiden tersebut.

"Saya seorang wanita, kalau saya boleh buat begitu (mencekak kolar baju), hebatlah saya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini memetik kenyataan Boon Chye yang mendakwa Hamidah bertindak mencecak kolar bajunya dalam pertengkaran ekoran pembukaan markas PKR berhampiran bilik gerakan BN di taman perumahan tersebut.

Hamidah adalah calon BN DUN Sungai Rapat bakal bertanding tiga penjuru menentang calon PAS Radzi Zainon dan calon Bebas yang juga merupakan bekas ahli Umno Mior Azman Aminuddin Mior Aris.



Isnin, 22 April 2013

KAMALIA ORANG YANG TIDAK BERPRINSIP KATE ZAMBRY...CUBA DIA YANG KENA? APE MACAM?





Peluang BN untuk mempertahan kerusi Parlimen Kuala Kangsar tidak tergugat dengan tindakan bekas Naib Ketua Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Perak Dr Zambry Abdul Kadir.

"Beliau sudah buat keputusan, jadi BN anggap beliau bukan calon BN dan kita terima keputusannya... BN tidak bimbang dengan peluang untuk menang meskipun beliau bertanding di situ dan kita akan lawan.

"Namun saya kecewa apabila beliau menjadi orang yang tidak ada prinsip selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Bukit Chandan," katanya.
 
Beliau berkata, Kamilia yang dipecat secara automatik sebagai anggota Umno hari ini sepatutnya mencontohi mereka yang senior dan mempunyai jawatan lebih tinggi daripadanya seperti bekas Presiden Gerakan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas yang sanggup bertanding kerusi Dun.

"Meskipun Kayveas memegang jawatan presiden parti namun beliau dengan rendah hati menerima amanah daripada BN untuk bertanding kerusi Dun Pasir Berdamar... jadi saya tidak fahamlah kenapa ini yang berlaku," katanya.

Keng Yaik juga pernah bertanding kerusi negeri Jalong, Perak pada PRU 1978 walaupun ketika itu beliau merupakan timbalan presiden Gerakan.

Zambry berkata, BN telah buat yang terbaik dan memberikan kedudukan yang sebaik-baiknya malah telah memberitahu alasan mengapa, tetapi Kamilia tetap juga dengan pendirian beliau.

Pemilihan calon BN dibuat selepas mendapatkan maklum balas daripada anggota dan rakyat peringkat akar umbi sebelum pucuk pimpinan tertinggi membuat keputusan muktamad, katanya.



7HB MAY HARGA MINYAK TURUN. APE MACAM?




Pakatan Rakyat berjanji akan menurunkan harga minyak dalam dua hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini perkara utama yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika rakyat memberi mandat terajui kerajaan pusat.

"Pada 5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita angkat sumpah dan 7 Mei, minyak akan turun seluruh negara," katanya ketika memberi ceramah di Teluk Sena di sini, malam tadi.

Anwar yang juga calon Permatang Pauh berkata, perkara utama seterusnya yang akan dilaksanakan pembangkang selepas berjaya menawan Putrajaya ialah mengubah konsep kebebasan media RTM, Utusan dan TV3 kerana dianggap sudah terlalu banyak menabur fitnah ke atas pembangkang.

"Ini soal nilai dan akhlak yang perlu diubah. Mesti ada wajah baru dalam pentadbiran. Sekarang ni TV3 tak minat nak interview saya. Tapi bila kita menang nanti, TV3 nak datang interview, saya suruh depa (mereka) duduk belakang," katanya.

Ahad, 21 April 2013

MAKLUMAT BOCOR. BN PERAK TANGGUH UMUM MANIFESTO.KEH!KEH!




Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan sebahagian daripada maklumat manifesto parti dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab kepada pakatan pembangkang.
Tindakan itu katanya, menyebabkan BN negeri terpaksa menangguhkan pengumuman manifesto parti berkenaan namun ia bakal diumumkan dalam masa terdekat ini.
“Saya tidak tuduh sesiapa yang membocorkannya tetapi ini sikap tidak bertanggungjawab dan mereka tidak pula bersikap budiman (gentleman).
“Pembocoran maklumat itu memberi peluang kepada pakatan pembangkang menelitinya sebelum mengumumkan manifesto itu minggu lalu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Dataran Lumut, petang Sabtu.
Mengulas lanjut, Zambry yang juga Menteri Besar Perak, berkata keselamatan dan keamanan adalah adalah dua aspek penting yang diambil kira dalam penyediaan manifesto BN Perak.
Ia juga katanya, seiring dengan gagasan Perak Amanjaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

-peraktoday-

ADE SAPE NAK BERKAWAN DENGAN DIA NI...?

Kini tinggal laa sorang diri...lepas ni takde sapa nak peduli...
nasib kalau berkawan dengan UMNOgok

Khamis, 18 April 2013

GEN Y LAWAN GEN X-GERGASI TAMBUN. APE MACAM?







Muda dan lantang, Siti Aishah Shaik Ismail mewakili PKR untuk berhadapan dengan gergasi politik Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam Pilihan Raya 2013 dikubu kuatnya di Tambun, kerusi dikuasai oleh veteran Umno itu yang juga menteri Kabinet.


Dikala Husni berusaha untuk penggal kelimanya, Siti Aishah, yang berusia 27 tahun dan berwajah serius — biasa bermain bolasepak bersama budak-budak lelaki di kejiranan Manjoi di mana beliau membesar, menjadikan perlawanan di Tambun sebagai pintu masuknya ke dalam politik Malaysia.

Tidak berapa lama dahulu semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010, pemegang diploma Komunikasi dan IT itu yang baru berusia 24 tahun berhadapan dengan ceramah pertamanya di hadapan ribuan orang di stadium Kuala Kubu Baru.

Dikenali sebagai “pemalu” dizaman persekolahannya, Siti Aishah gementar di pentas ceramah pada ketika itu, menggigil dan terkunci mulutnya, merenung kepada hadirin untuk beliau yakinkan dengan kata-kata agar mengundi Pakatan Rakyat (PR) untuk “perubahan”.

Hari ini selepas tiga tahun dan banyak ceramah, beliau menjadi jaguh pidato dan mampu memukau hadirin dan dilihat sebagai bintang baru yang bersinar.

Bercakap kepada The Malaysian Insider di ibu pejabat PKR Perak di sini semalam, Siti Aishah megatakan beliau tidak takut dengan pertempuran yang bakal dihadapinya dan langsung tidak gentar dengan lawannya yang lebih berpengalaman bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam pentadbiran kerajaan.

Ketua Srikandi PKR itu mentertawakan tanggapan berdasarkan umur dan pengalaman, Menteri Kewangan Kedua kerajaan sementara itu akan menjadi ahli parlimen yang lebih baik daripadanya dan mengingatkan Husni tidak berkhidmat dengan begitu baik sepanjang empat penggalnya di Tambun.

“Sebab itu saya selalu kata, jangan gunakan usia untuk menilai kemampuan. Husni, ahli parlimen selama empat penggal, menteri, tetapi masih, jurang pendapatan di Tambun adalah mengejutkan ... dan golongan berpendapatan rendah membentuk 65 peratus daripada pengundi,” katanya.

Siti Aishah bergantung kepada zaman remaja dan kebiasaannya di Tambun, tempat dimana beliau membesar dan bersekolah di Gugusan Manjoi, kawasan penempatan Melayu yang besar di tengah-tengah bandar di sini.

Beliau mengatakan 41 peratus daripada hampir 90,000 pengundi Tambun adalah di bawah 40 tahun, kebanyakkannya mahu mendengar suara anak muda di Parlimen.

“Ini adalah pertempuran Gen X dan Gen Y,” katanya kepada The Malaysian Insider. “Saya mewakili Gen Y dan Husni mewakili X, tetapi saya fikir saya boleh yakinkan Gen X untuk sokong Gen Y.”

Dalam siri ceramahnya sejak beberapa bulan lalu, Siti Aishah mengatakan beliau bertemu dengan ramai rakan sekolahnya dan guru serta kawan lama, sesetengahnya masih tidak bekerja walaupun mempunyai ijazah, kehidupan yang sukar di Tambun.

“Kadar penganguran di Tambun sangat tinggi. Kebanyakkan kawan saya, graduan universiti asyik bertanya kepada saya – apa yang PR boleh lakukan jika menang,” katanya.

“Walaupun kerusi Tambun disandang oleh seorang menteri, seorang menteri kewangan, pembangunan di sini agak perlahan.

“Lihat sahaja balai polis Manjoi… mereka menyewa rumah untuk operasi!” katanya.

Manjoi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Tambun dan penyandangnya adalah Datuk Nadzri Ismail, ahli politik yang disukai dan dikenali, seperti Husni, beliau telah mewakili kawasan ini selama empat penggal.

Akan tetapi Nadzri digugurkan daripada senarai calon BN pada Selasa dan akan digantikan oleh muka baru, Mohamad Ziad Mohamed, bendahari Umno bahagian Tambun dan salah seorang “orang Husni”.

Menurut Siti Aishah, lengkah menggugurkan Nadzri memberikan kelebihan kepada dirinya oleh kerana pengundi di kawasan tersebut menyukainya dan merasakan menjadi tanggungjawab untuk mengundi lelaki tersebut.

Peralihan undi dari penyokong Nadzri kepada kemnya, katanya, akan membawa dirinya hampir kepada kemenangan pada 5 Mei ini.

“Ya adalah benar dalam budaya Melayu, kita percaya menunjukkan penghargaan dan membalas budi, tetapi Nadzri telah tiada, ini membuka peluang untuk kami,” katanya.

“Husni mungkin sudah menjadi ahli parlimen Tambun untuk banyak penggal, tetapi Husni bukan seperti Nadzri yang dilihat merendah diri.”

Beliau sedar dengan populasi besar penduduk miskin daripada 90,000 pengundi Tambun, kebanyakkannya menerima pemberian RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan BN.

Siti Aishah mengakui, pemberian tersebut menjadi tarikan kepada BN apa lagi selepas gabungan tersebut menjanjikan untuk menaikkannya kepada RM1,200 dalam manifesto pilihan raya, tetapi berkata pengundi sedar pemberian tersebut hanya sekali dalam masa lima tahun.

“BR1M tidak membantu rakyat tetapi saya lihat ianya lebih kepada rasuah untuk undi. Jika mereka ikhlas nak bantu rakyat, ia tidak seharusnya dalam bentuk pemberian tetapi kepada tawaran lebih baik, penyelesaian jangka panjang untuk selesaikan masalah ekonomi,” katanya.

Selepas lebih separuh dekad di bawah BN, Siti Aishah mengatakan pengundi sudah lebih matang dan walaupun di kampung Melayu, yang dikatakan kubu kuat Umno sekarang telah beralih kepada PR.

Beliau mengatakan pilihan raya ini bukan persaingan personaliti atau jenama diantara BN atau PR tetapi ianya adalah proses kesedaran dan memberikan harapan untuk menunjukkan kepada pengundi, terdapat alternatif untuk penyelesaian masalah mereka.

“Melayu semakin bijak. Mereka tidak mahu dengar kita menghentam orang lain. Jika kita beritahu seseorang mencuri wang contohnya, mereka mahu tahu berapa banyak yang dicuri dan bagaimana ianya berlaku.

 “Kita harus sokong pertuduhan kita dengan fakta, angka dan cara penyelesaian,” katanya.

Siti Aishah mengatakan, beliau bersendiri sebulan sekali untuk lima jam dalam bilik senyap untuk melakukan kajian isu sebelum berceramah.

“Untuk menarik hadirin, kita perlu sentuh tiga perkara… jika ia tentang rasuah, kita bercerita tentangnya, kemudian yakinkan mereka kita tidak amalkan rasuah dan beritahu apa yang mereka akan dapat jika kita tidak rasuah,” katanya.

Pilihan Raya 2008 menyaksikan Husni mengekalkan kerusi Tambun untuk penggal keempat dengan majoriti lebih rendah 5,386 undi berbanding 17,360 semasa pilihan raya umum 2004.

Pemimpin kanan Umno itu sebelum ini dikatakan akan menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir sebagai menteri besar akan tetapi semasa pengumuman senarai calon Selasa lepas, beliau diumumkan kekal di Tambun.

Tambun di mana terletaknya kerusi DUN Manjoi dan Hulu Kinta mempunyai 89,582 pengundi berdaftar dengan Melayu sebanyak 64 peratus, Cina 22 peratus dan India 12 peratus.


MAMAT NI KO KATA BERPRINSIP? CEH! KEH!KEH!


Nazri berkata, beliau selalu menggemari personaliti Zulkifli yang disifatkannya sebagai penceramah dan ahli politik yang baik...memang kaki bodek betoi laa si Nazri ni..apa yang dihadap sangat dengan Zulkulum ni.


Rabu, 17 April 2013

PART 2- CALON DUN PKR PERAK-RAKYAT BANGKIT PERAK BERUBAH


sorry la yop...2-3 hari ni teman agak sibuk sampai tak sempat nak upload calon PKR Perak...hari ini ambik masa untuk tatapan yop-yong semua....calon Kota Tampan takde gambo sebab nama naik last minit. PKR Perak akan bertanding 19 kerusi DUN...selamat berjuang dan galaslah harapan rakyat




 CALON DUN BEHRANG
DATUK ABDUL HADI BIN ABDUL KHATAB
UMUR 60 TAHUN

 CALON DUN HUTAN MELINTANG
KASEVAN A/L SUBRAMANIAM (PENYANDANG)
UMUR 41 TAHUN


 CALON DUN KUALA KURAU
ABDUL YUNUS BIN JAMHARI (PENYANDANG)
UMUR 41 TAHUN

 CALON DUN TEJA
CHANG LIH KANG (PENYANDANG)
UMUR 33 TAHUN

 CALON DUN BOTA
ZULKIFLY BIN HJ IBRAHIM
UMUR 51 TAHUN

 CALON DUN SIMPANG PULAI
TAN KAR HING
UMUR 31 TAHUN

 CALON DUN BUKIT CHANDAN
HAJJAH FATHMAWATY BT SALIM
UMUR 59 TAHUN

CALON DUN PANGKOR
MOHD SAIFULLAH BIN MOHD ZUKFILI
UMUR 28 TAHUN




Selasa, 16 April 2013

PART 1- 10 CALON DUN PKR PERAK- PERAK BANGKIT YOP!

 CALON DUN TUALANG SEKAH
BALDIP SINGH 
UMUR 38 TAHUN
PEGUAM

 CALON DUN PENGKALAN HULU
ABDULLAH BIN MASNAN
UMUR 56 TAHUN
BEKAS PESARA TENTERA

 CALON DUN TEMENGGOR
HAJI SUPIAN BIN NORDIN
UMUR 58 TAHUN
PESARA KERAJAAN

 CALON DUN KENERING
MOHD TARMIZI B ABDUL HAMID
UMUR 56 TAHUN
PENGETUA SEKOLAH SWASTA

CALON DUN ALOR PONGSU
ROSLI B IBRAHIM
UMUR 46 TAHUN
BEKAS PENGURUS KANAN FELCA

CALON DUN BATU KURAU
MUHAMAD FADZIL B ALIAS
UMUR 44 TAHUN
PENGARAH PUSAT DAKWAH DAN PENDIDIKAN ABIM 
PULAU PINANG

CALON DUN SG MANIK
HJ OSMAN B ABDUL RAHMAN
UMUR 71 TAHUN
BEKAS PENGURUS KANAN PADI DAN BERAS NEGARA

 CALON DUN HULU KINTA
MA TINGARAN
UMUR 36 TAHUN
AHLI PERNIAGAAN


CALON DUN KUALA SAPETANG
CHUA YEE LING
UMUR 30 TAHUN
AKTIVIS MASYARAKAT

CALON DUN CHENDERIANG
AMANI WILLIAMS HUNT B ABDULLAH @ BAH TONY
UMUR 60 TAHUN
PEGUAM DAN AKTIVIS ORANG ASAL

Isnin, 15 April 2013

CALON PARLIMEN PKR PERAK

 Parlimen Gopeng
Dr Lee Boon Chye

Parlimen Pasir Salak 
Tuan Haji Mustaffa Kamil b Ayob

 Parlimen Tg Malim
Datin Paduka Tan Yee Kee

 Parlimen Lumut
Laksama Imran bin Hamid

Parlimen Padang Rengas
 Dr Meor Ahmad Isharra bin Ishak

 Parlimen Bagan Datoh
Mahdi bin Hassan

Parlimen Tambun 
Siti Aishah Shaik bt Ismail

Parlimen Bagan Serai
Dr Muhd Nur Manuty

Pakatan Harapan Rakyat


Khamis, 11 April 2013

PSM BOLEH GUNA LAMBANG PKR PAS DAP



Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata calon PSM bebas menggunakan lambang parti komponen Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei memandangkan parti itu masih belum menganggotai gabungan parti tersebut.

"Isunya, pada 2008, PSM belum berdaftar tetapi sekarang mereka sudah berdaftar dan sah sebagai parti. Tetapi mereka bukan di dalam Pakatan Rakyat.

"Jadi, untuk bertanding mereka boleh guna mana-mana daripada tiga lambang dalam Pakatan Rakyat," kata Saifuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Katanya, Pakatan menetapkan syarat berkenaan kepada PSM, yang sebelum ini meminta laluan untuk meletakkan empat calon, satu di kerusi parlimen Sungai Siput dan tiga di kerusi DUN – masing-masing di Jelapang, Kota Damansara dan Semenyih.

"Setakat ini mengenai penggunaan lambang kita sudah beri secara bertulis kepada PSM tapi masih belum ada respon.

"Mereka bukan di dalam Pakatan tetapi dalam erti kata lain kita sekarang menawarkan kerusi kepada mereka dengan menggunakan logo PKR atau Pakatan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dalam satu kenyataan pada Mac lalu turut meminta Pakatan memberi laluan berkenaan bagi memastikan tiada pertandingan tiga penjuru berlaku di tempat yang diminatinya itu.

PESURUHJAYA PAS PERAK MUNGKIR JANJI?




Meskipun Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sudah diumumkan sebagai calon PAS yang bertanding DUN Changkat Jering pada malam Selasa lalu, nasib dan kedudukan mantan MB itu nampaknya masih belum selamat, sebaliknya hanya akan diketahui pada 15 April ini.
Pada malam Selasa lalu,  PJ PAS Perak mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar sebagai calon  DUN Changkat Jering untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dan mengumumkan PAS akan bertanding 22 Dun di Perak.
Mengikut perjanjian PKR PAS, Dun Changkat Jering akan diserahkan kepada PAS sekiranya Datuk Seri Mohd Nizar yang bertanding di Changkat Jering dan ditukar dengan mana-mana kerusi PAS, PKR sudah menyatakan berminat untuk mengambil Dun Manong. Tapi amat malang PJ PAS Perak gagal menunaikan janji tersebut dan sehingga saat ini beliau masih mengambil sikap diam diri.

YB NIZAR DIGUGURKAN?



YB Mohd Nizar Zakaria penyandang Parlimen Parit katanya gugur sebagai calon BN/UMNO...beliau antara ahli parlimen yang "diangkut" ke Taiwan ketika isu 16 September...ada juga mengatakan Ketua Bahagian Datuk Abu Zaim yang juga Adun Bota akan ke parlimen..muka baru akan bertanding di Dun Bota dan juga Dun Belanja.


ADUN SIMPANG PULAI KINI DIPERSIMPANGAN.



Desas desus mengatakan Adun Simpang Pulai Chan Ming  Kai akan bertanding di Dun Indera Kayangan nampak tipis apabila DAP mendahului PKR di Perlis apabila mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan calon bertanding di kerusi DUN Indera Kayangan dan Titi Tinggi pada pilihan raya umum akan datang. Bagi kerusi DUN Titi Tinggi, DAP menamakan Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan sebagai calon manakala setiausahanya bakal bertanding di DUN Indera Kayangan.
Sehari dua ini difahamkan YB Chan Ming Kai akan meninggalkan Dun Simpang Pulai untuk bertanding di negeri kelahiran beliau iaitu di Perlis. Ketua Cabang Gopeng sebelum ini telah menamakan Sdr Tan Kar Hing untuk bertanding di Dun Simpang Pulai bagi menggantikan Chan Ming Kai. Apakah Chan Ming Kai akan dikekalkan di Simpang Pulai selepas DAP Perlis mengumumkan akan bertanding di Indera Kayangan? 
Timbalan Pengerusi DAP Nasional, Tan Kok Wai ketika mengumumkannya berkata, kedua-dua calon berkenaan merupakan pilihan terbaik bagi mewakili pakatan pembangkang di Perlis. Sebelum ini difahamkan DAP dan sekutu mereka iaitu PKR masing-masing berbalah untuk merebut kerusi DUN Indera Kayangan.
PKR terlebih dahulu mengumumkan bahawa parti itu bakal meletakkan calon di kerusi berkenaan namun tidak menamakan sebarang calon.

NAJIB KARAM. KEH!KEH!




Najib berkata rakyat perlu bijak menilai pakatan pembangkang yang kononnya mahu membuat perubahan sedangkan kepimpinan mereka tidak pernah sependapat dalam pelbagai perkara.

"Rakyat harus tanya, pihak yang kononnya nak bawa perubahan ini, mampukah mereka bawa perubahan? Macam mana nak bawa perubahan kalaulah dalam satu kumpulan itu ada tiga nakhoda?" katanya sambil disahut laungan 'karam' oleh kira-kira 30,000 orang yang hadir pada majlis berkenaan.   



Malayasiakini

NAS "HENSEM'' TAKDAK NAMA. KEH!KEH!







Tiada pencalonan bagi mana-mana kerusi untuk bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada PRU13 demikian kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.
 
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab terperinci mengapa Nasharudin tidak dicalonkan, selain menegaskan ramai lagi ahli PAS yang tidak disenaraikan sebagai calon dalam pilihan raya umum kali ini.
 
"Setahu saya nama dia tidak termasuk dalam nama calon PAS, tak ada nama dia. Tunggu nanti akan ada pengumuman calon dalam masa 2,3 hari lagi. 

Keh!Keh!...ayat penyedap daripada Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tu...harap benor Hj Nasa paham.


BILA KENA GUGUR MULA LE MEREPEK. KEH!KEH!





Datuk Mohd Najmuddin Elias menolak tawaran pihak tertentu untuk bertanding atas tiket bebas pada PRU13.
Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar Perak itu yang baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada PRU13 mendakwa beliau menerima beberapa SMS daripada pihak tertentu yang mendesaknya bertanding atas platform bebas.
"Saya menolak apa saja tawaran dan sebagainya kerana pendirian saya masih seperti yang diumumkan pada minggu lepas," katanya pada sidang media.
Khamis lepas, beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau kerana mahu menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama Islam di Perak dan memberi laluan kepada muka baru.
"Ada juga yang memujuk saya supaya bertanding atas tiket bebas dan sedia untuk sponsor dalam pilihan raya nanti," katanya.
Mohd Najmuddin berkata beliau kekal setia bersama BN dan tidak akan mengkhianati parti.
"Saya amat menghargai sokongan yang diberikan pengundi selama ini dan menyeru kepada mereka supaya menghormati pucuk pimpinan parti.
"Insya-Allah saya akan turun padang bersama-sama calon baharu untuk pastikan pengundi terus berpihak kepada BN," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Najmuddin mempertahankan kerusi DUN Batu Kuraudengan 7,023 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi.

2 ORANG INI DIHARAMKAN BERTANDING? KEH!KEH!





Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas)





Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling)


LAGI DSINI


CALON ORANG ASAL AKAN BERTANDING DI PERAK




Kumpulan masyarakat Orang Asli, yang dianggap sebagai deposit tetap Umno sejak sekian lama, dijangka akan mengetengahkan beberapa orang wakil sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya ke 13.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon adalah seorang aktivis masayarakat Amani Williams-Hunt atau panggilan popularnya Bah Tony 

Bah Tony disebut-sebut sebagai calon Dun Chenderiang di Perak.



(Bah Tony)


Kemunculan lebih ramai calon dari masyarakat Orang Asli ini dijangka akan meningkatkan tumpuan mereka untuk membawa isu yang melanda komuniti masing-masing.

Kumpulan masyarakat Orang Asli setakat ini hanya mendapat seorang wakil iaitu Senator Muhammad Olian Abdullah dari Umno.



SELAMAT TINGGAL BATU GAJAH





Penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dari parti DAP semalam mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 atas sebab peribadi.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya kali ini.
“Saya akan memainkan peranan sewajarnya untuk menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya,” kata Fong yang menjadi wakil rakyat Parlimen Batu Gajah selama tiga penggal.
Pada pilihan raya umum 2008, Fong mengalahkan calon BN Cheah Yoke Can dengan majoriti 24,627 undi.


NAZRI GUGUR. PARLIMEN PDG RENGAS MUKA BARU


Selamat tinggal parlimen...Keh!Keh!

Rabu, 10 April 2013

(VIDEO) MEMANJAT...MEMANJAT...I LOVE RM (ROSMAH MANSOR)






Mari kita memanjat...memanjat...memanjat pokok...Keh!Keh! saksi video dibawah...

Kah!Kah!Kah!

KEMPEN 15HARI BUKTI NEGARA AMAL DEMOKRASI KATA NAJIB.KEH!KEH!





Tempoh “panjang” 15 hari berkempen menunjukkan “demokrasi sihat”, kata Pengerusi BN Najib Razak hari ini, sementara rakan-rakan BN beliau menganggap tempoh panjang itu “mencabar” dan mungkin akan memberikan kelebihan kepada musuh mereka.
Kebanyakkan pemimpin yang ditemui oleh The Malaysian Insider mengatakan perlawanan Pilihan Raya 2013 lebih sukar sebaik sahaja SPR mengumumkan untuk menetapkan tarikh penamaan calon pada 20 April dan hari mengundi pada 5 Mei, akan tetapi, Najib mengatakan gabungannya menerima keputusan itu.
“SPR telah membuat keputusan, kita terimalah. Pengumuman itu bermaksud mereka cuba membuat keputusan menunjukkan proses demokrasi yang sihat di Malaysia. Kami terimalah,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup dengan ketua bahagian di PWTC di sini.
Sesetengah pemimpin BN, walau bagaimanapun, mengatakan mereka yakin gabungan tersebut boleh mengambil kesempatan daripada tempoh berkempen yang panjang untuk sampai kepada setiap pengundi oleh kerana mereka berhadapan dengan pilihan raya paling sengit di Malaysia semenjak negara merdeka pada 1957.
“Tempoh panjang tersebut, walaupun mencabar, akan memberikan masa kepada kita untuk memperkenalkan calon, fokus kepada kerja bawah supaya kita boleh menang dengan majoriti lebih daripada dua pertiga dan merampas semula negeri yang kita kalah,” kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tersebut.


BOLEH MERAJUK TAPI 24JAM KATA NAJIB. KEH!KEH!





Pengerusi BN Najib Razak hari ini memberi peringatan kepada mereka yang tidak terpilih menjadi calon BN dalam PRU 13 agar cukuplah "merajuk" selama tempoh 24 jam sahaja.

"Kita akan cuba kurangkan merajuk tersebut. Sebab itu dalam ucapan saya, saya kata, yang kecewa hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya.

Dalam sidang media sama, Najib juga berkata, mana-mana calon Bebas yang berkelayakan boleh bertanding di atas tiket BN.