Pengikut

Jumaat, 5 April 2013

RELAKAH RAKYAT PERAK BERTUANKAN UMNO KEMBALI? PAS PKR BILA NAK SETTLE?



Dewan Pemuda PAS Pasir Salak telah menamakan YDP Kawasan Sdr Muhaimin Sulam sebagai calon untuk bertanding di Dun Sg Manik...seperti yang telah diketahui umum isu berebut Dun Sg Manik masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini walaupun PKR Negeri telah mencadangkan Hj Osman  Ketua Cabang PKR Pasir Salak sebagai calon disitu

Sebelum ini PKR telah bersetuju menyerahkan Dun Lintang kepada PAS dan Dun Kenering sebagai tukar ganti...tapi PAS Lenggong masih berkeras mempertahankan Dun Kenering walaupun keputusan telah dibuat...hormatilah keputusan yang telah dibuat...matlamat untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional...tapi masih bercakar dibawah.

Isu Dun Changkat Jering masih di dalam runding...PKR bersedia melepaskan Dun tersebut sekiranya YB Nizar bertanding di Dun Changkat Jering...jika bukan YB Nizar...PKR Bukit Gantang akan pertahankan.

SPR dijangka akan menetapkan hari penamaan calon dalam beberapa hari saja lagi...PAS dan PKR mesti selesaikan isu ini dengan segera...jangan hampakan harapan rakyat.

UMNO Perak dalam keadaan yang cukup-cukup genting sekarang ni...inilah masa terbaik untuk PAS dan PKR kuatkan kukuhkan kerjasama untuk merampas kembali negeri yang dirampas...lupakah dengan peristiwa yang telah berlaku? Muhasabah diri

PAS tidak akan berjaya memerintah Perak tanpa bantuan dan kerjasama daripada PKR dan DAP...begitu juga sebaliknya...semua manusia melakukan kesilapan dan kesalahan...kita bukan Rasul atau Nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan