Pengikut

Jumaat, 5 April 2013

AYOYO SAMY...U COME BACK? KEH!KEH!





Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini berkata Datuk Seri S. Samy Vellu merupakan calon yang boleh menang sekiranya dicalonkan untuk bertanding semula di Parlimen Sungai Siput dalam
PRU ke-13 nanti.

Bagaimanapun, Palanivel berkata terpulang kepada Pengerusi BN Najib Tun Razak untuk memutuskan sama ada bekas presiden MIC itu harus diberi peluang kedua untuk merampas semula kerusi itu.


Rabu lepas, Samy Vellu, yang juga Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Bagi Infrastruktur, mengisytiharkan dirinya sebagai calon boleh menang andainya beliau dipilih untuk bertanding semula.

Samy Vellu, yang bertanding dan menang di kerusi Parlimen itu sejak 1974, gagal mempertahankannya pada pilihan raya umum 2008.

Beliau kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia menerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1,821 undi.


Dato' Seri Samy Vellu Sangalimuthu lahir 8 Mac 1936, lebih dikenali sebagai Samy Vellu, Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979

"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la..."
(ketika ditanya wartawan isu tanah runtuh....keh!keh!)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan