Pengikut

Ahad, 8 Disember 2013

HANYA UMNO JIKA TIDAK MAHU MEREMPAT. APE MACAM?





Hanya UMNO saje yang boleh menyelamatkan orang melayu
Hanya UMNO saje yang boleh menyelamatkan Islam
Hanya UMNO...hanya UMNO...keh!keh!



Selasa, 25 Jun 2013

NAZRI TAK PERLU TAMBAH APA YANG ADA...APE MACAM?





Isyarat tangan di atas ni boleh kita belajor...







Yang dibawah ni .... ikut suke kome le


















\\\\\\\\\

Jumaat, 21 Jun 2013

JUSTERU ITU PIHAK POLIS BLA..BLA..BLA..BLA..APE MACAM?







Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.


22 JUN @PADANG MERBOK



Langkah-langkah berikut akan diambil oleh sekretariat dan pasukan perubatan sukarelawan bagi memastikan bantuan perubatan sokongan yang memadai:



1.      Satu ibupejabat markas perubatan akan dibuka di Padang Merbok. 4 markas perubatan sokongan akan turut dibuka di sekitar laluan di Kuala Lumpur ke arah Padang Merbok, iaitu di Dataran Merdeka, Masjid Negara, Kompleks Sogo dan Dataran Maybank.

2.      Sebanyak 4 buah ambulan dan 5 motorsikal perubatan akan disediakan sekiranya ada keperluan untuk memindahkan pesakit terus ke hospital. Petugas bermotosikal akan memudahkan mereka bergegas ke kawasan yang memerlukan sokongan.

3.      Keseluruhan kekuatan tenaga perubatan adalah sebanyak 55 orang termasuklah doktor, jururawat dan paramedik

4.      Setiap markas perubatan akan dibekalkan dengan “automated external defibrillator” atau AED bagi operasi menyelamatkan nyawa (jika diperlukan) dan ubat-ubatan/kemudahan “drip”  bagi tujuan “advanced life support” (ALS)

Orang ramai yang mempunyai apa-apa masalah perubatan dan memerlukan bantuan boleh menghantar SMS ke nombor 010 277 2072 dengan maklumat berikut:

1.      Bentuk kesukaran dan kecemasan (berapa orang yang terlibat di dalam kecemasan)
2.      Di mana kecemasan berlaku (pastikan lokasi yang tepat)
3.      Siapa yang perlu dihubungi di tempat kecemasan dan nombor

Saya percaya segala perancangan telah dibuat untuk memastikan perhimpunan #black505 Padang Merbok berjalan dengan aman.

Dengan persediaan polis dan bantuan sukarelawan perubatan, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turun berkumpul bermula dari jam 12 tengahari esok. Sila bawa sekurang-kurangnya sapu tangan dan air mineral sebagai persiapan sekiranya masalah jerebu berpanjangan.


-selamat berdemo secara aman-


 

Selasa, 18 Jun 2013

JANGAN LAWAN NAJIB..TAPI MESTI LAWAN MUHYIDDIN? APE MACAM?


Jangan lawan Presiden...takut pecah belah...kalau mau lawan Timbalan Presiden ok tak? Ape macam? Berani ke anak Mantan PM lawan Muhyiddin?

UTUSAN BOLEH PERCAYA KE? APE MACAM?



Rakyat Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak mudah percaya dengan pelbagai maklumat tidak betul mengenai negara yang disebarkan melalui internet.
Ini berikutan ada pihak yang berusaha menyebarkan maklumat tidak benar mengenai negara kerana kepentingan sendiri.
Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, meminta rakyat Malaysia di luar negara merujuk kepada kedutaan negara di tempat masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan 70 rakyat Malaysia di Dhaka, Bangladesh, Ahad lalu.
Kenyataan beliau dihantar kepada BERNAMA di sini, semalam. Rohani berada di Dhaka bagi menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Hal Ehwal Wanita Negara Komanwel yang bermula semalam hingga esok.
Pada pertemuan yang turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Norlin Othman, Rohani turut berpesan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa menunjukkan sikap dan teladan baik sebagai duta kecil negara.
Rohani juga menggesa rakyat Malaysia di luar negara menyumbang kepakaran dan kecemerlangan yang diperoleh di luar negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.
-BERNAMA

DEMOKRASI TERPIMPIN ALA UMNO? KEH!KEH!

 

Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan dua jawatan penting Umno presiden dan timbalan presiden parti tidak perlu dipertandingkan dalam pemilihan parti yang bakal diadakan tahun ini kerana mereka mengamalkan "demokrasi terpimpin". Kenyataan setiausaha agung Umno itu hadir selepas terdapat gesaan pemimpin dalam parti yang mahukan dua jawatan tersebut dipertandingkan, walaupun majlis tertinggi telah memutuskan sebelum ini jawatan tersebut tidak perlu dipertandingkan. "Bagi kami, kami mahukan demokrasi terpimpin........ demokrasi terpimpin?

MELAYU SUKA RASUAH?

Kata Musa Hassan...cina muda tak suka melayu...sebab melayu suka rasuah?

Selasa, 14 Mei 2013

SAPE IGP BARU? JANGAN SI PEMBODEK SUDAH LAA. KEH! KEH!

Berikutan persaraan wajib Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar, Jumaat ini, siapa yang bakal menggantikannya mula menjadi topik perbincangan hangat di kalangan warga polis dan juga rakyat. Ismail, yang lahir pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, dilantik sebagai KPN yang kesembilan pada 13 September 2010, menggantikan Tan Sri Musa Hassan. Mengikut tradisi, tugas menerajui pasukan Harimau Biru itu diserahkan kepada timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Bagaimanapun, jawatan KPN dan timbalanya merupakan Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapatkan perkenan baginda sebelum mengumumkan pengganti Ismail. Khalid, 55, yang berasal dari Seremban, memulakan karier sebagai pelatih inspektor pada 5 Disember 1976 sebelum diberi beberapa tugas mencabar. Pada 1997, beliau dilantik Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah diikuti Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang (2003), Ketua Polis Daerah Kuantan (2003), Ketua Polis Negeri Sembilan (2005), Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2006), Ketua Polis Selangor (2007), Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman (2010). Pada 14 April, 2011, Khalid dilantik sebagai Timbalan KPN, menggantikan Datuk Hussin Ismail yang bersara. Menurut sumber polis selain Khalid, lapan lagi pemimpin tertinggi polis turut layak untuk dilantik ke jawatan tersebut. Mereka terdiri daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman; Datuk Mohamad Fuzi Harun dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Akhil Bulat. Selain itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil; Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Pengurusan; Datuk Mortadza Nazarene dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim. Turut dalam senarai yang layak ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam; Datuk Wira Salleh Mat Rashid dan Pengarah Jabatan Logistik Datuk Zulkifli Abdullah. KPN yang baharu bagaimanapun perlu menghadapi pelbagai cabaran termasuk memperbaiki imej dan meningkatkan tahap keyakinan serta kepuasan masyarakat terhadap tahap keselamatan sejajar dengan matlamat mencapai perkhidmatan polis bertaraf antarabangsa. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata pemimpin baharu PDRM perlu mengurangkan indeks jenayah untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap pasukan itu. "Memang mustahil untuk hapuskan jenayah sehingga ke tahap sifar, tetapi PDRM boleh mengurangkan kadarnya dengan drastik melalui pelbagai kaedah," katanya. Beliau turut menyarankan agar polis menggiatkan kerjasama dengan orang awam untuk membanteras jenayah secara lebih efektif. BERNAMA

Isnin, 13 Mei 2013

RAKYAT BANGKIT IPOH





Hampir 30ribu yang datang malam tadi... anak muda tak kira bangsa bersama...sayangkan negara menuntut pilihanraya bersih...anwar ibrahim hadir bersama isteri serta beberapa pimpinan pusat...tiada apa yang perlu ditakutkan...perhimpunan malam tadi cukup aman dan terkawal...

Rabu, 8 Mei 2013

NEGARA INI PERLU ADA CINA KATE TUN M





Pembentukan sebuah kerajaan tanpa wakil daripada kaum Cina tidak elok untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.
 
Beliau berkata, keputusan MCA yang tidak mahu sebarang jawatan di peringkat persekutuan dan negeri meletakkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang sukar.
 
Beliau mempersoalkan siapa akan mewakili kaum Cina dalam kerajaan, jika tidak MCA sebagai salah satu parti komponen BN.
 
"Adakah kita lupa mengenai mereka (MCA) sama sekali atau adakah kita mencari orang lain?
 
"Hakikatnya masih sama terdapat segelintir kaum cina menyokong kerajaan oleh itu mereka (MCA) memenangi tujuh kerusi Parlimen.
 
"Jika tiada kaum Cina dalam kerajaan, situasi itu tidak elok untuk negara kerana kita sama-sama percaya perkongsian kuasa antara kaum," kata bekas Perdana Menteri itu.

USTAZ AZIZAN AGAK TENAT

Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dilaporkan berada dalam keadaan “agak tenat”.
Laporan Harakahdaily menyebut, Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Laporan itu memetik kenyataan setiausaha akhbar bekas MB tersebut, Mohd Helmi Khalid yang berkata, keadaan Azizan kini “agak tenat”

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam satu kiriman SMS kepada organ parti itu.
Azizan, 73, menewaskan calon BN dan dua calon Bebas di kerusi DUN Sungai Limau dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Selasa, 7 Mei 2013

Rabu, 24 April 2013

ZULKULIM KINI JADI ZULSHAHALAM. KEH!KEH!





Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap BN kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.
Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.
"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.
"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.
"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 di samping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.
"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.
"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.
Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, di mana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.
"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.
Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

HAMIDAH OSMAN DIBELIT ULAR SAWA. KEH!KEH!





Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman, menafikan dakwaan kononnya beliau mencekak kolar baju calon PKR Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dalam satu insiden di Taman Tasek Permai, dekat sini Ahad lalu.

Hamidah yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat turut menafikan dakwaan Boon Chye kononnya beliau merampas kamera seorang individu dalam insiden tersebut.

"Saya seorang wanita, kalau saya boleh buat begitu (mencekak kolar baju), hebatlah saya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini memetik kenyataan Boon Chye yang mendakwa Hamidah bertindak mencecak kolar bajunya dalam pertengkaran ekoran pembukaan markas PKR berhampiran bilik gerakan BN di taman perumahan tersebut.

Hamidah adalah calon BN DUN Sungai Rapat bakal bertanding tiga penjuru menentang calon PAS Radzi Zainon dan calon Bebas yang juga merupakan bekas ahli Umno Mior Azman Aminuddin Mior Aris.



Isnin, 22 April 2013

KAMALIA ORANG YANG TIDAK BERPRINSIP KATE ZAMBRY...CUBA DIA YANG KENA? APE MACAM?





Peluang BN untuk mempertahan kerusi Parlimen Kuala Kangsar tidak tergugat dengan tindakan bekas Naib Ketua Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Perak Dr Zambry Abdul Kadir.

"Beliau sudah buat keputusan, jadi BN anggap beliau bukan calon BN dan kita terima keputusannya... BN tidak bimbang dengan peluang untuk menang meskipun beliau bertanding di situ dan kita akan lawan.

"Namun saya kecewa apabila beliau menjadi orang yang tidak ada prinsip selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Bukit Chandan," katanya.
 
Beliau berkata, Kamilia yang dipecat secara automatik sebagai anggota Umno hari ini sepatutnya mencontohi mereka yang senior dan mempunyai jawatan lebih tinggi daripadanya seperti bekas Presiden Gerakan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas yang sanggup bertanding kerusi Dun.

"Meskipun Kayveas memegang jawatan presiden parti namun beliau dengan rendah hati menerima amanah daripada BN untuk bertanding kerusi Dun Pasir Berdamar... jadi saya tidak fahamlah kenapa ini yang berlaku," katanya.

Keng Yaik juga pernah bertanding kerusi negeri Jalong, Perak pada PRU 1978 walaupun ketika itu beliau merupakan timbalan presiden Gerakan.

Zambry berkata, BN telah buat yang terbaik dan memberikan kedudukan yang sebaik-baiknya malah telah memberitahu alasan mengapa, tetapi Kamilia tetap juga dengan pendirian beliau.

Pemilihan calon BN dibuat selepas mendapatkan maklum balas daripada anggota dan rakyat peringkat akar umbi sebelum pucuk pimpinan tertinggi membuat keputusan muktamad, katanya.



7HB MAY HARGA MINYAK TURUN. APE MACAM?




Pakatan Rakyat berjanji akan menurunkan harga minyak dalam dua hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini perkara utama yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika rakyat memberi mandat terajui kerajaan pusat.

"Pada 5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita angkat sumpah dan 7 Mei, minyak akan turun seluruh negara," katanya ketika memberi ceramah di Teluk Sena di sini, malam tadi.

Anwar yang juga calon Permatang Pauh berkata, perkara utama seterusnya yang akan dilaksanakan pembangkang selepas berjaya menawan Putrajaya ialah mengubah konsep kebebasan media RTM, Utusan dan TV3 kerana dianggap sudah terlalu banyak menabur fitnah ke atas pembangkang.

"Ini soal nilai dan akhlak yang perlu diubah. Mesti ada wajah baru dalam pentadbiran. Sekarang ni TV3 tak minat nak interview saya. Tapi bila kita menang nanti, TV3 nak datang interview, saya suruh depa (mereka) duduk belakang," katanya.

Ahad, 21 April 2013

MAKLUMAT BOCOR. BN PERAK TANGGUH UMUM MANIFESTO.KEH!KEH!




Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan sebahagian daripada maklumat manifesto parti dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab kepada pakatan pembangkang.
Tindakan itu katanya, menyebabkan BN negeri terpaksa menangguhkan pengumuman manifesto parti berkenaan namun ia bakal diumumkan dalam masa terdekat ini.
“Saya tidak tuduh sesiapa yang membocorkannya tetapi ini sikap tidak bertanggungjawab dan mereka tidak pula bersikap budiman (gentleman).
“Pembocoran maklumat itu memberi peluang kepada pakatan pembangkang menelitinya sebelum mengumumkan manifesto itu minggu lalu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Dataran Lumut, petang Sabtu.
Mengulas lanjut, Zambry yang juga Menteri Besar Perak, berkata keselamatan dan keamanan adalah adalah dua aspek penting yang diambil kira dalam penyediaan manifesto BN Perak.
Ia juga katanya, seiring dengan gagasan Perak Amanjaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

-peraktoday-

ADE SAPE NAK BERKAWAN DENGAN DIA NI...?

Kini tinggal laa sorang diri...lepas ni takde sapa nak peduli...
nasib kalau berkawan dengan UMNOgok

Khamis, 18 April 2013

GEN Y LAWAN GEN X-GERGASI TAMBUN. APE MACAM?







Muda dan lantang, Siti Aishah Shaik Ismail mewakili PKR untuk berhadapan dengan gergasi politik Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam Pilihan Raya 2013 dikubu kuatnya di Tambun, kerusi dikuasai oleh veteran Umno itu yang juga menteri Kabinet.


Dikala Husni berusaha untuk penggal kelimanya, Siti Aishah, yang berusia 27 tahun dan berwajah serius — biasa bermain bolasepak bersama budak-budak lelaki di kejiranan Manjoi di mana beliau membesar, menjadikan perlawanan di Tambun sebagai pintu masuknya ke dalam politik Malaysia.

Tidak berapa lama dahulu semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010, pemegang diploma Komunikasi dan IT itu yang baru berusia 24 tahun berhadapan dengan ceramah pertamanya di hadapan ribuan orang di stadium Kuala Kubu Baru.

Dikenali sebagai “pemalu” dizaman persekolahannya, Siti Aishah gementar di pentas ceramah pada ketika itu, menggigil dan terkunci mulutnya, merenung kepada hadirin untuk beliau yakinkan dengan kata-kata agar mengundi Pakatan Rakyat (PR) untuk “perubahan”.

Hari ini selepas tiga tahun dan banyak ceramah, beliau menjadi jaguh pidato dan mampu memukau hadirin dan dilihat sebagai bintang baru yang bersinar.

Bercakap kepada The Malaysian Insider di ibu pejabat PKR Perak di sini semalam, Siti Aishah megatakan beliau tidak takut dengan pertempuran yang bakal dihadapinya dan langsung tidak gentar dengan lawannya yang lebih berpengalaman bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam pentadbiran kerajaan.

Ketua Srikandi PKR itu mentertawakan tanggapan berdasarkan umur dan pengalaman, Menteri Kewangan Kedua kerajaan sementara itu akan menjadi ahli parlimen yang lebih baik daripadanya dan mengingatkan Husni tidak berkhidmat dengan begitu baik sepanjang empat penggalnya di Tambun.

“Sebab itu saya selalu kata, jangan gunakan usia untuk menilai kemampuan. Husni, ahli parlimen selama empat penggal, menteri, tetapi masih, jurang pendapatan di Tambun adalah mengejutkan ... dan golongan berpendapatan rendah membentuk 65 peratus daripada pengundi,” katanya.

Siti Aishah bergantung kepada zaman remaja dan kebiasaannya di Tambun, tempat dimana beliau membesar dan bersekolah di Gugusan Manjoi, kawasan penempatan Melayu yang besar di tengah-tengah bandar di sini.

Beliau mengatakan 41 peratus daripada hampir 90,000 pengundi Tambun adalah di bawah 40 tahun, kebanyakkannya mahu mendengar suara anak muda di Parlimen.

“Ini adalah pertempuran Gen X dan Gen Y,” katanya kepada The Malaysian Insider. “Saya mewakili Gen Y dan Husni mewakili X, tetapi saya fikir saya boleh yakinkan Gen X untuk sokong Gen Y.”

Dalam siri ceramahnya sejak beberapa bulan lalu, Siti Aishah mengatakan beliau bertemu dengan ramai rakan sekolahnya dan guru serta kawan lama, sesetengahnya masih tidak bekerja walaupun mempunyai ijazah, kehidupan yang sukar di Tambun.

“Kadar penganguran di Tambun sangat tinggi. Kebanyakkan kawan saya, graduan universiti asyik bertanya kepada saya – apa yang PR boleh lakukan jika menang,” katanya.

“Walaupun kerusi Tambun disandang oleh seorang menteri, seorang menteri kewangan, pembangunan di sini agak perlahan.

“Lihat sahaja balai polis Manjoi… mereka menyewa rumah untuk operasi!” katanya.

Manjoi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Tambun dan penyandangnya adalah Datuk Nadzri Ismail, ahli politik yang disukai dan dikenali, seperti Husni, beliau telah mewakili kawasan ini selama empat penggal.

Akan tetapi Nadzri digugurkan daripada senarai calon BN pada Selasa dan akan digantikan oleh muka baru, Mohamad Ziad Mohamed, bendahari Umno bahagian Tambun dan salah seorang “orang Husni”.

Menurut Siti Aishah, lengkah menggugurkan Nadzri memberikan kelebihan kepada dirinya oleh kerana pengundi di kawasan tersebut menyukainya dan merasakan menjadi tanggungjawab untuk mengundi lelaki tersebut.

Peralihan undi dari penyokong Nadzri kepada kemnya, katanya, akan membawa dirinya hampir kepada kemenangan pada 5 Mei ini.

“Ya adalah benar dalam budaya Melayu, kita percaya menunjukkan penghargaan dan membalas budi, tetapi Nadzri telah tiada, ini membuka peluang untuk kami,” katanya.

“Husni mungkin sudah menjadi ahli parlimen Tambun untuk banyak penggal, tetapi Husni bukan seperti Nadzri yang dilihat merendah diri.”

Beliau sedar dengan populasi besar penduduk miskin daripada 90,000 pengundi Tambun, kebanyakkannya menerima pemberian RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan BN.

Siti Aishah mengakui, pemberian tersebut menjadi tarikan kepada BN apa lagi selepas gabungan tersebut menjanjikan untuk menaikkannya kepada RM1,200 dalam manifesto pilihan raya, tetapi berkata pengundi sedar pemberian tersebut hanya sekali dalam masa lima tahun.

“BR1M tidak membantu rakyat tetapi saya lihat ianya lebih kepada rasuah untuk undi. Jika mereka ikhlas nak bantu rakyat, ia tidak seharusnya dalam bentuk pemberian tetapi kepada tawaran lebih baik, penyelesaian jangka panjang untuk selesaikan masalah ekonomi,” katanya.

Selepas lebih separuh dekad di bawah BN, Siti Aishah mengatakan pengundi sudah lebih matang dan walaupun di kampung Melayu, yang dikatakan kubu kuat Umno sekarang telah beralih kepada PR.

Beliau mengatakan pilihan raya ini bukan persaingan personaliti atau jenama diantara BN atau PR tetapi ianya adalah proses kesedaran dan memberikan harapan untuk menunjukkan kepada pengundi, terdapat alternatif untuk penyelesaian masalah mereka.

“Melayu semakin bijak. Mereka tidak mahu dengar kita menghentam orang lain. Jika kita beritahu seseorang mencuri wang contohnya, mereka mahu tahu berapa banyak yang dicuri dan bagaimana ianya berlaku.

 “Kita harus sokong pertuduhan kita dengan fakta, angka dan cara penyelesaian,” katanya.

Siti Aishah mengatakan, beliau bersendiri sebulan sekali untuk lima jam dalam bilik senyap untuk melakukan kajian isu sebelum berceramah.

“Untuk menarik hadirin, kita perlu sentuh tiga perkara… jika ia tentang rasuah, kita bercerita tentangnya, kemudian yakinkan mereka kita tidak amalkan rasuah dan beritahu apa yang mereka akan dapat jika kita tidak rasuah,” katanya.

Pilihan Raya 2008 menyaksikan Husni mengekalkan kerusi Tambun untuk penggal keempat dengan majoriti lebih rendah 5,386 undi berbanding 17,360 semasa pilihan raya umum 2004.

Pemimpin kanan Umno itu sebelum ini dikatakan akan menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir sebagai menteri besar akan tetapi semasa pengumuman senarai calon Selasa lepas, beliau diumumkan kekal di Tambun.

Tambun di mana terletaknya kerusi DUN Manjoi dan Hulu Kinta mempunyai 89,582 pengundi berdaftar dengan Melayu sebanyak 64 peratus, Cina 22 peratus dan India 12 peratus.


MAMAT NI KO KATA BERPRINSIP? CEH! KEH!KEH!


Nazri berkata, beliau selalu menggemari personaliti Zulkifli yang disifatkannya sebagai penceramah dan ahli politik yang baik...memang kaki bodek betoi laa si Nazri ni..apa yang dihadap sangat dengan Zulkulum ni.


Rabu, 17 April 2013

PART 2- CALON DUN PKR PERAK-RAKYAT BANGKIT PERAK BERUBAH


sorry la yop...2-3 hari ni teman agak sibuk sampai tak sempat nak upload calon PKR Perak...hari ini ambik masa untuk tatapan yop-yong semua....calon Kota Tampan takde gambo sebab nama naik last minit. PKR Perak akan bertanding 19 kerusi DUN...selamat berjuang dan galaslah harapan rakyat




 CALON DUN BEHRANG
DATUK ABDUL HADI BIN ABDUL KHATAB
UMUR 60 TAHUN

 CALON DUN HUTAN MELINTANG
KASEVAN A/L SUBRAMANIAM (PENYANDANG)
UMUR 41 TAHUN


 CALON DUN KUALA KURAU
ABDUL YUNUS BIN JAMHARI (PENYANDANG)
UMUR 41 TAHUN

 CALON DUN TEJA
CHANG LIH KANG (PENYANDANG)
UMUR 33 TAHUN

 CALON DUN BOTA
ZULKIFLY BIN HJ IBRAHIM
UMUR 51 TAHUN

 CALON DUN SIMPANG PULAI
TAN KAR HING
UMUR 31 TAHUN

 CALON DUN BUKIT CHANDAN
HAJJAH FATHMAWATY BT SALIM
UMUR 59 TAHUN

CALON DUN PANGKOR
MOHD SAIFULLAH BIN MOHD ZUKFILI
UMUR 28 TAHUN




Selasa, 16 April 2013

PART 1- 10 CALON DUN PKR PERAK- PERAK BANGKIT YOP!

 CALON DUN TUALANG SEKAH
BALDIP SINGH 
UMUR 38 TAHUN
PEGUAM

 CALON DUN PENGKALAN HULU
ABDULLAH BIN MASNAN
UMUR 56 TAHUN
BEKAS PESARA TENTERA

 CALON DUN TEMENGGOR
HAJI SUPIAN BIN NORDIN
UMUR 58 TAHUN
PESARA KERAJAAN

 CALON DUN KENERING
MOHD TARMIZI B ABDUL HAMID
UMUR 56 TAHUN
PENGETUA SEKOLAH SWASTA

CALON DUN ALOR PONGSU
ROSLI B IBRAHIM
UMUR 46 TAHUN
BEKAS PENGURUS KANAN FELCA

CALON DUN BATU KURAU
MUHAMAD FADZIL B ALIAS
UMUR 44 TAHUN
PENGARAH PUSAT DAKWAH DAN PENDIDIKAN ABIM 
PULAU PINANG

CALON DUN SG MANIK
HJ OSMAN B ABDUL RAHMAN
UMUR 71 TAHUN
BEKAS PENGURUS KANAN PADI DAN BERAS NEGARA

 CALON DUN HULU KINTA
MA TINGARAN
UMUR 36 TAHUN
AHLI PERNIAGAAN


CALON DUN KUALA SAPETANG
CHUA YEE LING
UMUR 30 TAHUN
AKTIVIS MASYARAKAT

CALON DUN CHENDERIANG
AMANI WILLIAMS HUNT B ABDULLAH @ BAH TONY
UMUR 60 TAHUN
PEGUAM DAN AKTIVIS ORANG ASAL