Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

SULAIMAN MOHAMED LETAK JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN






Datuk Seri Suleiman Mohamed hari ini disahkan melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang disandangnya selama 23 tahun berkuat-kuasa esok.

Jawatan beliau akan dipangku oleh Timbalannya, Datuk Johari Abdul Ghani.





Johari berkata beliau menerima surat rasmi berhubung perkara berkenaan daripada Ibu Pejabat Umno hari ini.



"Ya, memang benar Datuk Suleiman sudah melepaskan jawatannya itu, jadi bermula esok saya akan memangku jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Titiwangsa," katanya.



Difahamkan beliau melepaskan jawatan yang sepatutnya berakhir pada 2012 ialah bagi memberi laluan kepada pemimpin baru untuk menerajui Umno di bahagaian berkenaan.



Sejak minggu lalu, spekulasi bertiup kencang mengatakan Suleiman melepaskan jawatanya itu dan telah menyerahkan surat peletakannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Bagaimanapun Suleiman yang juga bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengambil pendirian untuk 'bermain teka-teki' tanpa menafikan atau mengiakan mengenai perkara berkenaan.



Selain itu menurut Johari, beliau mengetahui mengenai hasrat Suleiman untuk melepaskan jawatannya itu sejak tiga minggu lalu.



"Tiga minggu lalu Datuk Suleiman ada beritahu saya yang beliau nak lepaskan jawatan, beliau kata nak bagi laluan kepada generasi baru," katanya.



Jelas beliau lagi, Suleiman juga telah memaklumkan kepada semua ketua-ketua cawangan, ketua pemuda, wanita dan puteri berhubung peletakan jawatannya.



Johari yang aktif dalam bidang politik sejak 22 tahun berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat Umno Bahagian Titiwangsa dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai pelan tindakan Umno bahagiannya.


TUN M MARAHKAN ISRAEL






Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa marah terhadap tindakan ganas Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak dunia agar bertindak menghentikan keganasan rejim Zionis itu kerana ia mencabul undang-undang antarabangsa.



p/s: kata dulang paku serpih...kata orang...lu lagi lebih!


JANGAN HERET NURUL IZZAH-EZAM





1. Saya tidak mahu Nurul Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa-apa.


2. Saya tidak mahu aibkan Anwar, Wan Azizah dan keluarga mereka dan hanya sekarang untuk pertahankan maruah saya setelah difitnah terlibat dengan konspirasi kes liwat Saiful Bukhari baru-baru ini.

3. Justeru itu, ianya bukan soal habuan. Apakah mereka lupa saya pernah bela Anwar selama 10 tahun, dan saya turut sama merengkok dalam penjara ketika Anwar hanyalah seorang banduan yang pastinya tidak boleh memberikan apa apa habuan kepada saya. Kalaulah habuan menjadi perkiraan saya, sudah semestinya saya tidak akan membela seorang banduan sehingga saya sendiri ke penjara.



4. Saya tegaskan sekali keputusan saya tinggalkan Anwar adalah kerana prinsip sebagai seorang Islam dan bukannya kerana habuan.



5. Saya sanggup bersumpah demi untuk mempertahankan kenyataan saya, dan saya cabar Anwar dan Wan Azizah bersumpah sama.



6. Saya menggesa Anwar dan Wan Azizah agar tidak mengheret anaknya dan sesiapapun dalam hal liwat ini, hentikanlah sandiwara. Rakyat sudah terlalu lama ditipu.



CEPAT ! ADA MEETING TERGEMPAR






Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.



"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah jahat tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.


"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dikeluarkan sebentar tadi.




p/s: meeting....dah 60 tahun tak selesai...

TUKAR KERAJAAN SEBELUM BANGRAP






OLEH: HAFIZ IRWAN


"Nak selamat ekonomi, kita kena tukar kerajaan pada PRU 13 nanti, janganlah sampai bankrap dulu baru nak tukar kerajaan," kata Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia mengalami defisit sejak 10 tahun lalu namun situasi itu terselindung di sebalik suara hipokrit pihak yang lebih mementingkan kuasa politik.


"Mungkin jarang rakyat yang terdiri daripada orang kampung serupa kita ini tidak menyedari realiti itu sebab di dalam akhbar tidak dinyatakan kedudukan perkara sebenar.



"Kalau di dalam radio, TV pula diheboh dan digambarkan dengan visual berbentuk mewah-mewah kononnya untuk menunjukkan bahawa negara mempunyai struktur ekonomi yang kukuh, rakyat tidak perlu ragu dan bimbang dengan pentadbiran kerajaan yang ada, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya," katanya.


Beliau berkata, perjuangan Umno BN kini jauh tersasar dari prinsip asal walaupun beberapa kali dinyatakan perlu ada transformasi.



"Berubah bukan nak jaga orang Melayu seperti kelantangannya mempertahankan Melayu, tapi nak jaga orang tertentu sebab itu mereka kaya-raya, menteri-menteri kaya, kalau tengok harta Najib memang besar.



"Namun sedarkah kita sejauh mana pula kesedaran mereka terhadap berapa ramai golongan miskin terbela di tangan mereka," katanya.



Tambahnya, apa yang berlaku sekarang adalah rakyat terpaksa bergelumang dengan kancah kemiskinan di dalam negara sendiri yang dikatakan maju angkara kerakusan pemimpin yang berbelanja melebihi dari nilai pendapatan.



"Jika situasi ini terus berlarutan jawabnya semakin banyaklah lagi harga barang akan naik, lebih banyak krisis barangan akan berlaku dan kita akan terus dicengkam inflasi kerana pendapatan tidak berubah," katanya.



Oleh itu, katanya rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan corak bagi menyelamatkan ekonomi negara pada masa hadapan dengan menukar kerajaan.




BERANIKAH PENGERUSI OIC BERSUARA..?





PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza.





"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," kata Sallehuddin Ayub Naib Presiden PAS .



HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB MENCADANGKAN...





Untuk itu, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dicadangkan sebagai 'Profesor sepenuh masa' di 'Universiti Politik Keadilan' oleh Pengarah Biro Latihan Pusat, Hj Mustafa Kamil Ayub yang juga Pengerusi PKR Perak...



BERITA PERAK:BEKAS PENGERUSI PKR PERAK DIFITNAH !





Gambar "inikah" yang menjadi punca tuduh-menuduh antara beberapa pimpinan utama PKR Perak dengan bekas Pengerusi PKR Perak Hj Osman yang dikatakan menjadi dalang punca Fauzi Muda keluar PKR...?

Gambar ini diambil semasa Fauzi Muda membuat PC dimana beliau mengatakan Najib cuba menyogok RM 50 juta supaya Jamal melompat...dan sekiranya gambar ini dijadi bahan untuk memfitnah...adakah YB Chan Lih Kang terlibat juga...? tepuk dada, tanyalah IMAN...

Beberapa pimpinan PKR Perak telah menghubungi Hj Osman untuk meminta kepastian...dan jawapan Hj Osman...beliau tidak terlibat dan gambar yang disiarkan adalah gambar lama...

Nasihat teman kepada Pemimpin Agung/Besar PKR Perak...jangan menuduh jika tiada bukti...bercakap memang sedap kerana lidah tak bertulang...



gambar lama


PEMIMPIN UMNO "ROGOL" PUTERI UMNO







(gambar hiasan)


"Kata EXCO Puteri UMNO, Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO ke dalam Parti.....



(gambar hiasan)



Jumaat, 28 Mei 2010

PENDEDAHAN-JOLOK ANAK MUDA YANG KAYA RAYA






Dalam ucapan dasar Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar, beliau mengatakan Ezam adalah "Ketua Pelacur Politik Negara"...gerak kerja untuk memusnahkan dan memburukan imej PKR...tapi sebenarnya mereka gagal dalam usaha itu...yang pergi adalah pengkhianat...bukan wira...KKN budaya amalan UMNO...

Maklumat yang didedahkan oleh Shamsul Iskandar pagi ni...seorang anak muda melayu...nama Jolok, berumur 20 tahun... yang dilaporkan NY Post...berbelanja USD 50 ribu sehari, jOLOK ini dikabarkan bersahabat baik dengan anak Najib...dikatakan beliau juga mendapat Projek TUDM



satu masa dulu....
KETUA PELACUR POLITIK


APA PENDEDAHAN SHAMSUL ISKANDAR PAGI NI?





Sekarang ni, persembahan daripada Kumpulan Dikir Barat sedang mendendangkan lagu bagi menghiburkan para Perwakilan AMK..dalam pada itu seperti yang dijanji oleh Shamsul Iskandar, akan mendedahkan sapa yang dimaksudkan "pelacur politik".


Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar hari ini akan menyatakan ikrar untuk membersihkan parti itu daripada "para pengkhianat."
Tanpa menamakan "pengkhianat" tersebut, Shamsul juga menyifatkan golongan tersebut sebagai "pelacur politik."


"Kita akan terajang pelacur-pelacur politik ini," katanya ketika berucap di pembukaan Kongres AMK di Kota Bharu malam tadi.
Beliau dalam pada itu juga menyeru para perwakilan supaya meneliti perbahasan yang akan berlangsung.


Ini kerana, beliau akan membuat satu pendedahan penting berhubung kegiatan seorang lulusan universiti antarabangsa.
Katanya lagi, individu tersebut juga mempunyai hubungan rapat dengan seorang kenamaan. Dalam sidang media selepas itu, Shamsul berkata individu lelaki tersebut, pernah dilaporkan akhbar New York Times sebelum ini.


Ditanya lagi siapakah individu yang dimaksudkan itu, beliau berkata perkara itu hanya akan didedahkannya pagi ini.


Jelasnya, beliau membuat pendedahan itu bagi menunjukkan bahawa golongan bijak pandai juga tidak terkecuali daripada melakukan kegiatan seperti menipu.


Tambahnya, pendedahan itu juga bagi menjelaskan pendirian parti itu dalam meletakkan calon dalam pilihan raya selepas ini.



"Kadang-kadang kepandaian tidak jamin seseorang itu jadi pemimpin yang baik apabila ia digunakan untuk menipu," katanya


KONGRES AMK BERMULA





Kongres AMK Pusat : sekarang ni...wakil dari Palestin sedang beri sedikit taklimat mengenai keadaan di Gaza...Dr Syed Al-Bura





Addy Sham Tim Ketua Penerangan AMK Perak


EXCO AMK Pusat...YB Amir


Perwakilan AMK Ipoh Timur dan Gopeng


Sdr Romi ( Naib Ketua AMK Perak), YB Yunus ( Ketua AMK Perak), Sdr Azzemi
( Ketua AMK Tapah), Sdr Kahar Naib Ketua Cabang Ipoh Timur)

Sdr Muzaffar Shah ( Ketua AMK Teluk Intan) Sdr Ir Emmiza ( Pengarah Strategi AMK Perak)



the believe of victory ! Al Aqsa be liberated !



Khamis, 27 Mei 2010

PERASMIAN KONGRES AMK

PERAKKUME
Yb Senator Syed Husin baru sahaja selesai merasmian kongres amk dan wanita..
Amk dan wanita harus lebih peka mengwujudkan kader-kader baru bagi memantapkan amk dan wanita..

LAGI KEJAYAAN NEGARA DICIPTA

PERAKKUME


Cadangan untuk mengurangkan subdidi kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Beliau berkata, sekiranya langkah untuk mengurangkan subsidi tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut Malaysia akan muflis menjelang tahun 2020 kerana negara menanggung defisit sebanyak RM1,158 bilion.



CERITA 410 RINGGIT...

PERAKKUME


teman nak ke Kelantan Darul Naim tengahari ni...pi Kongres...sebagai Pemerhati je...oh ya ! semalam YB Yunus ada buat PC tentang Faizal n The Gang...kes nak lompat...setakat ni belum la ada berita penafian daripada kesemua mereka yang buat "dealing" dengan Jamal...Jamal di Indon sekarang ni...mungkin tangguh dulu le kot?

Kalau ikut ceritanya...pada 22hb ari tu deme semua jumpa Jamal di Hillcity Ipoh...yang menghairankan macam Pengarah DUN Hulu Kinta
( Arrafat ) boleh terlibat sama...daripada maklumat yang boleh disahkan...setiap sorang dibagi duit minum-minum RM 205.00...cuma katanya Faizal je dapat lebih sikit RM 410.00 ...kalau RM250 ribu sedap juge telinga mendengornya...rasanya kalau deme melompat pun...itu je le harga deme semua...

Yang terlibat...Sdr Mat Hasni -Tim Ketua AMK Lumut, Megat- Ketua AMK Ipoh Timor, Adam bekas - Tim Ketua AMK Kuala Kangsar, Araffat- AJK AMK Tambun, Rosli -bekas Ketua AMK Kampar dan Hussin- Tim Ketua AMK Parit , pak sedara Faizal...ayam terlepas tangan bau tahi...itu yang kome nak sangat !!

Dan teman ada cuba sms dengan Faizal...beliau boleh mengatakan beliau tak terlibat dalam pertemuan tersebut...saksi ada yop ! jangan nak jadi penipu la..siapa ada rakaman perbualan lagi...haha ! nak lari mana..

Kesian deme semua....




Kepada perwakilan PKR yang nak kelantan...hati-hati memandu...dan selamat berkongres.


Selasa, 25 Mei 2010

BUNG MOKTAR DALAM SENARAI UNTUK DI PECAT..?

PERAKKUME



Pemecatan KP Samy dan Kumar Aamaan dikatakan mempunyai kaitan dengan sokongan mereka terhadap kenyataan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan yang mendesak Samy Vellu melepaskan jawatan dengan segera.






Bung Moktar kena berhati-hati dalam hal ni...jangan buat sebarang komen mengenai ribut MIC... si samy ni bukan nye boleh ambik kira sangat...mana le tau tetiba je gilanye, dia memecat Bung kerana poligami tanpa kebenaran...haha!



EKONOMI MALAYSIA 10 TERBAIK DALAM DUNIA

PERAKKUME



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee tertanya-tanya sama ada perjanjian pertukaran 6 bidang tanah di Tanjong Pagar dengan dua kawasan di Singapura, ada kaitan dengan masalah defisit negara yang berjumlah RM363 bilion.


“Hari ini, kita memberi isyarat yang positif kepada sektor swasta dan rakyat di kedua-dua negara bahawa sudah tiba masanya untuk kita melangkah maju, meningkatkan pelaburan, menggalakkan lagi hubungan perdagangan serta merancang lebih banyak projek usaha sama,” kata Najib .



PM singapura dalam ucapannya berkata, rundingan hari ini berjaya memfokus perbincangan kepada meningkatkan hubungan dua hala Singapura-Malaysia ketika dunia berdepan dengan lebih banyak cabaran terhadap hubungan serta kerjasama dua hala.



“Isu POA telah menghantui hubungan kedua-dua negara selama hampir 20 tahun, tetapi hari ini kita berjaya buktikan bahawa kita boleh melihat ke hadapan dan meletakkan isu-isu warisan tersebut di belakang kita.



“Kita mencapai banyak persetujuan termasuk dalam isu tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), kemudahan air yang terkandung dalam Perjanjian Air 1961, mengurangkan kadar tol di Lebuh Raya Laluan Kedua, meningkatkan lagi perhubungan antara Singapura dan Malaysia dan beberapa lagi,” katanya, yang jelas gembira dengan persetujuan yang dicapai dengan Najib.




MEREKA PENGKHIANAT NEGARA-TUN M

PERAKKUME



Tun Mahathir menggelar mereka yang menjual permit import (AP) sebagai pengkhianat negara.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, perbuatan menjual kemudahan yang dianugerahkan kerajaan itu dianggap perbuatan jahat yang tidak sepatutnya dilakukan.



"Orang Melayu diberli peluang memperoleh AP tetapi ada di kalangan mereka yang menjualnya.



LOMPAT PARTI : MSK BUAT PENDEDAHAN AWAL..

PERAKKUME



Petang tadi aku dapat email dari AMK Perak minta hadir ke sidang akhbar esok di Ipoh. Aku jarang pergi ke PC..sebabnya banyak perkara aku dah tau sebelum PC.



PC esok bertajuk “PENDEDAHAN KONSPIRASI TERHADAP AMK DAN SOGOKAN WANG UNTUK KELUAR PARTI.”



Aku nak mintak kat AMK Perak..sebut saja nama depa. Kalau tak mau sebut..aku sebutkan. Kalau tak mau nak cerita secara detail…aku boleh ceritakan.



Pada 22 hb yang lalu, Jamal Behrang telah memanggil beberapa orang dikalangan bekas-bekas AMK untuk datang berjumpa denganya. Dua kali perjumpaan itu dibatalkan kerana ada pegawai SPRM yang mengekori dan akhirnya pertemuan tersebut diadakan di Kondominium Hillcity, Bilik no 347 pada pukul 3 hingga 7 petang.



Jamal diiringi oleh seorang bodyguard manakala bekas Ahli AMK Perak diketuai oleh Faizal Afendi dari Parit.


Diantara yang hadir ialah Ketua AMK Ipoh Timor, Ketua AMK Kampar, Wakil AMK Lumut, ada juga wakil dari AMK Pasir Salak dan Adam Haris..bekas Timbalan Ketua AMK Kuala Kangsar dan ini termasuk 2 bekas Ketua Cabang yang dah kecewa dengan PKR Perak...



Diantara perancangan yang mahu dibuat oleh Jamal ialah mengadakan gelombang kedua orang PKR meninggalkan parti. Semasa Hulu Selangor, Jamal berjaya menarik dua dari Wanita PKR Perak. Itu pun ahli yang telah direject.



Kali ini, Jamal mahu membuat kejutan pula dengan menarik Ketua AMK Cabang untuk mengisytiharkan diri keluar dari PKR ketika Kongres PKR yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 27-29 Mei ini. Jamal mencuba untuk menjalankan perancangan Umno ini supaya kemeriahan Kongres yang akan diadakan di Kota Bharu nanti akan terbantut…kerana akhbar akan mensensasikan tentang ahli-ahli yang keluar parti ini.



Faizal Afendi adalah bekas Ketua AMK Parit. Selepas PRU 2008, dia bertapa di SUK…bukan ada kerja pun..cuma jadi kutu-kutu SUK. Sama macam Fauzi Muda…setiap hari ada di SUK. Bila orang tanya…depa kata ada urusan dengan MB la, dengan ECO la. Kemudian jual ubat…sapa nak projek, sapa nak balak, sapa nak kontrak…depa boleh uruskan. Last-last semua kena tipu.



Bila PR ditumbangkan di Perak, Faizal lari ke Sabah…dapat projek dengan Ezam. Sekarang dia jadi balaci Jamal untuk menarik bekas-bekas dan ahli-ahli AMK Perak untuk keluar parti. Itu saja kerja Jamal. Menjadi barua Umno semenjak menjadi Calon Bebas.



Satu lagi perancangan Jamal ialah mahukan setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya dua orang yang memegang jawatan dalam AMK yang keluar parti. Dan diakhir pertemuan tersebut, Jamal menghadiahkan duit kopi sebanyak RM250.00 setiap yang hadir. Ganjaran berikutnya akan diberi apabila setiap kali sidang akhbar dibuat. Selain itu juga...ganjaran kali ini agak berbeza...ianya akan dibayar pada setiap hujung bulan mengikut jumlah yang akan ditetapkan...mungkin RM 1000-2000 sebulan...ada gaji kali ni...haha..




Antara yang pernah dihubungi... Ketua AMK Tapah...Ketua AMK Gerik,Ketua AMK Bagan Datoh...Timbalan Ketua AMK Kampar... tetapi kesemua mereka telah menolak perlawaan awal dan terus memaklumkan kepada Ketua AMK Perak...



Aku cuma nak bagi tau kat AMK Perak…mampuih pi la sapa yang nak keluar parti. Hari tu pun Fuziah Salleh dah bagi notis sebulan kepada sapa-sapa yang keluar parti. Mampuih pi.




oleh MSK

APA PENDEDAHAN YB YUNUS ESOK...?

PERAKKUME



YB Sdr Abdul Yunus Ketua AMK PKR Perak akan membuat satu PC esok jam 12.30 pm di Wisma Keadilan Perak...katanya beliau akan membongkar segala konspirasi terhadap AMK Perak dimana ada bukti tawar-menawar berlaku bagi mereka keluar PKR...


Setakat ini... 4 Ketua AMK Cabang...2 ahli MPN dan 3 Ketua Cabang telah pun dihubungi pihak tertentu memujuk supaya meninggalkan PKR sebelum Kongres Nasional berlangsung...






Beliau punyai bukti tentang kospirasi ini...siapa yang menjadi dalang telah pun diketahui...beliau akan dedahkan esok...


LU PUNYA ANAK SUDAH LEBIH LAAA !!

PERAKKUME



Muhyiddin meminta Samy Vellu menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.


"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya," kata Muhyiddin Yassin.



Katanya Vell Paari merupakan seseorang yang mempunyai kepentingan dalam kemelut dalaman MIC kerana beliau merupakan anak kepada parti itu.



Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada pelatih askar Wataniah termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau.




Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S Vell Paari - anak presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu - kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.




Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.


"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap."


BERITA PETANG: TOKEY JUDI JADI PENGERUSI HAL-EHWAL AGAMA ISLAM?

PERAKKUME


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-51.



Mesyuarat itu yang bermula pada 3 petang diadakan di Pejabat Perdana Menteri.



Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mashitah Ibrahim dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.



MB PERAK KUDATE Zambry Abdul Kadir, MB Negeri Sembilan Mohamad Hasan, MB JOHOR Abdul Ghani Othman dan KM Sabah Musa Aman turut hadir.



BLOGGER UMNO PUN BENCI UMNO

PERAKKUME



PRU 13 semakin hampir. Image UMNO masih ditakok lama. Dua PRK baru sahaja berlalu, nyata terserlah bahawa kaum cina masih lagi tidak menyokong BN. BN pasti akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan PR pada PRU 13 ini.

Telah terlalu banyak 'slogan' dicipta, tetapi slogan-slogan ini sedikit pun tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap menarik kembali sokongan dari kaum cina. Hingga kini pemerintah masih lagi belum mendapat idea bagaimana kaum cina boleh kembali menyokong BN.

Sebenarnya perkara ini sangat mudah di lakukan. BN perlu di struktur semula supaya ianya bersih. Undur kan keluar semua pemimpin-pemimpin BN yang bermasalah. Kita masih lagi ada banyak pemimpin2 muda yang berwibawa yang boleh menerajui BN dengan bersih dan jujur.

Jika perkara ini berjaya di lakukan serta merta pun ianya belum lagi boleh menjamin BN/UMNO akan dapat diterima oleh semua kaum. Ianya juga akan mengambil sedikit masa untuk menyakinkan rakyat.

BN/UMNO akan musnah selagi pemimpin dan penyokongnya yang ada ini masih menganggap BN/UMNO sudah pulih dan mendapat sokongan dari semua kaum. Sebenarnya BN/UMNO tidak boleh berkuasa tanpa sokongan penuh dari kaum bukan melayu. Ianya disebabkan perpecahan kaum melayu yang menyokong PAS dan PKR.

Pemimpin2 dan penyokong2 UMNO di ibarat kan sedang 'menari' diatas lantai yang reput, bila2 masa sahaja ianya akan runtuh. Jangan pandang kecil kekuatan parti lawan. Sudah jelas dan nyata mereka bukan sahaja nampak bertambah kuat tetapi sebenarnya mereka memang kuat.

Setiap kali PRK diadakan, sokongan mereka semakin bertambah, tidak kurang pula yang menang bergaya. Mereka berjuang cuma dengan 'gigi dan lidah' sahaja, sedangkan kita berjuang habis habisan mengunakan segala gentera kelengkapan dan menaburkan ratusan juta RM, tetapi masih tewas tersungkur juga.

Kita perlu buangkan dan kikis sikap dan perasaan sombong dan angkuh kerana memiliki berbagai 'senjata' yang canggeh. Memujuk atau menambat hati rakyat dengan wang ringgit sudah ketinggalan zaman, ianya tidak boleh berkesan kepada semua orang.

BULAN NI BOLEH, BULAN DEPAN TAK BOLEH..

PERAKKUME


Dewan Pemuda PAS pusat hari ini mencabar PERKASA berdepan dalam satu debat perdana mengenai kemungkaran judi.


Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, pihaknya bersedia berdebat dengan PERKASA pada bila-bila masa, kecuali sewaktu muktamar parti itu bulan depan.



p/s: teruskan debat anda !!

YB SIVAKUMAR OH ! YB.....

PERAKKUME



apa sudah jadi dengan DAP Batu Gajah....?
YB Sivakumar harus selesaikan masalah dalaman dengan segera !
rungutan ahli-ahli dan pengikut jangan ambil mudah...YB !



Isnin, 24 Mei 2010

SPRM CEPAT SIASAT MB SELANGOR TUU !!!

PERAKKUME


MB Khalid Ibrahim diminta bercuti bagi menjamin siasatan kes penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang melibatkan adiknya, Hajiman Ibrahim dapat dijalankan dengan lebih telus.


Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, ia juga dapat mengelakkan sebarang kecurigaan yang Abdul Khalid akan mempengaruhi siasatan.



''GPMS Selangor gembira dengan sikap berani Abdul Khalid yang menggalakkan sesiapa sahaja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa termasuk membuat siasatan terhadap adiknya, Hajiman.



''Tapi kita tidak mahu siasatan ini terganggu. Semua pihak termasuk Abdul Khalid diminta memberi ruang kepada polis dan SPRM untuk menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan kegiatan rasuah dan penyelewengan dalam KSSB.





p/s : Najib...? Rosmah...? Muhyiddin...? Adanan Yacob...? Nor Yaacob...?

ini semua bapak RASUAH....macam mana...?


ADUN KERDAU HANYA MAMPU BERCAKAP DENGAN MATA?

PERAKKUME


ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang kini dirawat di IJN Kuala Lumpur sudah mampu memberikan respon melalui komunikasi mata, kata MB Adnan Yaakob.

Beliau bagaimanapun belum berupaya untuk bercakap dan keadaan beliau stabil.



ISA DITUBUHKAN 3 TAHUN LEPAS MERDEKA

PERAKKUME


RPK menafikan bahawa ISA adalah akta yang diwarisi daripada penjajah British, ketika beliau memulakan ucapannya. ISA diluluskan selepas tiga tahun negara kita mencapai kemerdekaan. RPK menambah, ISA dibentangkan oleh bekas PM Abdul Razak pada tahun 1960 (TPM ketika itu), dibantah oleh pemimpin Parti Progresif Rakyat, D. R.Seenivasagam.


Abdul Razak ketika itu memujuk D. R.Seenivasagam dengan alasan bahawa ISA diperlukan untuk menangkis serangan komunis, namun ISA kini telah menjadi alat kerajaan untuk menekan mereka yang berbeza pandangan dan menakut-nakutkan pegawai kerajaan, kata RPK.




Menurut RPK (gambar kanan), OKT (orang kena tahan) akan diasak dengan pelbagai tuduhan dalam tempoh penahanan 30 hari pertama, malah berdepan dengan ancaman agar OKT mengaku salah. RPK berkata surat pengakuan salahnya setebal 200 muka surat, antaranya termasuklah "membunuh Presiden Kennedy". Beliau akan dibebaskan seandainya mengaku bersalah, dan meletakkan tandatangan pada setiap muka surat, untuk 30 salinan surat pengakuan yang setebal 200 muka surat.



30 hari kemudiannya, OKT akan diseksa, supaya berpaling tadah untuk menyokong kerajaan. Malah, OKT akan digoda dengan pangkat, wang, rumah banglo dan sebagainya. RPK membahagikan OKT kepada dua kategori, iaitu sebahagiannya akan menerima ganjaran setelah kompromi. Selebihnya pula akan diarah untuk terus kekal dalam pembangkang sebagai "trojan horse" BN. Kuda Trojan ini akan mencetuskan perselisihan dalam pembangkang untuk mencungkil rasa benci pengundi, malah RPK terus menyindir bahawa Zulkifli Nordin adalah antara yang terjatuh dalam kategori ini.



Disambut dengan penghormatan



Selain itu, RPK juga mendedahkan penyeksaan yang berlaku ketika penahanan di bawah ISA. Ketika mengulas pilihan raya kecil yang berlangsung di Malaysia setelah dibangkitkan oleh hadirin, RPK berkata pertubuhan antarabangsa harus menghantar pemerhati untuk memantau perjalanan PRK di Malaysia, yang mana penyelewengannya semakin berleluasa.


Ceramah ini diadakan pada jam 2 petang di London, semalam, menarik kehadiran antara 300 hingga 400 orang. Hadirin berdiri dan menyambut ketibaan RPK dengan tepukan gemuruh. Malah, ada yang meminta tandatangan RPK selepas ceramah tersebut.



merdekareview

BERITA PERAK: SIVAKUMAR DITOLAK

PERAKKUME



Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan V.Sivakumar supaya mengenepikan keputusan yang membenarkan 3 ADUN Perak yang meninggalkan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi mereka.


RAJA PETRA MUNCUL DI LONDON

PERAKKUME


Raja Petra Kamaruddin (RPK) akhirnya muncul di BPP Law School, London untuk mencabar kerajaan Malaysia agar membuktikan beliau bersalah di United Kingdom, tetapi bukan mengurungnya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


"Kalau mereka nak main, main ikut peraturan saya! Bak pepatah, kalau nak tumbangkan musuh, ajak dia main di gelanggang kita. Gelanggang saya di sini, United Kingdom!" Demikianlah kata-kata RPK sambil berseloroh ketika dijemput oleh Solicitor’s International Human Rights Group untuk berucap di BPP Law School, semalam.

Semasa menjawab soalan dari bawah pentas, RPK mendakwa sebaik sahaja beliau dibebaskan pada Februari tahun lalu, pendakwa raya telah memohon agar mahkamah menggugurkan penghakiman tersebut. Namun, permohonan itu tidak terjawab sehingga kini. RPK menjangka dirinya mungkin ditahan semula.



RPK berkata dirinya sanggup berdepan dengan pendakwaan pada bila-bila masa, tetapi enggan melayan seandainya beliau perlu dikurungkan di bawah ISA.



Biarpun RPK pernah dicabar untuk pulang ke mahkamah Malaysia dan membuktikan dirinya tidak bersalah, beliau tetap berkeras, "Penuntut fakulti perundangan tahun pertama juga tahu bahawa tanggungjawab pendakwa raya adalah untuk membuktikan tertuduh bersalah, bukannya tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah. Kalau mereka ingin membuktikan saya bersalah, datanglah ke mahkamah UK!"



Salah seorang hadirin membandingkan situasai antara RPK dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, "Kamu dan Anwar Ibrahim berdepan dengan keadaan yang sama. Seorang memilih untuk terus berada dalam negara, seorang lagi memilih untuk terbang ke London. Siapakah pula antaranya yang lebih mungkin untuk mengelakkan diri dari malapetaka?"



Secara terus terang RPK mendakwa Anwar Ibrahim telah bertekad untuk menetap di Malaysia dan menentang sehabis-habisnya, kerana Anwar Ibrahim ingin menjadi Perdana Menteri seterusnya. Namun, RPK menyatakan bahawa dirinya tidak berniat untuk menjadi ahli politik.



London telah menjadi medan perang antara kerajaan dan pembangkang di Malaysia, lantaran populasi warga Malaysianya yang agak tinggi. Ahli politik Malaysia seperti Menteri Besar Negeri Perak Zambry Abd Kadir, Anwar Ibrahim, Mohd Nizar Jamaluddin dan lain-lain lagi pernah mendarat di kota antarabangsa ini untuk memberi ucapan politik.



Kini, blogger terkenal di Malaysia, RPK turut tampil berkongsi pengalaman dirinya ketika ditahan di bawah ISA.




seterusnya di merdeka review

JAMIL KHIR DOA KERAJAAN PR KEDAH TUMBANG

PERAKKUME


Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Jamil Khir menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.


MENTERI AGAMA YANG HALALKAN JUDI


"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.



Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat yang diteraju PAS itu akan tumbang.



TIADA PRK DI PARIT RAJA

PERAKKUME


Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Abd. Aziz Kaprawi, 51, dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.



KENYATAAN MOHON MAAF SINAR HARIAN

PERAKKUME


MOHON MAAF DARIPADA SINAR....






kredit: era pasca

Jumaat, 21 Mei 2010

SINAR HARIAN DAH MOHON MAAF

PERAKKUME




Merujuk Laporan Akhbar Sinar Harian 20/5/2010 hari ini (semalam), saya ingin menyatakan kekesalan kerana beberapa fakta yang kurang tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional. Bahkan tajuk akhbar "Kristian Tolak Pas" (muka depan) dan Kristian tidak minat sertai Pas: Nizar" di halaman PK4 adalah tersasar daripada hakikat pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu dilafazkan oleh DS Nizar semasa sidang akhbar tersebut.

Selaku moderator dialog tersebut dan salah seorang pimpinan Pas yang turut serta memberikan kenyataan akhbar saya ingin betulkan fakta-fakta berikut:


i/ Perjumpaan Pas Perak dengan pimpinan gereja-gereja seluruh Kinta adalah di atas jemputan Pas. Matlamatnya adalah untuk saling berkenalan dan memahami di antara satu sama lain.


ii/ Perjumpaan tersebut bukan untuk mengajak pimpinan gereja untuk menyatakan sokongan kepada pas. Sebagai satu entiti agama, pihak gereja adalah dilarang terlibat dalam politik kepartian. Namun pihak gereja menyatakan mereka bebas menyatakan sikap tentang isu-isu keagamaan dan isu-isu kepentingan rakyat atau negara.


iii/ Tidak pernah mana-mana pimpinan gereja yang berucap sama ada menyatakan sokong atau tolak Pas. Kenyataan yang mereka keluarkan hanyalah mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan Pas untuk bersemuka dengan mereka walaupun Pas berhadapan risiko.


iv/ Dalam sesi dialog pihak gereja meminta penjelasan Pas tentang isu-isu - peranan ulama dalam memberi fatwa, isu hak keluarga yang ditinggalkan oleh suami yang memeluk Islam, isu hak rakyat bukan Islam dalam hal-hal minuman keras dan hiburan serta isu kenapa hingga kini orang bukan Melayu masih dilabelkan sebagai pendatang. Isu penggunaan kalimah Allah disentuh secara ringkas sahaja. Akhirnya pihak pimpinan gereja memuji kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang mereka sebutkan sebagai ahli kepada semua rakyat dan memastikan amalan kebebasan agama berlaku dengan baik di Kelantan.


v/ Di pihak Pas, kami berusaha untuk menerangkan konsep-konsep utama dalam hubungan antara agama yang menjadi prinsip-prinsip Islam iaitu - tidak ada paksaan dalam kepercayaan, Islam adalah agama rasmi negara ini, hak rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing, prinsip-prinsip keadilan islam dan prinsip Pas tidak menerima perjuangan berasaskan perkauman.

Align Center

DR. HJ KHAIRUDDIN BIN DATO' ABD. MALIK
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK


Khamis, 20 Mei 2010

BIARLAH DIA PERGI

PERAKKUME


Perkara yang lalu tak usah dikenang...tak perlu diungkit...doakan saja kebaikan untuk beliau...


Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan akan memantau kegiatan pengikut bekas pemimpin Al-Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula. "Kerajaan akan pantau. Kita akan tengok perkara sebenar kerana kita tidak mahu perkara ini kegiatan Al-Arqam berulang," katanya.








JAKIM telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.

Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 OGOS 1994.


Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut ISA.elah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan dibebaskan 25 OKTOBER 2004.(wikipedia)

Semoga Allah tempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman.


LANGKAH MUSA HITAM DIPERHATIKAN

PERAKKUME

Tekanan agar seluruh Lembaga Pengarah syarikat konglomerat Sime Darby termasuk Pengerusinya Tun Musa Hitam turut berundur kerana kerugian RM1.63 billion syarikat milik kerajaan itu semakin memuncak.

Kalau sebelum ini beberapa pihak termasuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak mahu Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid seorang saja menjadi kambing hitam kena letak jawatan, kini Tun Dr Mahathir Mohamad memberi pandangan sama.

Dalam tulisan terbaru laman blognya,bekas Perdana Menteri itu bertanya adakah hanya CEO saja yang bertanggongjawab.

Katanya beliau sudah diberitahu mengenai peningkatan kos dan kelewatan dalam projek Bakun yang dikendali Sime Darby dimana kerugian besar berlaku sejak tiga tahun lalu.

Serentak dengan itu Dr Mahathir mempersoalkan mengapa bidaan bagi mendapatkan projek Bakun dibuat pada harga yang rendah.

Beliau juga bertanya siapa yang menjadi konsultan bagi Sime Darby dan bagaimana mereka boleh memberi ‘ lampu hijau’.

Ramai yang berkongsi pandangan dengan Ibrahim Ali kegagalan tabir urus Sime Darby menjadi satu lagi titik hitam yang menconteng arang pada keupayaan warga koprat Melayu.

Di kaca mata umum selama ini Sime Darby ibarat gergasi yang tidak mungkin akan bergegar sebaris Telekom,TNB,Maybank,Tabung Haji dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Lojiknya tidak mungkin seluruh lembaga pengarahnya boleh terlepas pandang pada kerugian sebegitu besar yang membengkak hari demi hari itu.

Maka memang tidak masuk akal untuk letak seluruh tanggongjawab itu pada Murshid seorang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan kerajaan tidak akan menutup apa-apa dalam hal ini.

Semua orang kini sedang memerhati secara dekat langkah Musa dan barisan lembaga pengarah Sime Darby selanjutnya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata beliau sedia angkat kaki.



sumber: ag

MUKHRIZ TERINGATKAN LAKSAMANA CHENG HO?

PERAKKUME



Semangat "Laksamana Cheng Ho" perlu dihidupkan semula dalam perhubungan perdagangan antara Malaysia dan China untuk keuntungan bersama, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.


Beliau berkata, semangat itu dipilih berdasarkan keperibadian mulia Laksamana Cheng Ho yang mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China sekiranya diamalkan dalam perdagangan mahupun kebudayaan.





"Seingat saya sekurang-kurangnya tujuh kali Laksamana Cheng Ho datang ke sini pada zaman Kesultanan Melaka dan setiap kali datang walaupun membawa tentera lautnya begitu besar tetapi tidak pernah sekalipun beliau mewakili negaranya cuba menjajah kita.


"Tetapi sebaliknya dia datang ke sini semata-mata untuk perdagangan dan ini agak berbeza dengan kuasa Barat".


DATUK DONALD dan GAN PING SIEU BAKAL SENATOR

PERAKKUME



Mesyuarat Majlis Presiden MCA hari ini mencadangkan 2 Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Gan Ping Sieu dilantik sebagai Senator.




MCA akan menyerahkan nama Donald Lim dan Gan kepada PM, Najib Razak, dalam masa terdekat," kata Chua pada sidang medianya di Wisma MCA, Kuala Lumpur tadi.





Kedua-dua pemimpin itu akan menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat tempohnya sebagai Ahli Dewan Negara dan bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang meletakkan jawatan.



MERAMAL PRU KE 13

PERAKKUME




Kemenangan DAP-PR dalam PRK Sibu ini semestinya cukup memberangsangkan buat penyokong PR, malah menyuntik keyakinan mereka dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, seandainya DUN Sarawak dibubarkan. Tetapi, Tian Chua masih meluahkan kekhuatirannya setelah melihat kepada apa yang berlaku ketika beliau berkempen di sana.


Tian Chua menganggap DAP, malah PKR masih memberi persepsi "parti elit", melihat kepada calonnya yang berkecimpung di arena politik sebagai peguam. PR amat memerlukan pemimpin dan kekuatan yang dibina di peringkat akar umbi.


Tian Chua mengambil contoh aduan bahawa pemimpin PR diusir dari rumah panjang, kononnya kerana tekanan daripada pihak musuh politik. Beliau menganjurkan pandangan bahawa kemungkinan pemimpin pembangkang diusir kerana kekurangan dari segi ekonomi yang dihadapi Tuai Rumah.


"Mengikut adat kaum asli, tuai rumah perlu melayan tetamunya dengan jamuan. Namun, keadaan ekonomi yang terjejas kerana monopoli beberapa kerabat di Sarawak, menyebabkan Tuai Rumah kini serba kurang dari segi ekonomi. Kedatangan kami mungkin menyusahkan, malah mengaibkan mereka seandainya mereka tidak mampu menyembelih haiwan untuk dijamukan kepada kita," jelasnya.



Malah, Tian Chua berkongsi pengamatannya bahawa jentera pilihan raya kecil kali ini diambil alih oleh pusat, satu fenomena yang dikongsi bersama BN mahupun PR. Kekurangan dari segi kerahan tenaga diisi dengan orang dari Semenanjung. Namun demikian, Tian Chua mempertikaikan sejauh manakah model kempen ini diterapkan kepada peringkat akar umbi tempatan, agar mereka boleh menjana jentera ini sendiri apabila masuk gelanggang pilihan raya negeri, malah pilihan raya umum.


Pilihan raya bukan masa terbaik untuk promosi demokrasi



Golongan akar umbi, golongan yang tidak boleh dipandang remeh dalam politik, kerana ia merupakan sumber undi. Ong Boon Keong sebagai pemerhati pilihan raya, dan aktivis yang giat menggerakkan pendaftaran pengundi di Malaysia Timur, menyeru agar lebih ramai menyertai usaha mereka.



"Pada hakikatnya, tempoh pilihan raya bukanlah masa terbaik untuk mempromosi demokrasi, kerana penduduk tempatan akan menganggap bahawa kita mempunyai motif politik," katanya.



Ong Boon Keong juga menyindir pemimpin PR yang hanya mengadu "penyelewangan dan ketidakadilan" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seandainya kalah dalam pilihan raya. "Dalam PRK Kuala Terengganu, pemimpin PAS memuji SPR setelah menang," sambungnya, sebelum menambah, "Padahal, penyelewengan berlaku setiap kali dalam pilihan raya..."





OLEH:Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview



ROSMAH MANSOR DAH MELAMPAU !

PERAKKUME



Isteri kepada Perdana Menteri, Rosmah Mansor didakwa cuba mengambil alih peranan Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Menteri Wanita, Pembangunan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai tokoh wanita di negara ini.

Ini berdasarkan kepada usaha Rosmah yang kini semakin mendominasi dan membayangi pengaruh Shahrizat dengan menggunakan kedudukannya sebagai 'Wanita Pertama' Malaysia.





Terbaru, Rosmah menjadi jemputan utama untuk berucap dalam forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) bertajuk "Memodalkan Potensi Wanita Dalam Perniagaan" yang ke 6 Selasa lalu.


Hadir sama pada majlis itu termasuk Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Rangkaian Perniagaan Wanita WIEF, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan bekas Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.



Bagaimanapun, ketidakhadiran Shahrizat berucap dalam forum penting tersebut atas kapasiti MENTERI yang menjaga hal ehwal wanita menimbulkan spekulasi beliau tidak sehaluan dengan isteri Perdana Menteri itu.