Pengikut

Selasa, 18 Mei 2010

PENGUNDI CINA DI PERAK TOLAK BN

PERAKKUME


Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Zawawi Hassan berkata, keputusan PRK Parlimen Sibu, Ahad lalu sebagai pendorong rakyat di negeri ini untuk membuat keputusan menolak BN.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar rakyat di negeri ini lebih yakin membuat keputusan yang sama di dalam PRU ke-13 nanti.



“Sudah tentu jumlah penduduk masyarakat kaum Cina dilihat telah membuat satu keputusan bagi menghukum BN di PRK Sibu.



“Masyarakat kaum Cina di Negeri Perak juga turut dilihat akan bertindak menghukum BN setelah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak bermaruah,” ujarnya.



Malah, katanya masyarakat kaum Cina juga dilihat sudah menerima PAS di dalam PR bagi menghukum BN kelak.



Bagi pihak, Dewan Pemuda PAS negeri, beliau mengucapkan tahniah kepada jentera Pakatan Rakyat amnya dan DAP khasnya di atas kemenangan merampas semula kerusi Parlimen Sibu dalam PRK itu.



“Keputusan ini adalah tepat yang telah dibuat oleh rakyat dengan penuh yakin melalui suara demokrasi yang subur. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan tonggak keadilan rakyat,” ujarnya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan