Pengikut

Rabu, 19 Mei 2010

AMARAN DARIPADA SEORANG PENGARAH

PERAKKUME


Pengarah Pilihanraya PKR Pusat mencabar Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari PKR supaya keluar dari parti dalam tempoh satu bulan ini jika tidak bersetuju dengan parti.

Cabaran ini merupakan yang pertama kali datang dari pimpinan Pusat PKR dan saya merasakan bahawa cabaran ini sangat kena dan tepat pada masanya.

Kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen dan DUN yang menang didalam PRU-12 dulu bukanlah terdiri daripada mereka yang berhempas pulas berjuang untuk rakyat tetapi dipayung-terjunkan untuk menjadi calon kerana pada tahun 2008 itu ramai dari pemimpin-pemimpin "grass-root" yang tidak bersedia menjadi calon.

Ahli-Ahli Parlimen/DUN itu bukan menang diatas kekuatan mereka sendiri tetapi diatas tuntutan rakyat mahukan perubahan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat pada waktu itu adalah kerana sentuhan Dato Seri Anwar Ibrahim. Rakyat mahukan perubahan di Negara ini dan rakyat memberikan keyakinan supaya Anwar dapat memimpin Negara ini.


the spirit of lubok kawah

1 ulasan:

  1. marah bebenor nampaknya. saya amat setuju dengan kenyataan itu. nampak gayanya YB-YB ni macam tak faham pengorbanan pengundi yang telah memberi undi kepada mereka. letih dibuatnya.


    peeeellaaaaaaq.

    BalasPadam