Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

BAPAK PEMBANGUNAN DAN BAPAK JUDI

PERAKKUME



Keengganan PM Najib Razak untuk memberi sebarang penjelasan mengenai judi bola sepak Piala Dunia 2010 mengesahkan lagi bahawa beliaulah ‘kepala besar’ kepada tindakan kerajaan melesenkan judi tersebut, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu

Najib enggan mengulas kecaman pelbagai pihak termasuk golongan agama terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya.

“Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah akhbar harian yang menjadi penyebar fikiran Umno hari ini.



Tindak-tanduk Najib itu boleh menyebabkan beliau dikenang sebagai Bapa Judi selepas bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan, kata Mohamad Sabu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan