Pengikut

Jumaat, 28 Mei 2010

APA PENDEDAHAN SHAMSUL ISKANDAR PAGI NI?





Sekarang ni, persembahan daripada Kumpulan Dikir Barat sedang mendendangkan lagu bagi menghiburkan para Perwakilan AMK..dalam pada itu seperti yang dijanji oleh Shamsul Iskandar, akan mendedahkan sapa yang dimaksudkan "pelacur politik".


Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar hari ini akan menyatakan ikrar untuk membersihkan parti itu daripada "para pengkhianat."
Tanpa menamakan "pengkhianat" tersebut, Shamsul juga menyifatkan golongan tersebut sebagai "pelacur politik."


"Kita akan terajang pelacur-pelacur politik ini," katanya ketika berucap di pembukaan Kongres AMK di Kota Bharu malam tadi.
Beliau dalam pada itu juga menyeru para perwakilan supaya meneliti perbahasan yang akan berlangsung.


Ini kerana, beliau akan membuat satu pendedahan penting berhubung kegiatan seorang lulusan universiti antarabangsa.
Katanya lagi, individu tersebut juga mempunyai hubungan rapat dengan seorang kenamaan. Dalam sidang media selepas itu, Shamsul berkata individu lelaki tersebut, pernah dilaporkan akhbar New York Times sebelum ini.


Ditanya lagi siapakah individu yang dimaksudkan itu, beliau berkata perkara itu hanya akan didedahkannya pagi ini.


Jelasnya, beliau membuat pendedahan itu bagi menunjukkan bahawa golongan bijak pandai juga tidak terkecuali daripada melakukan kegiatan seperti menipu.


Tambahnya, pendedahan itu juga bagi menjelaskan pendirian parti itu dalam meletakkan calon dalam pilihan raya selepas ini.



"Kadang-kadang kepandaian tidak jamin seseorang itu jadi pemimpin yang baik apabila ia digunakan untuk menipu," katanya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan