PERAKKUME
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Jamil Khir menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.
"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.
Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat yang diteraju PAS itu akan tumbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan