PERAKKUME
PRU 13 semakin hampir. Image UMNO masih ditakok lama. Dua PRK baru sahaja berlalu, nyata terserlah bahawa kaum cina masih lagi tidak menyokong BN. BN pasti akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan PR pada PRU 13 ini.
Telah terlalu banyak 'slogan' dicipta, tetapi slogan-slogan ini sedikit pun tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap menarik kembali sokongan dari kaum cina. Hingga kini pemerintah masih lagi belum mendapat idea bagaimana kaum cina boleh kembali menyokong BN.
Sebenarnya perkara ini sangat mudah di lakukan. BN perlu di struktur semula supaya ianya bersih. Undur kan keluar semua pemimpin-pemimpin BN yang bermasalah. Kita masih lagi ada banyak pemimpin2 muda yang berwibawa yang boleh menerajui BN dengan bersih dan jujur.
Jika perkara ini berjaya di lakukan serta merta pun ianya belum lagi boleh menjamin BN/UMNO akan dapat diterima oleh semua kaum. Ianya juga akan mengambil sedikit masa untuk menyakinkan rakyat.
BN/UMNO akan musnah selagi pemimpin dan penyokongnya yang ada ini masih menganggap BN/UMNO sudah pulih dan mendapat sokongan dari semua kaum. Sebenarnya BN/UMNO tidak boleh berkuasa tanpa sokongan penuh dari kaum bukan melayu. Ianya disebabkan perpecahan kaum melayu yang menyokong PAS dan PKR.
Pemimpin2 dan penyokong2 UMNO di ibarat kan sedang 'menari' diatas lantai yang reput, bila2 masa sahaja ianya akan runtuh. Jangan pandang kecil kekuatan parti lawan. Sudah jelas dan nyata mereka bukan sahaja nampak bertambah kuat tetapi sebenarnya mereka memang kuat.
Setiap kali PRK diadakan, sokongan mereka semakin bertambah, tidak kurang pula yang menang bergaya. Mereka berjuang cuma dengan 'gigi dan lidah' sahaja, sedangkan kita berjuang habis habisan mengunakan segala gentera kelengkapan dan menaburkan ratusan juta RM, tetapi masih tewas tersungkur juga.
Kita perlu buangkan dan kikis sikap dan perasaan sombong dan angkuh kerana memiliki berbagai 'senjata' yang canggeh. Memujuk atau menambat hati rakyat dengan wang ringgit sudah ketinggalan zaman, ianya tidak boleh berkesan kepada semua orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan