PERAKKUME
Siapa kata keputusan PRK Sibu hanya mengecewakan Dato' Najib? Ramai lagi yang kecewa terutamanya para juru kempen PRK yang siang dan malam yang tiadk pernah mengenal erti penat dan lelah bagi membantu memenangkan BN. Dan tentu saja kesan kecewa yang paling dirasai oleh ramai blogger-blogger yang BN yang turut serta dalam berkempen secara 'live' dan media cyber.
Siapa kata keputusan PRK Sibu hanya mengecewakan Dato' Najib? Ramai lagi yang kecewa terutamanya para juru kempen PRK yang siang dan malam yang tiadk pernah mengenal erti penat dan lelah bagi membantu memenangkan BN. Dan tentu saja kesan kecewa yang paling dirasai oleh ramai blogger-blogger yang BN yang turut serta dalam berkempen secara 'live' dan media cyber.
Berbeza benar cara penulisan mereka. Terkejut sehingga buntu dan mempengarhui gaya penulisan yang sekali baca kita tahu mereka masih kecewa dan seperti putus semangat.
Rakan-rakan blogger CCZ ini akan cuba menafikan sekeras-kerasnya tetapi tak mengapa. Biarkan rasa kecewa itu datang dan bertamu. Percayalah, ianya bukan menjatuhkan semangat kita. Dari rasa itu kita akan pasti mendapat hikmahnya. Selepas membaca penulisan ini, CCZ pinta tutuplah mata dan bersandar dengan tenang. Kekalahan itu bukan petanda BN akan hancur lunyai. TIDAK!!!!!
Kekalahan itu hanya satu lagi petunjuk kepada BN bahawa ianya juga adalah salah satu masalah yang perlu BN selesaikan. Bersyukurlah kerana ianya berlaku dalam suasana yang kita kata selesa. Jika berlaku dalam PRU13 bagaimana?
Masalah ini besar? Sebesar manapun masalah, sebesar manapun isu, sebijak manapun pembangkang, BN dan UMNO masih yang terbaik dan terulung sebab apa? Sebab kita masih ada mewarisi parti keramat ini. Takkan kita nak mudah mengaku kalah atas kekalahan yang membantu kita sebenarnya?
Jatuh berulang kali pun tidak mengapa kerana kita pasti akan bangun!
Siapa kata BN dan UMNO tidak releven?
Yang releven tetapi mampu kita kekang adalah DAP!
Yang releven tetapi sudah jauh tersasar dari perjuangan ialah PAS!
Yang tidak releven dan pastinya hancur adalah PKR!
DAP memang membawa dasar yang teguh dan mendapat sokongan kaum Cina tetapi dalam Malaysia ini di dalamnya ada Melayu, India, Orang Asli dan Bumiputera yang lain. Dan perlu diingat Malaysia masih punyai raja-raja Melayu dan Perlembagaan.
PAS hanyalah sebuah parti yang bercita-cita besar tetapi tidak mengukur baju di badan sendiri. Jika mereka mampu mentadbir maka lihat Kelantan dan Kedah! Juga lihat apa yang berlaku di Perak! LEMAH!! Negeri-negeri ini tidak mampu bersaing dengan negeri-negeri yang lain. Kotor, lembab dan tidak langsung boleh dibanggakan. INI KENYATAAN!
BN akan terus kami pertahankan. BN hanya boleh disentuh dan dikritik melalui kelemahan perkhidmatan tetapi yang lain tidak. Rasuah? Apa? Parti lain bersih? Lebih teruk dari UMNO cuma mereka tidak dedahkan.
Rasionalkan fikiran. Yang diingini itu pasti akan punyai penjaga-penjaga dan pelindung-pelindungnya. Rampasan dan juga taktik yang dilakukan bagi menghilangkannya pasti akan mencetuskan pertelingkahan yang amat menyakitkan.
Hakikat kekuatan ekonomi dan berbangga dengan wang yang kita ada bukan ukuran bahawa kita mampu memenangi kuasa. Jika tidak percaya, lihat saja pada sayap PEMUDA. Kekayaan dan kekuatan ekonomi bukan penentu kuasa. Kuasa sebenar adalah terletak kepada hakikat, perpaduan dan tolak ansur!
sanggulmelayu.blogspot.com
sanggulmelayu.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan