Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

NAJIB BERCAKAP TENTANG EKONOMI ISLAM?

PERAKKUME


Malaysia semalam mencadangkan semua negara Islam bekerjasama membangunkan model ekonomi baru bagi memenuhi keperluan ekonomi negara Islam di seluruh dunia.


Datuk Seri Najib Razak yang membuat cadangan itu berkata, model berkenaan harus diperkukuhkan dengan kerangka kerja yang bukan saja inklusif dan progresif, malah praktikal, membabitkan formula dasar dan pelaksanaannya.



“Sejajar dengan tema Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) keenam ini, ‘Gearing for Economic Resurgence’, saya mencadangkan kita merancang satu ekosistem yang menyeluruh.


“Kita perlu memikirkan perkara baru dan keluar daripada kerangka kerja konvensional. Untuk mencapainya, kita memerlukan satu model ekonomi baru khusus bagi memenuhi keperluan negara Islam," kata Perdana Menteri pada ucaptama perasmian forum itu di Kuala Lumpur, semalam.



hoi ! ...bagi lesen judi tu termasuk dalam model ekonomi baru Islam ke...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan