Pengikut

Khamis, 13 Mei 2010

JOM MASUK UMNO

PERAKKUME


Zambry Kadir yang menerajui negeri ini nampaknya sudah semakin terdesak dan kehabisan modal dengan melakukan sesuatu yang sangat tidak masuk akal apabila mempelawa Pemuda PAS meninggalkan parti dan menyertai Umno.

Ketua Penerangan PAS negeri, Drs Khalil Idham Lim menjelaskan banyak kenyataan Pemuda PAS negheri selama ini bukannya bermaksud minat kepada Umno, tetapi menyatakan kebencian dan jijiknya Umno.


Ini, katanya ekoran Zambry menyifatkan kepimpinan Pemuda PAS Perak sentiasa memberi komen dan pandangan terhadap perkembangan Umno dan dengan alasan itu Zambry mengatakan "mereka berminat kepada Umno".



“Sebenarnya Zambry diminta mengulas beberapa kenyataan Pemuda PAS Perak termasuk dakwaan bahawa Umno Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat Umno cawangan tidak mendapat sambutan, kenapa pula sampai sejauh itu Zambry mengelamun, malah tidak menjawab soalan sebenar dari wartawan,” ujarnya



Tegasnya, pemuda PAS telah melalui proses tarbiah yang terancang dan telah disusun rapi oleh PAS bagi memastikan mereka dihiasi dengan akhlak Islam dan jauh sekali untuk mencium ‘bau busuk Umno’ yang memiliki kepimpinan yang tidak berakhlak Islam.



Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, sepatutnya Zambry sedar golongan muda di negeri ini dan Malaysia amnya semakin benci dan muak kepada pemimpin Umno yang menjadi ‘makhluk perosak’.



Katanya, selepas dibuktikan bersekongkol dengan Yahudi, menggadaikan Blok L dan M kepada Brunei dengan kerugian RM320 bilion, sekali lagi malang untuk golongan pemuda di negara ini apabila judi bolasepak diberikan lesen secara sah oleh Menteri Kewangan kepada Syarikat Berjaya.



“Tidakkah pemimpin Umno sedar bahawa indeks dalam apa saja kegiatan salah laku dan jenayah dijuarai oleh anak-anak muda Melayu, sedangkan pemimpin Umno semacam membenarkan mereka rosak serosaknya, bila kegiatan sukan yang sihat itupun dibenarkan dalam bentuk perjudian di lebih 200 kedai Toto seluruh negara bermula hari ini.



“Saya tidak dapat bayangkan dosa yang tertanggung oleh pemimpin Umno yang membenarkan judi yang jelas haram di sisi Islam. Malah menyokong Umno bererti menyokong judi yang ‘dihalalkan’ dengan lesen oleh pemimpin Umno,” ujarnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan