Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

MUKHRIZ TERINGATKAN LAKSAMANA CHENG HO?

PERAKKUME



Semangat "Laksamana Cheng Ho" perlu dihidupkan semula dalam perhubungan perdagangan antara Malaysia dan China untuk keuntungan bersama, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.


Beliau berkata, semangat itu dipilih berdasarkan keperibadian mulia Laksamana Cheng Ho yang mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China sekiranya diamalkan dalam perdagangan mahupun kebudayaan.





"Seingat saya sekurang-kurangnya tujuh kali Laksamana Cheng Ho datang ke sini pada zaman Kesultanan Melaka dan setiap kali datang walaupun membawa tentera lautnya begitu besar tetapi tidak pernah sekalipun beliau mewakili negaranya cuba menjajah kita.


"Tetapi sebaliknya dia datang ke sini semata-mata untuk perdagangan dan ini agak berbeza dengan kuasa Barat".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan