Pengikut

Selasa, 18 Mei 2010

HISAMMUDDIN MENGHADAP TENGKU ANIS

PERAKKUME


Selepas kira-kira dua minggu media melaporkan insiden dakwaan berlakunya kekasaran anggota polis terhadap Raja Perempuan Kelantan, hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual menghadap Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Difahamkan kunjungan Hishammuddin itu bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung dakwaan berkenaan serta untuk menjelaskan kepada Raja Perempuan mengenai tindakan menggunakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) semasa membawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini.



Kakanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra berkata, beliau dimaklumkan Hishammuddin memohon untuk menghadap Tengku Anis di Istana Mahkota petang ini.



"Memang benar beliau ada mohon untuk menghadap Raja Perempuan Kelantan petang ini.


"Saya rasa pertemuan berkenaan ada kaitan dengan beberapa insiden yang melibatkan Raja Perempuan baru-baru ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan