Pengikut

Rabu, 30 September 2009

ALLAH ADA PERANCANGANNYA.....



"Sebaagai manusia kita WAJIB teruskan usaha sedaya mampu...biarlah ALLAH

dengan perancanganNya"

Dengan berlakunya banyak kes yang mengurangkan populariti BN kali ini, ia mungkin akan menggugat keputusan berbanding dengan pilihan raya umum 2008. Namun, kemenangan masih di pihak BN disebabkan undi pos nanti.

Edarlah ribuan kronologi kes Teoh Beng Hock. Sebarlah foto sekumpulan Melayu yang memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor. Dedahkan jumlah skandal PKFZ berjumlah RM12.5 billion.

Di dalam politik, PR boleh cetak ribuan gambar istana Khir Toyo yang didakwa berjumlah RM24 juta. Ceritalah mengenai Altantuya dan Rosmah. Ketawakan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Ketawakan Samy Vellu dan Subramaniam.

PR perlu terima hakikat bahawa pengundi pos akan menjadi penentu; sehingga ada pengundi-pengundi pos mengakui ada pihak ketiga yang mengundi bagi pihaknya. Namun, parti komponen BN iaitu SPR masih tetap mahukan undi pos.

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.MerdekaReview


KAKI BOOKIE JADIKAN MCA KEDAI JUDI




Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng hari ini membidas bookie haram kerana memulakan pertaruhan siapa di antara Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat atau Timbalan Presiden yang dipecat, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang akan muncul pemenang Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti 10 Okt. ini.Beliau mengecam aktiviti bookie haram itu sebagai amat tidak bertanggungjawab.
BN makin hancur, di tambah pula dengan kebangkitan semula Isa Pendek,
MIC makin hilang sokongan, Gerakan dah tak bergerak..
Hancur BN!!!!

PATP ditarik balik



Selepas kurang satu jam Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami ke atas Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, pusat terbabit menarik balik amaran berkenaan. Ia susulan gempa bumi kuat yang melanda selatan Sumatera berukuran 7.9 Richter pada jam 6.20 petang tadi yang turut menggegarkan pantai barat Semenanjung.


PAK DIN NAK JADI CALON JUGE..

Shahruddin Abd. Hamid hari ini mengumumkan bahawa beliau akan tetap meneruskan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang
11 Oktober . Ini adalah hasrat akar umbut kelapa yang mahukan Pak Din bertanding bagi membawa apa juga masalah penduduk Bagan Pinang.
Datuk Paduka Razumi idak ke nak bertanding juge..?

PAKATAN RAKYAT TIDAK WUJUD


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan parti-parti dalam pakatan pembangkang, kecuali PAS, bahawa mereka tidak layak menaikkan bendera, simbol parti, gambar pemimpin atau apa saja dalam Pilihan Raya Kecil Negeri Bagan Pinang.

“Larangan ini sebab mereka tidak membayar deposit bahan kempen, mereka tidak membayar deposit pilihan raya dan kenapa mereka nak tumpang?...tak boleh,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Macam parti Barisan Nasional (BN). Dia gabungan 14 buah parti dan mereka berdaftar. Kalau pakatan pembangkang berdaftar, tak mengapalah,” katanya.

Wan Ahmad bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan siri pertama taklimat kepada 277 pegawai yang akan menguruskan pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, dalam istilah SPR, Pakatan Rakyat tidak wujud sebab SPR hanya iktiraf parti yang berdaftar. Pakatan itu terdiri dari tiga parti - PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

KUDA KAYU DATO SS


Kuda Kayu Dato SS....
Zambry boneka kepada Dato SS...
Nak buat apa kena tanya Dato SS dulu...
Lagi pun dulu, pernah mengaku Dato SS sebagai abangnye....
Dua Mugabe menguasai Perak...

Selasa, 29 September 2009

lepas niii, KAMI NAK ISA JADI MB..!!!!


Datuk Seri Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka hingga ke hari ini.
Tak percaya, baca keratan paper di bawah.

KUALA LUMPUR 17 Mac 2009 - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kekal sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau melakukan kesalahan politik wang.


KUALA LUMPUR 14 Okt 2005. - Bekas Naib Presiden UMNO, Mohd. Isa berkata, ketika ditanya mengenai kenyataan beliau untuk meletakkan jawatan selepas Majlis Tertinggi (MT) pada 7 Oktober lalu memutuskan mengekalkan hukuman penggantungan jawatan ke atasnya, tetapi dikurangkan kepada tiga tahun atas kesalahan terlibat dalam politik wang.

Hukuman tersebut diputuskan selepas Mohd. Isa didapati terlibat dalam politik wang, berkuat kuasa 24 Jun lalu.

-------------------------------------------------------------------

ayat teman....

yang buat pengumuman tadi tu agak-agaknya rasuah jugak ke masa bertanding dulu..? tak kot..kalau rasuah tak kan boleh jadi TiPUMNO (Timbalan Presiden UMNO). Itu sebab dia tak heran, nama yang dia umum tadi tu bukannya seorang perasuah tetapi penderma pada perwakilan UMNO. Mana ada salah, air muka pun jernih jee isa samad tadi. Sejuk ibu yang mengandung. Lepas menang, (kot-kot) boleh gantung "banner"

"KAMI NAK ISA JADI MB, KALAU TAK KAMI LOMPAT KATAK"


PENDEK CALON BN


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PORT DICKSON BANDAR DARURAT..?


Tok Jib umum, Bandar Port Dickson kini jadi Bandar Tentera Darat.
Port Dickson adalah salah satu DUN dalam Parlimen Teluk Kemang...
jadi....?

TANGGUH DAH....

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menangguhkan keputusan permohonan semakan kehakiman bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengosongkan dan mengadakan pilihan raya kecil tiga DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang ke 22 Oktober. - Utusan

Isnin, 28 September 2009

ESOK DIRAMAL RIBUT PETIR, ANGIN BERPUTIN...



Esok, 29hb September 2009, rakyat menunggu
2 berita, 2 cerita..

i) Adakah Mahkamah sebenarnya tidak boleh langsung memcampuri urusan Dewan Undangan Negeri. Esok, Mahkamah akan mendengar adakan tindakan Speaker mengistihar 3 DUN kosong adalah betul.
atau Mahkamah tetaplah Mahkamah dia?

ii) Esok juga UBN akan umumkan siapa calon mereka di Bagan Pinang. Betulkah tindakan UBN esok.
atau UBN tetaplah UBN, perasuah pilihan dia?


HARAM



“Seperti yang saya katakan, BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan akan mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Tidak perlu bimbang mengenai bila sidang DUN akan diadakan dan apa yang pasti ia akan diadakan dalam tempoh enam bulan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang,” katanya

Menurut Dr Zambry, selain perlu diadakan dalam tempoh enam bulan, sidang DUN perlu diadakan setelah mendapat pengisytiharan daripada Sultan Perak bagi membolehkan sidang DUN diadakan. ”Pengisytiharan dan perkenan oleh Tuanku Sultan Azlan Shah adalah perkara yang penting dan menjadi amalan setiap kali sidang DUN diadakan. Sebarang sidang DUN yang diadakan tanpa mendapat pengisytiharan sultan adalah tidak sah dan dianggap persidangan haram,” katanya.

SAMY VELLU PASTI ICU@CCU


Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk menghadiri pelancaran Parti Makkal Sakthi Malaysia kerana langkah itu perlu untuk mendapatkan sokongan buat BN, bukannya membelakangi MIC.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Najib ketika ditanya mengenai usaha BN mendampingi parti-parti diterajui pemimpin yang telah terpisah daripada MIC, beliau berkata, apa yang penting ialah mereka (pemimpin ini) menyokong kerajaan.

"Masyarakat India akan melalui proses menentukan perwakilan politik... saya melihat ini sebagai tempoh peralihan. Sama ada mereka berada dalam BN atau di luar, yang penting mereka menyokong BN," kata Najib dengan Samy Vellu dan tiga Naib Presiden MIC berada di sisinya.

Sama ada parti-parti itu akan dibawa masuk ke pangkuan BN, Najib yang juga Presiden Umno memberitahu, ia terserah kepada Dewan Tertinggi BN untuk menentukannya.

Apa macam Samy...ada baik ka?

Pi oversealah tanam rambut!!!!!

UNIT Kementerian Kerja Raya






( gambar: warga marhaen)

Berita menurap jalan pasti akan di hebahkan melalui semua saluran media yang ada di dalam dunia ni...ni lah UMNO/BN salah satu unit di Kementerian Kerja Raya
Kerja-kerja "gila" ni akan dimulakan sebelum 11 OKTOBER 2009
.
Kalau tak kerana PRK, mungkin tak ada sapa nak ambil peduli...pakai berlubanglah sampai PRU 13....

KERIS MAHYUDDIN BERSARUNG...?




BERBEZA SUNGGUH

GOBALA DITAHAN


YB Gobalakrishnan ditahan berikutan waran tangkap yang dikeluarkan membabitkan kes tahun 2004.
Beliau di tahan di luar Mahkamah Bukit Mertajam

TINDAKAN SAYA WAJAR: DATO HASAN ALI



Sambil memperoleh mandat daripada Badan Perhubungan Negeri semalam, Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menegaskan, kritikannya terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) adalah satu tindakan wajar.

"Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor di sini.

Ia merupakan pertemuan kedua dalam tempoh 24 oleh pemimpin PAS negeri Selangor. Ia diadakan sehari sebelum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas tiga penjuru.

Mesyuarat tiga penjuru itu akan berlangsung di sini malam ini.

Hasan berkata, Badan Perhubungan PAS negeri telah meluluskan enam resolusi termasuk yang berkaitan dengan kritikan terhadap cara beliau mempertikaikan tatacara Selcat dua minggu lalu.

Resolusi pertama diluluskan untuk memperakui dan menyokong beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco Kerajaan Negeri.

"Kedudukan sebagai Pesuruhjaya negeri dibuat oleh Presiden parti manakala jawatan Exco dilantik oleh Menteri Besar," kata beliau sambil menambah, tiada pihak yang harus mempersoalkan kedua-dua jawatan itu.

Kata Hasan, PAS Selangor juga menerima cadangan beliau untuk memperbaiki prosedur-prosedur Selcat.

Ahad, 27 September 2009

LEMBU...siapa lebih beradab?






DIA BUNYI LAGI..!!!!


Datuk Ibrahim Ali meminta TG Nik Abdul Aziz supaya berundur daripada dunia politik dengan meletakan jawatan sebagai Mursyidul AM PAS. "dia yang patut letak jawatan, dia dah lama jadi MB, dia dah tua serta sakit, dia patut beri laluan kepada orang baru, kata Ibrahim Ali. Ibrahim Ali jenis yang tak sedo diri, tak tau di untung, muka tak tau malu..!

Beliau juga mencadangkan agar Tun Mahathir dilantik sebagai Penasihat Kerajaan dan UMNO.Lebih baik suruh jadi PM je, boleh kau jadi Menteri lagi sekali.

Sudahlah buat keje membodek tuuu... Berahim!

Sabtu, 26 September 2009

SERONOK DENGAN SERONOK-SERONOK



Bukan ke yang berbaju "melayu" biru muda tu pernah dikenakan tindakan disiplin parti kerana "politik wang", merasuah perwakilan , yang bagusnya masih jadi CM. SPRM ada berbau macang ke dengan dia ni..? Tengok le gaya duduknya.....ni sorang lagi, pun kena benda yang sama, ada hati lagi nak jadi MB... Orang-orang UMNO memang suka pada "perasuah" kot?


KALAU BETOI..TAHNIAH LEEE!!!!!


Betoi ke Ketua Penerangan UMNO Bahagian Teluk Kemang akan diumumkan sebagai Calon PRK DUN Bagan Pinang....?
ISA macam mana..? Mohd Najib b Mohd Isa macam mana..? Pemuda UMNO Teluk Kemang macam mana..? Puteri dan Putera macam mana..? berani ke lawan keputusan TPM..? kalau betoi tentu akan ada cerita yang menarik menjelang PRK Bagan Pinang..suka -duka tentu ada kan..kan!!

APA PAKATAN RAKYAT NAK BUAT DI BEHRANG?

Jamuan Hari Raya Si Bebas

apa tindakan Pakatan Rakyat Perak di sini?
biarkan saja....?


yakin boleh menang...?

atau memang satu lakonan...?
si...bebas..!


Jumaat, 25 September 2009

2 ADUN PAS LETAKLAH JAWATAN


Dato Hassan dah ada 2 ADUN PAS + 1 ADUN PKR ( P.Kelang)
Sehingga kini, PAS Pusat hanya menyatakan kekesalan terhadap kenyataan PJ PAS Selangor tetapi tiada apa tindakan susulan. Daripada maklumat 2 ADUN PAS kini telah bersetuju untuk bersama Dato Hassan bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS di Selangor.
Takut sangatkah PAS Pusat untuk mengambil tindakan terhadap Dato Hassan serta 2 lagi ADUN PAS ini. Mengapa tidak paksa saja mereka-mereka ini diminta untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN atau biarkan mereka-mereka ini menjadi ADUN BEBAS...?
Perosak , tiada pendirian , tamak kuasa, jahil Agama.....
Bila berlakunya krisis di Perak, orang PAS lah yang paling kuat maki-hamun Jamal Osman, orang PKR tak ada baiah, tak ada asas Agama..macam-macam lagi.
Sekarang...PJ PAS Selangor sendiri bersama kuncu-kuncunya, apa tak maki-hamun?
Ingat..manusia ni kalau masih belum diuji ALLAH SWT boleh lah cakap macam-macam, dah diuji baru tau macam mana...
Presiden PAS harus buat keputusan segera sebelum nama baik PAS dicemar!!!!!!!

DATUK S.SUBRA SERTAI SM46




Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini yang dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bulan depan, bersedia untuk menerima bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam.

"Pintu untuk Parti Makkal Sakti terbuka kepada sesiapa saja termasuk Subramaniam.

"Kami sedia untuk menerima jika mereka berminat untuk menyertai kami," kata Presiden Parti Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran.

Ada beza ke kalau ianya masih berkepalakan BN...?sama je macam Semangat 46 dulu!!

1 HARI 1 MALAM 1 MALAYSIA


Ada 1 Kementerian ni akan buat rumah terbukanya 1 hari 1 malam.. Banyak peruntukan tuuuu!!!!
Buatlah..buat! peruntukan memang ada setiap tahun

Lagi pun bukan untuk orang lain...

Untuk rakyat jugakkk...!!!

Dah tentu semua dijemputnya...

Tak kira MP PR, MP BN, ADUN PR , ADUN BN akan datang.
Lepas makan jangan komplen kata menghabiskan duit rakyat..!!!!!!!!

Khamis, 24 September 2009

DIA NI GENG SAPA?



Apa lagi yang dikehendak Tok Asan ni..

Kekadang tak faham nengok perangai dan sikap Tok Asan..
Dah tak ada sapa ke yang nak nasihat Tok Asan..
Atau pendapat itu pendapat peribadi Tok Asan..
Bukan pendapat dari Parti Tok Asan..
Itu yang semuanye senyap ajeee..
Atau sibuk sangat beramal di Bulan Puasa hingga ke Bulan Syawal..
Sampaikan terlupa Tok Asan keseorangan menagih simpati..
Atau Tok Asan tak cukup-cukup lagi dengan kemewahan dunia...
Banyak-banyak bersabo Tok Asan...
Ingatkan Allah...Tok Asan!
Dapat berekar-ekar pun..
Kalau tak bayo premium tak guna juge..Tok Asan!
LEBIH BAIK NAIK KERETA BURUK, ASAL ADA ROADTAX!!!

Rabu, 23 September 2009

BERANI PANGGIL KE...?



Berani ke IGP nak panggil Pak Menteri yang terlibat dalam penyebaran kertas kabinet mengenai PKFZ..... atau saje nak sembang-sembang.
Tak usah le nak buat drama Hari Raya....


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Malaysia Today baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.

Kertas kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai memorandum daripada menteri kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.

Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

Sabtu, 19 September 2009

SMS PILIHAN...

SMS 1
Tibanya Syawal penuh pengertian,

kemaafan dipohon seikhlas hati,

salam lebaran tulus dititipkan,

tanda ingatan tetap dihati...

SMS 2

Bile raya line buzy gila,

masa tu nak maki pun x guna,

Maxis, Celcom, DiGi semuanye sama,

orang bijal tak payah tunggu raya,

ucap sekarang pun boleh apa...

SMS 3

Kalau ada bicara saya kadang-kadang tak terjaga,

jika ada janji kadang-kadang terabai,

dari hati kadang-kadang berprasangka,

kalau ada sikap yang kadang-kadang menyakitkan,

hidup ini menjadi terlalu indah jika masih ada rasa maaf-bermaafan..

SMS 4
Yang sedap makan kuih raya,
yang panjang jalan raya,
tempat berhimpun balai raya,

yang paling gerun hantu raya, yang kuat gendang raya,
dan, paling zambry takut..Pilih
anraya!!!


*********************************

JUMPA LAGI HARI JUMAAT..

Khamis, 17 September 2009

KETUA PEMBANGKANG DIUGUT BUNUH..PANAS!!!!


Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini membuat laporan polis berhubung surat ugutan bunuh terhadap dirinya yang diterima melalui surat yang dialamatkan ke pejabatnya di Sungai Panjang.

Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini pada 12.54 tengah hari.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Dr Mohamad Khir berkata surat ugutan bunuh itu yang dialamatkan ke pejabatnya di Sungai Panjang mengandungi sehelai kertas yang ditulis tangan dalam bahasa Melayu pada kedua-dua muka kertas itu.

Ditanya bilakah surat itu diposkan, beliau berkata berdasarkan cop pada setem ialah pada 15 Sept lepas dan diposkan dari Bukit Raja, Klang.

Dr Mohamad Khir berkata: "Surat ini mengatakan jika saya tidak berhenti saya akan ditembak ataupun disumpit dengan racun, ini yang buat saya buat laporan (polis) hari ini sebab saya bimbang.

"Sejak akhir-akhir ini saya dapat banyak ugutan melalui telefon, sms (khidmat pesanan ringkas) tapi saya tidak hiraukan tapi surat ini nampaknya agak serius menuduh saya berusaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Dia tulis di sana (salam surat ugutan) saya bebas mencari Datuk Seri sama ada di Selangor, di Sungai Panjang, di Sungai Besar, di Sungai Dorani, di Shah Alam...saya boleh tembak Yang Berhormat pada bila-bila masa," katanya.

"Sebagai Ketua Pembangkang saya menegur apa yang perlu, apa yang perlu diambil tindakan untuk kebaikan. Saya kesal tindakan saya itu dikatakan saya cuba untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat, katanya.

=================================================================

Kesian Khir, dekat nak raya kena ungut bunuh, mau tak raya Khir...

Maaf Khir.....selamat raya...

DARI TEMAN UNTUK MIKE SEMUA...



Kepada pelawat-pelawat serta pengikut perakkume.blogspot.com yang akan balik beraya di kampung berhati-hatilah semasa memandu, membonceng kenderaan atau yang berjalan kaki, naik bas, keretapi, taxi . Ingatlah orang yang anda sayangi..
SeLaMaT HaRi RaYa..Maaf DaRi HuJuNg RaMbUt sAmPaI hUjUnG KaKi.
"Open House" sok teman panggil mike-mike semua.....