Pengikut

Sabtu, 31 Oktober 2009

BARISAN BARU PKR PERAK

Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Perak yang berlangsung jam 8.00 malam tadi telah mengumumkan barisan baru bagi menjayakan 5 Misi merampas kembali Perak.

Malaysia Untuk Semua

PENGERUSI MPN
Hj Mustaffa Kamil Ayub
( Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak)

TIMBALAN PENGERUSI
Sdr Zulkifli b Ibrahim
( Ketua Cabang Tambun)

NAIB PENGERUSI
YB Sdr Chang Lih Kang
( Adun Teja )
YB Sdr S. Kasevan
( Adun Hutan Melintang )
Sdr Madzi b Hasan
( Ketua Cabang Bagan Datok )

SETIAUSAHA MPN
Sdr Anuar b Zakaria
( Tim Ketua Cabang Gopeng )

PENOLONG SETIAUSAHA
Sdr Zainal Abidin b Alias
( Ketua AMK Padang Rengas )

BENDAHARI
YB Sdr Tai Sing Ng
( Adun Kuala Sapetang / Ketua Cabang Bt Gajah )

TIMBALAN BENDAHARI
Datuk Dr Yap Yit
( AJK Cabang Lumut )

KETUA PENERANGAN
Sdr Md Nasib b Abdul Rahin
( Ketua Cabang Bagan Serai )

TIMBALAN KETUA PENERANGAN
Sdr Hazha b Hawalid
( Bekas Pegawai Khas YB Jamaluddin)

PENGARAH PILIHANRAYA
Hj Ismail b Yusop
( Ketua Cabang Bukit Gantang )

BIRO PERUNDANGAN
Sdr Baldip Singh
( Cabang Kampar )

BIRO PELANCONGAN
Pn Suzana Manja bt Ibrahim
( Tim Ketua Cabang Ipoh Timur)

BIRO LATIHAN
Hj Rahim b Salbi
( Cabang Kuala Kangsar )

BIRO AGAMA DAN PENDIDIKAN
Ust Hj Suwardi b Hj Sufian
( Ketua Cabang Lumut )

BIRO INTEGERITI
Sdr Tinagaran
( Cabang Ipoh Timur )

BIRO KEBAJIKAN
Hajjah Mashirah
( Ketua Wanita Ipoh Timur )

BIRO BELIA DAN SUKAN
Sdr Muzaffar Shah b Khairuddin
( Ketua AMK Teluk Intan )

KETUA AMK NEGERI
YB Sdr Abdul Yunus b Jamhari
( Adun Kuala Kurau )

KETUA WANITA
Hajjah Fathmawaty bt Salim
( Ketua Wanita Gopeng )

Tahniah kepada semua, tanggungjawab yang diberikan laksanakanlah sebaik mungkin, ahli parti mengharapkan perubahan ini akan membawa makna yang lebih baik...



MENCARI MB BARU..?

Pagi ni ,teman ke Konvesyen Pakatan Rakyat di Hotel Syuen, Ipoh, dari 8.00 pagi sampai 6.00 petang ( lama tuuuuu) . Malam nye ada TGNA kat Chemor bersama....? datang le beramai-ramai!!! Banyak isu-isu baru yang nak kupas kulitnye..
Macam biasa " DAP -Datuk Ngeh , PAS -Ust Abu Bakar dan PKR bersama ketua barunye,
Hj Mustaffa Kamil Ayub dan YAB Nizar MB Perak.
Konvesyen yang pertama kali diadakan semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.
Masa menang dulu masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing, jadi tak sempat le nak "berKonvesyen".
Agaknya apa harapan yang boleh kita capai dengan "berKonvesyen" ?
Kalau ayat biasa yang pernah teman dengor : "kita telah mencapai kata sepakat untuk bersama-sama sepakat demi mengukuhkan pakatan rakyat".( kalau ini, takuk lame le )

Perlu ada perubahan, DAP harus membuang segala tipu muslihat, keras kepala yang selama ini jadi pegangan. PAS, jangan terlalu berselindung dengan jubah dan kopiah.. (open..open)
PKR jangan terlalu banyak "berpolitik" , kadang-kadang sampai diri tak terjaga, parti dibiarkan saja. Jangan hanya menambah luka yang ada..pedih, perit.

Jika kita ingin rakyat bersama kita, Pakatan Rakyat harus membina kekuatan bersama, jangan lu..lu..gua..gua ...ana..ante..ante..u...i...u...i

Rambut jangan dibiarkan selalu senget...
Pandai bercakap pesona dibuatnya...
( pemimpin golongan elit, sedor diri )


Jumaat, 30 Oktober 2009

HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN KITA..SAPA TAHU




kalau kita ditempat dia....bagaimana?
kerana rasuah dan kroni, yang tak bersalah dipaksa tanggung derita...
siapa yang perlu kita salahkan.....?
atau.....
mungkin ada diantara kita yang bersalah kerana membenarkan kerajaan rasuah memerintah terlalu lama.
atau....
kita anggap saja Ketentuan Tuhan...
tanpa kita berbuat sesuatu, merela..?
berubahlah....

( ibu mangsa ke 2)

hari ini mungkin hari dia, esok lusa mungkin hari kita....sedarlah! berubahlah!
Jangan biarkan kita menderita kerana rasuah.........

MISI..VISI vs SEPI..SIPI


Cerita Sabah....
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baru Ahmad Thamrin Jaini berkata parti itu akan menerima sebarang keputusan yang akan dibuat bekas Naib Presiden Datuk Dr JeffreyKitingan dan bekas timbalan pengerusi negeri Christina Liew berhubung pendirian meraka di dalam Parti.
Ahmad Thamrin berkata 17 daripada 25 bahagian menyokong pelantikannya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Percayalah, apa yang berlaku di Sabah akan memberi kesan kepada ahli-ahli parti di bawah, bagaimana untuk mereka ini menjawab setiap persoalan....?

Cerita Melaka...
Shamsul Iskandar Mohd Akin juga telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Melaka dalam umur yang begitu muda, bagaimana beliau boleh berhadapan dengan "otai" politik Melaka. Menurut kata kawan-kawan, kepimpinan beliau sebagai Ketua AMK Pusat banyak dipersoalkan dan mungkin ini penggal yang terakhir beliau sebagai Ketua AMK Pusat.

Cerita Perak...
Hj Mustaffa Kamil mengharapkan semua "otai" PKR Perak dapat menjayakan misi dan visi beliau untuk mengembalikan imej PKR yang telah tercalar teruk akibat daripada perbuatan "seteru" politik beliau. Dalam perkembangan terbaru, mungkin perubahan yang akan dibuat Hj Mustaffa ini terutamnya melengkapkan barisan beliau ke arah menjayakan 5 misi yang beliau "canangkan".

Perubahan yang dilakukan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini bolehlah dikatakan mengejutkan banyak pihak, ramai yang tertanya-tanya mengapa 'orang atasan" membuat keputusan tanpa merujuk "orang bawah" terlebih dahulu, paling tidak pun maklumlah dulu. Umum ketahui, Cabang-Cabang PKR kebanyakan lesu, layu dan tak bermaya, AJK entah kemana, aktiviti jauh sekali, bercakap bukan main lagi, tapi kekadang habuk pun tarak.....

Kepada semua Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baru diangkat, mulakan misi dan visi bagi menjayakan Harapan Baru Untuk Malaysia, bukan kepentingan peribadi menjadi agenda utama...lihatlah "orang bawah" yang sering dipulas untuk menjayakan Harapan Baru Untuk Malaysia.

HIDUP MATI PARTI GERAKAN : ESOK TAU


Selepas ditumbangkan di pangkalannya di Pulau Pinang pada pilihan raya umum tahun lepas, parti Gerakan yang akan berhimpun pada persidangan tahunan mereka yang bermula esok, masih bergelut untuk memulihkan imejnya.

Disebalik persepsi bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu masih lemah dan tidak berbuat yang sepatutnya untuk memperbaiki diri, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata sejak 18 bulan lepas, parti itu telah berusaha mencari pendekatan sesuai untuk "memastikan kerjasama dalam parti berada di tahap tertentu".


"Kami sebenarnya tahu apa yang kami mahu lakukan dan hala tuju kami. Namun kami tidak memaklumkan ini secara terbuka,"Teng berkata parti mungkin perlu mengkaji semula "pendekatan senyapsenyap" ini pada permukiman parti yang dijadualkan pada akhir November."Selepas itu, anda akan dapat melihat perancangan perubahan kami. Kami sedar dan faham dengan persepsi yang kami tidak berbuat apaapa selepas pilihan raya umum tahun lepas," akuinya.


Teng berkata wujud persepsi bahawa Gerakan sebagai sebuah parti kaum Cina perlu lebih lantang dalam mempertahankan isu yang dihadapi kaum itu."Sedangkan realitinya, kami sebuah parti pelbagai kaum dan kami akan meneliti isuisu daripada perspektif Malaysia. Apabila kami bersuara, kami tidak memperjuangkan untuk satu kaum sahaja, sebab itu kami dianggap sebagai berlembut atau sederhana," katanya.


Pendekatan berpaksikan agenda politik sahaja atau konfrontasi, katanya tidak pernah menjadi acuan Gerakan sejak ditubuhkan."Semasa Tun Dr Lim Chong Eu menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah barisan pembangkang pada 60an, mereka masih memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan selaras dengan objektif mereka bagi sebuah masyarakat yang adil dan saksama yang kami panggil masyarakat Malaysia," kata Teng.


Penganalisis politik yang berpangkalan di Pulau Pinang Datuk Cheah See Kian berkata beliau tidak menyaksikan perubahan besar dalam parti itu sejak pilihan raya umum sungguhpun Gerakan berjanji akan melakukan perubahan untuk memenangi semula sokongan rakyat.


"Sehingga kini, saya tidak nampak sebarang pemulihan dan satusatunya perkara yang kami dengar ialah pada hujung minggu ini, beberapa pindaan kecil akan dibuat terhadap perlembagaan parti bagi memudahkan pencalonan untuk bertanding jawatan parti," kata Cheah.


Beliau percaya kegagalan untuk melakukan perubahan dengan cepat adalah punca kenapa parti itu ditolak oleh rakyat, memberikan contoh kegagalan parti meraih undi bukan Melayu untuk BN dalam beberapa pilihan raya kecil lepas.


"Rakyat tidak melupakan Gerakan, bukan mereka sukakan Pakatan Rakyat tetapi kerana mereka tiada pilihan. Selepas pilihan raya umum, Gerakan dilihat hanya memainkan peranan sederhana.

edit from mstar

DR MOHD ASRI MUNGKIN SERTAI PAS



Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini.

Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).

Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.

Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.

Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.

Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.

oleh : zieman MSTAR

KRISIS BN : LIOW MINTA ONG LETAK JAWATAN PRESIDEN



Krisis MCA akan terus berpanjangan, apabila Timbalan Presiden seolah-olah mahukan Presiden meletakan jawatan supaya EGM diadakan untuk mengadakan pemilihan baru.

Najib dalam sibuk-sibuk mengatakan PKR hilang kemampuan, manakala menganggap PAS telah berpecah, rupa-rupanya rakan UMNO itu masih bergolak dan akan terus bergolak...lebih baik jaga periuk sendiri daripada terus memecah-belahkan orang lain.

Kenyataan Ong Tee Kiat

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mencabar timbalannya yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya jangan berselindung tetapi sebaliknya berterus terang sekiranya mahu beliau meletak jawatan.

"Pemimpin tertentu parti tidak habis-habis bercakap yang saya perlu menghormati keputusan EGM. Ini jelas bermakna mereka mahu saya meletakkan jawatan.

"(Tapi), pada masa yang sama, mereka mendakwa mereka tidak memaksa saya supaya meletak jawatan. "Saya secara peribadi mendapati cara itu mengelirukan," tulis Ong dalam blognya.

"Jika timbalan presiden yang baru dilantik mahu saya meletak jawatan, supaya beliau boleh menjadi presiden, maka beliau harus berterus terang tentang pendiriannya itu.

"Kita tidak menyelesaikan masalah jika berselindung di sebalik semak," tulis Ong dalam blognya hari ini.

Menurutnya, pihak-pihak berkenaan juga menegaskan perlunya dihormati perlembagaan parti, yang merupakan kuasa tertinggi dalam mentadbir parti.

"Saya memberi jaminan kepada semua pihak, termasuk timbalan presiden dan mereka yang menyokong pandangannya, bahawa saya - dalam kapasiti saya sebagai presiden - tidak akan berbuat atau bertindak dalam apa cara sekalipun yang bercanggah atau menjalankan kuasa, di luar perlembagaan parti," katanya.Kumpulan 16 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini menyerahkan tuntutan rasmi supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi mengadakan pemilihan baru parti itu.

Mereka yang membuat tuntutan itu termasuk Naib Presiden Tan Kok Hon, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.

Tuntutan rasmi itu di diserahkan oleh tiga pemohon yang juga anggota CC - Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng dan Datuk Liew Yuen Keong - kepada petugas pejabat setiausaha agung di ibu pejabat parti di ibunegara jam 4.50 petang semalam. Mkini

ADUN KOTA SEPUTEH KRITIKAL

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Isa Ismail untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengosongkan kerusi DUN Kota Seputeh. BERITA PENUH MENYUSUL KEMUDIAN

SAYANGKU PADA POLIS




Timbalan Ketua Angkatan Muda Perak, YB Sdr Chan Mei Kai diseret Polis sewaktu Sidang Dun Haram diadakan. Polis Raja DiMalaysia tidak pernah berkasar. Mengapa seorang ADUN boleh diperlakukan demikian...? Siapa yang mengarahkan Polis berbuat demikian...?

JANGAN CAKAP BANYAK...BLAH!!!!!!!




ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.

ada berani komen....?

Oleh itu, katanya, bagaimanakah beliau hendak memberi perkhidmatan kepada rakyat, sementelah pula beliau juga bukan exco kerajaan negeri.

"Saya masih keluar jumpa rakyat. Saya orang yang tak suka diraikan, berkompang kompang, bunga mangga. Saya tak suka. Saya keluar dengan pemandu saya untuk tengok keadaan di kawasan saya," katanya.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat di Perak digulingkan Februari lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa Badrul akan keluar parti untuk menyertai Umno.

Khabar angin itu bertambah kencang apabila beliau tidak menghadiri sidang DUN dan jarang dilihat di khalayak ramai.

Bagaimanapun, Badrul ketika itu mengeluarkan kenyataan menegaskan komitmennya bersama PKR.

Mintak nak jadi EXCO rupanya mamat ni...

Jangan cakap banyak...Blah!!!! UMNO pun xnak kau...

Khamis, 29 Oktober 2009

PANAS!!!! MP BN MINTA 2 MENTERI LETAK JAWATAN


Seorang penyokong kerajaan hari ini secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau berkata sebagai barisan hadapan kabinet, seorang menteri tidak seharusnya hilang kepercayaan anggota parti apatah lagi jika maruah dan imejnya jatuh di mata rakyat.

"Kalau ada menteri kabinet yang hilang kepercayaan di kalangan ahli partinya, buat apa jadi menteri kabinet, berhentilah.

"Kalau ada harga diri, maruah diri, berhenti, jangan susahkan perdana menteri. Orang lain dalam MCA boleh ganti tempat (dia), apa ingat dia seorang sahaja yang pandai," katanya.

Mohamad berkata menteri berkenaan wajar berundur sejajar dengan slogan kerajaan sekarang iaitu supaya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

ayat teman:

Kalau diorang tak mahu letak, lebih baik dia istihar keluar BN..

BARU DISAHKAN JADI KATAK-geng Berahim Ali





Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN BEBAS,
kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos. Sebelum ini, Jamal , Osman dan Hee ( Perak ), Radhzi ( Kedah ) dan yang terkini Adun Pelabuhan Kelang, Badrul baru saja mengumumkan di sebuah hotel menjadi Adun Bebas yang ke 4.
AlhamduL
illah, Syukur kepada Tuhan..mudah-mudahan Allah memberi keizinan untuk kita bertemu lagi.....bad!
Umno bela lah pengkhianat ini, tamu le sepuas-puasnya.



TIADA SAPA NAK MENGAKU...?JAMBATAN GANTUNG

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan 3 murid sekolah meninggal dunia dalam tragedi dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu, pihaknya juga
tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.
Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) tidak terlibat dalam proses kelulusan pembinaan jambatan gantung yang roboh dan mengorbankan tiga pelajar sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di Kampar malam Isnin lalu.

Dalam pada itu, Pengarahnya Mohd Radzi Abd Jabar berkata urusan pembinaan jambatan gantung merentasi Sungai Kampar itu diselia sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab membuat sumbangan berkenaan.


"Kalau ada orang yang nak bagi sumbangan seperti jambatan ini, terpulang kepada mereka sendiri," katanya ketika diminta menjelaskan prosedur lazim untuk membina struktur di dalam kawasan sekolah apabila melibatkan sumbangan luar.

"Dia yang nak sumbang, dia yang cari orang (untuk bina) dan dia buat sendiri. (JPN) tidak terlibat," katanya lagi yang enggan mendedahkan identiti pihak yang terlibat membuat sumbangan berkenaan.

"Kita sudah dimaklumkan identiti mereka dan kita akan panggil mereka nanti ke jawatankuasa khas yang menyiasat perkara ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan juga enggan mendedahkan kos yang terlibat untuk pembinaan jambatan gantung tersebut.

"Kalau orang nak bagi sumbangan, takkanlah kita nak tanya berapa dia nak bagi," katanya.

MACAM-MACAM UJIAN....




Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa parti pembangkang utama itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya."Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya...," katanya hari ini.

Sejak dua hari lalu, PKR menerima tamparan ekoran peletakan jawatan naib presidennya Datuk Jeffrey Kitingan dan timbalan ketua Wanita Sabah, Christina Liew serta desas-desus mengenai kemungkinan setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim juga akan meletak jawatan.Beliau telah menafikan.

Jeffrey dan Liew meletak jawatan kerana kecewa dengan keputusan pimpinan tinggi PKR berkaitan beberapa isu - yang terbaru berhubung pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi PKR Sabah yang baru.

"Rombakan kepimpinan PKR telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu.
Di Perak, ada diantara Ketua Cabang yang tidak berpuas hati dengan pertukaran Pengerusi Negeri, tapi hingga ke saat ini mereka-mereka ini hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat apa-apa tindakan susulan. Mengapa sekarang perlu dibuat pertukaran..? adakah kerana Perak akan ada Pilihanraya...?

Kebanyakan "orang politik" PKR Perak tahu siapa itu Haji Mustaffa, Naib Presiden dan juga Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak yang "susah" sangat untuk menghadirkan diri dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri. Cabang beliau sendiri dikatakan "hancur lebur" "tiada susun atur yang kemas", "berterabur macam sampah...!!!"

Di Pulau Pinang keadaan agak tenang apabila Dr Mansor dilantik sebagai Pengerusi Negeri. Takpalah, beliau seorang Timbalan Ketua Menteri, mungkin ramai yang bersetuju dengan tindakan Presiden PKR.

LAHIR LAGI SEEKOR KATAK JANTAN



ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka akan membuat pengumuman untuk menyertai sebuah parti politik lain hari ini.
Agak-agaknya Parti apa yang beliau nak sertai, MCA, MIC, Gerakan, PPP atau
Parti Katak..?


TAK SEDAR KENA TUNGGANG


Sapa le punya kerja yang mencekik leher Sivakumar tu...?

Polis tidak bersalah, jangan salahkan polis...tugas kami bagi menjamin keselamatan sidang DUN berjalan dengan lancar kata Ketua Polis Perak, Datuk Zul Dollah.
Datuk...Datuk...cakap je pihak polis menerima arahan daripada pihak tertentu bagi memastikan ADUN PR lambat masuk ke dalam Dewan...senang!!!

tapi bagaimana pula kenyataan V. Sivakumar dibawah ini :

Saya memper
soalkan kenapa Ganesan di kawal oleh 22 orang yang mengelilingi tempat duduk Ganesan. Sedangkan saya pada 7 Mei lalu, saya tidak dijaga langsung oleh polis dan membantu apa yang saya arahkan.

Sah Polis dip
erguna, perkuda UMNO....

BAD..LU LETAKLAH JAWATAN

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengusulkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat supaya Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang.

Dalam satu kenyataa akhbarnya, di sini, pagi ini, Abdul Khalid berkata usul itu akan dibuatnya hari ini ke Majlis Pimpinan Pusat PKR selepas Badrul Hisham gagal menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau tidak memperbaiki mutu perkhidmatannya.

Bad..lu apa bikin tunggu lagi, mau lompat, lompat laaaaa. Bad..lu jangan bikin orang lain sakit kepala, lu sakit kan, berhenti laaaaa. Bad...lu sudah ada kereta besar kan, lu lompat lagi bagus....


NAJIB MENANGIS...MCA MERAUNG..PAS BERSEDIH

Pelan damai MCA gagal...MCA semakin serabut-kelam-kabut..
Liow Tiong Lai masih tidak berpuashati...ada cubaan menikam beliau dari belakang...?

Ong mendakwa beliau mendapat 50 % sokongan, manakala chua mendapat 47% daripada perwakilan MCA baru-baru ini.
Rasa tidak puashati berkocak kembali, mereka mahukan Ong dan Chua berundur.


Mesyuarat Khas PAS malam tadi berkemungkinan tiada jalan penyelesaian. Tiada PC yang akan diadakan..semua tidak berani membuka mulut.
TGNA.....? kemana...?

Rabu, 28 Oktober 2009

LEMBU

SEORANG penternak, Mat Salleh Awang, 58, memeriksa keadaan lembu-lembunya yang ditemui mati dipercayai disambar petir di kawasan ladang kelapa sawit milik Lembaga Kemajuan Pertubuhan Peladang (LKPP) di Kampung Sepat, Kuantan.
Yang ni memang tak ada kena-mengena dengan UMNO atau Sidang DUN atau Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat. ( teman layan...........)


PEGAWAI dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Unit Forensik mengenal pasti punca kejadian jambatan runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar :
ITU HARI MASA BUAT ,TAK MAU PANGGIL UNIT FORENSIK...Orang kampung pun tau cara buat dah tak ikut "spek", hangpa sukat le tanah tu dalam-dalam, mana tau boleh jumpa emas...?

Pekabaran dari Tg Tualang, mengatakan satu lagi mayat tragedi jambatan runtuh telah dijumpai ( perakExpress)

HASAN ALI MUNGKIN GIGIT JARI.....


PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Akan adakah keputusan yang boleh menenangkan penyokong -penyokong pas...? atau sekadar Mesyuarat Khas biasa dan keputusannya berdamai atau "ini hanyalah masalah dalaman pas" atau TGNA tetap dengan keputusan beliau untuk meneruskan EGM , bukankah sekarang ni musim EGM.
Adakah benar Hassan Ali akan dilucutkan jawatan beliau sebagai EXCO...? atau Hasan Ali mengambil keputusan memohon maaf atau masih berhajat meninggalkan pakatan rakyat.

Tapi adalah lebih baik, ada keputusan yang boleh menyakinkan penyokong pas dan lebih utama keputusan malam ini akan menarik minat penyokong bukan Melayu untuk terus bersama pas.


BAJET UNTUK AHLI UBN SAJA..


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini membentangkan Bajet 2010 Perak berjumlah RM739.58 juta dengan defisit diunjurkan berjumlah RM23 juta dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.


Kerajaan Haram, Kerajaan Derhaka

Katanya, keadaan bajet defisit itu tidak dapat dielakkan kerana hasil yang dianggarkan tidak dapat menampung perbelanjaan yang semakin meningkat namun kadar defisit itu berkurangan berbanding defisit RM25 juta pada Bajet 2009.

Bajet 2010 keseluruhannya berjumlah RM739.58 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM560.58 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM179 juta bagi tujuan pembangunan, katanya ketika membentangkan bajet itu.

Peruntukan RM179 juta bagi perbelanjaan pembangunan itu mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri untuk merealisasikan transformasi yang meletakkan kepentingan rakyat di mercu keutamaan tanpa mengira batas kaum dan politik, katanya.


betoi ka tak kira fahaman politik....?


"Bajet ini memberi penekanan kepada usaha menangani masalah yang dihadapi rakyat serta memastikan kesejahteraan dan perpaduan serta keselamatan rakyat dipelihara," katanya.

Katanya kerajaan negeri komited untuk mencari sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri dengan menggariskan lima strategi, antaranya mempelbagaikan kaedah dan usaha yang berterusan; menggerakkan dan meneruskan aktiviti pembangunan sebagai penjana utama ekonomi negeri; menjadi negeri yang membela rakyat dan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan setiap rakyat.

Katanya sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi tujuan program pembasmian kemiskinan yang mana sebanyak RM2 juta bagi membaik pulih rumah, RM4 juta bagi program membasmi kemiskinan mengikut pendekatan dan modul yang berjaya dilaksanakan dan RM1 juta bagi Yayasan Bina Budi.


betoi ka untuk orang miskin...bukan untuk UMNO ka..?



"Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membayar elaun bulanan kepada bilal dan siak yang mana sebelum ini mereka hanya diberi bonus tahunan sahaja. Peruntukan sebanyak RM5.99 juta telah disediakan bagi menampung pembayaran tersebut melibatkan seramai 2,496 orang bilal dan siak," katanya.

Katanya selain itu insurans perlindungan takaful berkonsepkan Tabaruk berjumlah RM4 juta disediakan untuk golongan warga emas, ibu dan bapa tunggal, golongan miskin dan orang kurang upaya.


terima kasih, idea Kerajaan Pakatan Rakyat



Kebajikan rakyat bukan beragama Islam juga disediakan dengan kerajaan negeri menyediakan RM3.5 juta bagi aktiviti mereka dan daripada jumlah itu sebanyak RM500,000 dikhususkan untuk kaum Sikh, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga amat prihatin terhadap kepentingan masyarakat Orang Asli dengan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM1juta.

"Menyedari terdapat sebilangan anak-anak kaum India yang mengalami himpitan miskin tegar untuk meneruskan pelajaran mereka, maka dicadangkan penubuhan Tabung Khas Pendidikan Anak-Anak Kaum India. Bagi tujuan ini peruntukan RM1 juta disediakan dan tabung ini akan dikendalikan oleh Yayasan Perak," katanya.


ayat cover je ni...



Zambry berkata kerajaan negeri juga prihatin terhadap pengurusan sekolah persendirian Cina (SUWA) dan bersetuju menyumbangkan RM400,000 setahun bagi setiap sekolah melibatkan sembilan sekolah.


idea Kerajaan Pakatan Rakyat diteruskan..tanah dapat duit pun dapat.



Katanya selain itu peruntukan RM1 juta disediakan bagi menampung perbelanjaan pembayaran elaun kepada guru yang mengajar subjek agama dan Al-Quran di Sekolah Agama Rakyat di negeri ini.

"Kerajaan negeri juga bersetuju untuk mewujudkan Maahad Tahfiz di setiap daerah. Sebagai permulaan, peruntukan sebanyak RM1 juta bagi mewujudkan Maahad Tahfiz di Manjung. Pembangunan Maahad Tahfiz di daerah lain akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh," katanya.


elaun imam masjid dah tertunggak, apa cerita..?



Beliau berkata sejumlah RM4.68 juta diperuntukan bagi sumbangan tambahan kerajaan negeri kepada elaun guru kelas Kafa daripada RM75 sebulan kepada RM200 melibatkan sebanyak 3,120 guru mulai Januari 2010.

"Kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa dan sumbangan pemandu yang bertugas tanpa mengira waktu. Sebagai tanda penghargaan dan prihatin ke atas mereka kerajaan negeri bersetuju memberikan perlindungan insurans berkelompok kepada 600 pemandu di bawah pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Selain itu, peruntukan RM3 juta disediakan bagi membangunkan taman asuhan kanak-kanak di semua pejabat daerah dan tanah.

Sementara itu, Zambry memberitahu pemberita bahawa bajet 2010 yang dibentangkan dalam persidangan DUN Perak yang berteraskan memberi bantuan terus kepada rakyat adalah mengikut peraturan persidangan.


maknanya sidang dun memang haram lah yeee!


Katanya, walaupun bajet berkenaan dibentangkan mengikut pembahagiannya dan tidak secara penuh, namun ia tetap mengikut peraturan persidangan.

"Kalau tidak disebabkan ugutan dalam siri ceramah dan akhbar mereka yang mengatakan sidang DUN (hari ini) akan menjadi lebih teruk (daripada sidang DUN sebelum ini), pembentangan (bajet) dan sesi perbahasan adalah baik seperti yang kita amalkan pada sidang pembentangan bajet sebelum ini.

"Kita beri ruang untuk mereka (pembangkang). Dakwaan bajet (yang dibentang) tidak ikut prosedur itu juga telah kita rujuk berkali-kali. Sebarang bentuk prosiding kita (dalam persidangan) tidak bertentangan dengan peraturan," katanya.


UMNO ikut peraturan...?


Ketika sesi perbahasan bajet, ADUN pembangkang tidak mengambil bahagian sebaliknya hanya dua ADUN sahaja yang berbahas iaitu Datuk Hasbullah Osman (BN-Temenggor) dan Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) sebelum bajet itu diluluskan dengan dipersetujui oleh kesemua ADUN BN dan tiga ADUN Bebas.


jamal, osman, hee setuju, pelik? tau ke jamal n osman tentang semua tu...?

HISHAM- MUDIM TAU SIVA DICEKIK...


Dakwaan pembangkang bahawa wakil rakyat V.Sivakumar diserang dan dicekik polis dalam insiden kekecohan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi tadi akan disiasat, kata Hisham mudim.

Hisham mudim berkata kekecohan itu bermula apabila polis meminta Speaker DUN Perak itu menanggalkan jubah speaker yang dipakainya, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

"Polis minta dia jangan terus pakai jubah berkenaan kerana ia menyalahi undang-undang.

( hoi!!! hisham mudim rampas kuasa tu tak salah ke..?) Kita kena teliti dulu tuduhan pembangkang ini.Ada rakaman, kita boleh periksa, ada saksi kita boleh panggil.


Beliau berkata tuduhan tersebut mungkin adalah tuduhan liar semata-matanya, kerana beliau difahamkan bahawa Sivakumar masuk semula ke dalam dewan selepas kejadian tersebut.

"Kalau betul dia dicekik oleh polis, kalau teruk sangat apa yang didakwa,

tak mungkin dia boleh terus hadir dalam dewan," katanya.


( kenyataan paling bodo daripada seorang menteri....)

APA LAGI YANG TINGGAL......HANYA SECEBIS KAIN

Sivakumar menunjukan cebisan jubah speaker yang ditarik dan akhirnya jubah itu dirampas oleh anggota polis.Ketua Polis Perak harus bentanggungjawab kerana mengarahkan anggotanya supaya menarik, mengoyak jubah speaker. Inilah yang dikatakan Polis akan menjaga keselamatan adun.

Sanggup bersekongkol dengan UBN bagi memalukan Rakyat Sultan Perak dengan cara yang paling tidak bertamadun, bagaimana pandangan masyarakat terhadap anggota polis masa akan datang. ( bila dah pencen selalunya mengaku penyokong pembangkang).




DUN...BUBARKANLAH


Lapan bulan selepas digulingkan sebagai menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih bergantung harap agar pilihan raya baru diadakan secepat mungkin bagi mengakhiri krisis politik yang melanda negeri itu sekarang.

Katanya, amat penting bagi para pengundi dibenarkan membuat pilihan mereka melalui peti undi kerana krisis yang berlarutan itu telah mencetuskan kemelut ekonomi dan perlembagaan.

Bulan depan, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan terhadap saman Nizar bagi mendapatkan pengisytiharan sama ada beliau atau Datuk Zambry Abd Kadir menteri besar yang sah.

Nizar tidak pernah meletak jawatan menteri besar sejak pentadbirannya digulingkan Februari lalu.

Sehingga hari ini, Pakatan Rakyat terus 'mentadbir negeri' dan sentiasa mencuba 'menguasai' DUN di bawah 'speaker' V Sivakumar.

Nizar berkata, Zambry sepatutnya menggesa Sultan Perak supaya membubarkan DUN secepat mungkin supaya pilihan raya baru dapat diadakan dan seterusnya menamatkan kemelut politik di negeri itu.

Oleh itu, Nizar meminta jasa baik Zambry - sekiranya beliau mahu menyelamatkan Perak, membantu rakyat Perak dan mengutama kepentingan rakyat - supaya mendapatkan perkenan sultan bagi membubarkan DUN.

Katanya, ini akan meletakkan Zambry pada kedudukan yang mulia seperti yang dilakukannya sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan penting sebelum ini.

BERTAMBAH KALUT: 2 MB, 2 SPEAKER, TERBARU 2 SENATOR











Adun Pakatan Rakyat akan membuat satu laporan Polis berhubung keganasan pihak polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat...UBN masih menggunakan Polis untuk meneruskan agenda HARAM mereka. Ingatlah, Allah tetap akan membalas apa jua perbuatan yang zalim, tunggu saat dan ketikanya.
ADUN Pakatan Rakyat juga meluluskan Hj Osman b Abd Rahman untuk dilantik sebagai Senator.
BN juga telah meluluskan melantik seorang Senator.

perakkume