Pengikut

Khamis, 29 Oktober 2009

TIADA SAPA NAK MENGAKU...?JAMBATAN GANTUNG

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan 3 murid sekolah meninggal dunia dalam tragedi dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu, pihaknya juga
tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.
Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) tidak terlibat dalam proses kelulusan pembinaan jambatan gantung yang roboh dan mengorbankan tiga pelajar sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di Kampar malam Isnin lalu.

Dalam pada itu, Pengarahnya Mohd Radzi Abd Jabar berkata urusan pembinaan jambatan gantung merentasi Sungai Kampar itu diselia sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab membuat sumbangan berkenaan.


"Kalau ada orang yang nak bagi sumbangan seperti jambatan ini, terpulang kepada mereka sendiri," katanya ketika diminta menjelaskan prosedur lazim untuk membina struktur di dalam kawasan sekolah apabila melibatkan sumbangan luar.

"Dia yang nak sumbang, dia yang cari orang (untuk bina) dan dia buat sendiri. (JPN) tidak terlibat," katanya lagi yang enggan mendedahkan identiti pihak yang terlibat membuat sumbangan berkenaan.

"Kita sudah dimaklumkan identiti mereka dan kita akan panggil mereka nanti ke jawatankuasa khas yang menyiasat perkara ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan juga enggan mendedahkan kos yang terlibat untuk pembinaan jambatan gantung tersebut.

"Kalau orang nak bagi sumbangan, takkanlah kita nak tanya berapa dia nak bagi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan