Pengikut

Khamis, 22 Oktober 2009

HARI-HARI KENA TIPU DAHHH..MELAYU?


SPRM teliti laporan Ketua Audit Negara 2008



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam.

Menurut kenyataan ibu pejabat SPeRMa di sini, hari ini jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada.

Di Perak lain sikit, SPeRMa di paksa mengarah drama exco meneriama rasuah, termasuk rasuah sex. Siap pasangkan kamera di bilik hotel, kamera dalam poket, guna proksi semata-mata nak perangkap exco banggang.

Puluhan laporan telah dibuat di Pejabat SPeRMa, apa jadi dengan laporan tersebut..?sekarang nak siasat Laporan Ketua Audit Negara kalau-kalau ada unsur rasuah atau "sewelgan" dalam mengurus dana rakyat(negara). Apa yang dilaporkan semuanya betul, apa yang nak tunggu...?

Jangan sembang banyak..pi saja siasat sapa yang terlibat dalam Laporan Ketua Audit Negara, abis cerita. Tak kira Kerajaan Haram, Kerajaan Sah, Kerajaan Pakatan Rakyat atau Kerajaan BN..siasat !!!

Tolooonglah !!! jangan tipu rakyat hari-hari, kesian!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan