Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2009

LAGI UMUM KELUAR PKR


Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat

Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti itu. Suami beliau merupakan Ketua Cabang PKR Ipoh Barat.

Cabang Ipoh Barat pernah digantung PKR Pusat kerana mempunyai masalah dalaman yang terlalu "kritikal". Jadi tiada masalahlah kalau ada yang ambil keputusan untuk keluar parti. Peletakan jawatan itu dikatakan berikutan krisis antara Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim dengan Pergerakan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat.

Beliau mendakwa kira-kira 100 anggota Wanita PKR Cabang Ipoh Barat memberi kata dua kepada Fatmawati supaya meletak jawatan dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Siapa harus mengundurkan diri....? tepuk dada tanyalah hati, sendiri pun tau macam mana...!


" Hanya jauhari saja yang kenal manikam"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan