Pengikut

Jumaat, 30 Oktober 2009

HIDUP MATI PARTI GERAKAN : ESOK TAU


Selepas ditumbangkan di pangkalannya di Pulau Pinang pada pilihan raya umum tahun lepas, parti Gerakan yang akan berhimpun pada persidangan tahunan mereka yang bermula esok, masih bergelut untuk memulihkan imejnya.

Disebalik persepsi bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu masih lemah dan tidak berbuat yang sepatutnya untuk memperbaiki diri, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata sejak 18 bulan lepas, parti itu telah berusaha mencari pendekatan sesuai untuk "memastikan kerjasama dalam parti berada di tahap tertentu".


"Kami sebenarnya tahu apa yang kami mahu lakukan dan hala tuju kami. Namun kami tidak memaklumkan ini secara terbuka,"Teng berkata parti mungkin perlu mengkaji semula "pendekatan senyapsenyap" ini pada permukiman parti yang dijadualkan pada akhir November."Selepas itu, anda akan dapat melihat perancangan perubahan kami. Kami sedar dan faham dengan persepsi yang kami tidak berbuat apaapa selepas pilihan raya umum tahun lepas," akuinya.


Teng berkata wujud persepsi bahawa Gerakan sebagai sebuah parti kaum Cina perlu lebih lantang dalam mempertahankan isu yang dihadapi kaum itu."Sedangkan realitinya, kami sebuah parti pelbagai kaum dan kami akan meneliti isuisu daripada perspektif Malaysia. Apabila kami bersuara, kami tidak memperjuangkan untuk satu kaum sahaja, sebab itu kami dianggap sebagai berlembut atau sederhana," katanya.


Pendekatan berpaksikan agenda politik sahaja atau konfrontasi, katanya tidak pernah menjadi acuan Gerakan sejak ditubuhkan."Semasa Tun Dr Lim Chong Eu menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah barisan pembangkang pada 60an, mereka masih memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan selaras dengan objektif mereka bagi sebuah masyarakat yang adil dan saksama yang kami panggil masyarakat Malaysia," kata Teng.


Penganalisis politik yang berpangkalan di Pulau Pinang Datuk Cheah See Kian berkata beliau tidak menyaksikan perubahan besar dalam parti itu sejak pilihan raya umum sungguhpun Gerakan berjanji akan melakukan perubahan untuk memenangi semula sokongan rakyat.


"Sehingga kini, saya tidak nampak sebarang pemulihan dan satusatunya perkara yang kami dengar ialah pada hujung minggu ini, beberapa pindaan kecil akan dibuat terhadap perlembagaan parti bagi memudahkan pencalonan untuk bertanding jawatan parti," kata Cheah.


Beliau percaya kegagalan untuk melakukan perubahan dengan cepat adalah punca kenapa parti itu ditolak oleh rakyat, memberikan contoh kegagalan parti meraih undi bukan Melayu untuk BN dalam beberapa pilihan raya kecil lepas.


"Rakyat tidak melupakan Gerakan, bukan mereka sukakan Pakatan Rakyat tetapi kerana mereka tiada pilihan. Selepas pilihan raya umum, Gerakan dilihat hanya memainkan peranan sederhana.

edit from mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan