Pengikut

Selasa, 30 Jun 2009

KETUA KAMPUNG PAKATAN PERAK DILANTIK AJK PENDUDUK

SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

MESYUARAT PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENDUDUK(JKP) DALAM KAWASAN PBT.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Majlis Daerah.............akan mengadakan satu mesyuarat bagi tujuan perlantikan Jawatankuasa Penduduk Taman,Perumahan,Rancangan Perkampungan Tersusun(RPT) dan Kg Baru di bawah pentadbiran PBT
3. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir dengan membawa senarai nama Jawatankuasa yang telah dilantik oleh tuan sebagai ahli Jawatankuasa Penduduk diperingkat kawasan tuan ke mesyuarat tersebut pada tarikh,masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 7 Julai 2009 Masa: 10.00 pagi Tempat : Majlis Daerah....

Sekian dimaklumkan,terima kasih

Saya yang menurut perintah,

t/t

Setiausaha
b.p Yang DiPertua
Majlis Daerah......


Semua Ketua Kampung Pakatan Rakyat dalam Daerah Kinta telah dipanggil untuk hadiri satu Mesyuarat lantikan sebagai AJK(JKP) dalam seliaan PBT.

Tapi semalam dengor ceritanya Ketua Kampung(UBN) telah terima watikah di SUK...Dua Ketua Kg nampaknye...

Isnin, 29 Jun 2009

MANIK URAI..URAIKAN KEKUSUTAN



KEDUA-DUA PARTI TELAH PUN MENGUMUMKAN CALONNYA MASING-MASING
BAGI PENGUNDI DUN MANIK URAI,BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK.
HANYA PENGUNDI SENDIRI LEBIH MAKLUM SIAPA YANG HARUS DIPILIH SEBAGAI WAKIL RAKYAT MEREKA........

Sabtu, 27 Jun 2009

MEREKA AKAN JAHANAMKAN DSAI KALI INI


Dalam kes liwat 1998, DS Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2000 selama 9 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pemandu beliau. Sampaikan tilam,bangunan yang tidak siap, terpaksa dipinda beberapa tarikh baru bagi "membuktikan"juga yang DS Anwar bersalah.
Kini, dalam beberapa hari lagi, kes kedua beliau akan memulakan perbicaraannya. Jika disabitkan kesalahan Kanun Keseksaan 377C beliau tidak boleh dijamin serta boleh dipenjara tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
Katanya, bukti kali ini siap dengan video dari CCTV yang dikatakan beliau masuk bersama Saiful kesebuah kondo di Damansara.
Dalam laporan perubatan,mengesahkan dudur Saiful tidak pernah disusuk apa-apa objek yang keras. Kata mudahnya, tiada tanda-tanda beliau diliwat secara paksa atau suka rela.
Tapi puak-puak ni bukannya peduli, benda yang tak ada boleh diadakan, janji boleh sumbat
DS Anwar ke penjara Sg Buloh sekali lagi.Kalau tidak PRU 13 , ada atau tidak BN/UMNO dibumi Malaysia ini....?
MARI KITA BERAMAI-RAMAI KE MAHKAMAH JALAN DUTA PADA 08.07.2009 UNTUK MEMBANTAH KES YANG DICIPTA UNTUK MENJAHANAMKAN PEMIMPIN RAKYAT INI.

Jumaat, 26 Jun 2009

SAHABAT PENGKALAN HULU


SAYA HANYE SUKE MENAMBAH SIKIT APE YANG DICORETKAN OLEH PKR PENGKALAN HULU DALAM BLOG NYA..."HARAP ADA PERCAYA TIDAK"
SAYA MENERIMA SMS AWAL PAGI SEMALAM DARIPADA SEORANG SAHABAT, KATANYA TAN SRI M.....AKAN BERJUMPA TUANKU UNTUK PEKENAN BUBAR DUN HARI INI(SEMALAM)....DALAM HATI BERKATE JUGE,MANE LE DEME DAPAT CERITA NI PAGI-PAGI LAGI...
SELIDIK PUNYE SELIDIK
TERNYATE KABO ANGIN JE.......
LAIN KALI SELIDIK BEBENOR YOP..
BAK KATA PENGKALAN HULU
"HARAP ADA PERCAYA TIDAK"
JANGAN MARAH aaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 23 Jun 2009

HARAM@HALAL

Carsberg akan keluarkan BEER tanpa ALKOHOL untuk pasaran Negara-Negara Islam.Menurut kenyataan Pengarah Urusannya, Beer tanpa Alkohol ini akan dipasarkan ke Negara Asia Barat.
Lepas ni, apa pulak yang haram di halalkan..........

KERAJAAN PERPADUAN USAH PERKATAKAN


PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KINI MEMBUAT KATA SEPAKAT MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN YANG DICANANG SELAMA INI.
BERAKHIRLAH SATU EPISOD UNTUK MEMECAHBELAHKAN PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA PAS BAGI MENGHADAPI PRK MANIK URAI.

Isnin, 22 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN....CUBALAH DULU DI PERAK


MUNGKIN DS NAJIB (PM) IKHLAS DALAM USAHA BELIAU UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN DALAM KEADAAN UBN NAMPAK SEMAKIN SUKAR DALAM POLITIK MALAYSIA.
1 MALAYSIA,RAKYAT DIDAHULUKAN,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN DAN KERAJAAN PERPADUAN, BOLEH DIBENTUK DI PERAK. INILAH MASANYA DS NAJIB SERTA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT INGIN MELAKSANAKAN RAKYAT "DIDAHULUKAN".
DENGAN MENGAMBIL KIRA KEMELUT POLITIK PERAK YANG TIADA KESUDAHANNYA, APA SALAH UMNO,MCA,DAP,PAS, BEBAS SERTA PKR MEMBENTUK SEBUAH KERAJAAN DEMI RAKYAT PERAK.
PALING TIDAK PUN, KRISIS POLITIK DAPAT DISELAMATKAN SERTA RAKYAT BOLEH DIDAHULUKAN..KAN..!
PILIHLAH MB BARU ( BUKAN ZAMRI)
BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI , 2 BEBAS, 2 BN,2 PKR,2 PAS, 2 DAP.
( KERAJAAN PERPADUAN) BELUM CUBA BELUM TAHU...!


Jumaat, 19 Jun 2009

sms ustaz nasa......

KAWAN TEMAN BAGITAU TADI, DIA DAPAT SMS DARI USTAZ NASARUDIN SEMALAM, ANTARANYA AYATNYA :(edit)
"ana pun tidak pasti,semalam pun( merujuk hari kenyataan yang dibuat) ana buat kenyataan tidak timbul langsung PAS nak masuk UBN, tak apalah, ana tunggu Dato Presiden balik dari UK nanti, bersabarlah"

POSTER PRESIDEN DIHARAMKAN......?


POSTER PRESIDEN PAS TG HJ ABDUL HADI DILARANG SAMA SEKALI DIGANTUNG DI PRK DUN MANIK URAI.
SAMPAI BEGITU SEKALI PROTES RAKYAT KELANTAN TERHADAP ISU KERAJAAN PERPADUAN.
JIKA ISU PERBALAHAN INI TIDAK DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BAIK, MAKA BERATLAH PEMIMPIN PAS UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PAS KELANTAN....
DAN YANG PASTI UBN SEDANG MEMERHATIKAN APA TINDAKAN TG NIK AZIZ SELEPAS INI.

Khamis, 18 Jun 2009

SAYA PERCAYA,TAPI BUKAN DIA....


Ini pengalaman yang cukup berharga buat Ust Nasa, agar isu mematangkan pemikiran dalam suasana politik negara ini. Dalam keadaan yang serba tak kena, UBN cukup pandai memainkan isu ini bagi menyemarakkan lagi suasana dan sekitar politik sekelilingnya. Isu Bubar DUN Perak mungkin telah dilupakan seketika, kerana sibuk menyalahkan Ust Nasa dan TG Nik Aziz.

Percayalah, isu kemarahan TG Nik Aziz akan reda dalam satu Mesyuarat Khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Percayalah, Ust Nasa tidak bermaksud untuk membawa PAS duduk sebaris dengan UBN.

Percayalah, ada kelompok di dalam Pimpinan PAS yang mahu benar menyingkirkan Ust Nasa dan TG Nik Aziz dari jawatan masing-masing.

Percayalah, mereka inilah yang sebenarnya "Boneka UMNO"

SAYA HARUS CEPAT MEMBELOK KESANA....


Jangan membelok terlalu cepat,sebelum lampu hijau menyala. Ketika lampu kuning telah terang menyala,sepatutnya ustaz perlahankan kereta ustaz tadi, kata seorang Pegawai Polis.
Mana boleh ! terjah ustaz, saya harus cepat membelok, kerana disana sajalah yang ada
perpaduan,ketelusan,keadilan,kesaksamaan "for all",tau tak!.Merah padam muka Pegawai Polis apabila disergah ustaz tadi.( dalam hati berkata: sah! UMNO)

Rabu, 17 Jun 2009

AHLI PKR PERAK BUAT KEPUTUSAN SENDIRI

MARI AHLI-AHLI PKR PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM UNDIAAN.......

SAF PEMUDA PKR PERAK YANG BARU....

Pakcik dapat ilham senarai Pemuda PKR Perak dari seseorang.
Katanya ini adalah saf kepimpinan yang terbaik bagi Pemuda PKR Perak.

KETUA : YB YUNUS ( Parit Buntar)
TIMBALAN KETUA : SDR EMIZA ( Kampar)
NAIB KETUA 1 :YB CHANG MEI KAI (Gopeng)
NAIB KETUA 2: SDR NORAZLAN ( Bagan Serai)
NAIB KETUA 3: SDR ROMIHADI (Gopeng)
SETIAUSAHA : SDR FAIZAL EFFENDI (Parit)
PENOLONG SU: SDR SHAMSUL (Kampar)
BENDAHARI : SDR AZMI ( Tapah)
KETUA PENERANGAN: SDR HAZHA HAWALID ( Batu Gajah)

Persoalannya mampu kah mereka berhadapan dengan golongan Ulamak DPP Perak yang terbukti berilmu dari perbagai sudut. Pemuda PKR Perak dalam soal ini masih terlalu mentah,tiada percapaian yang boleh dibanggakan.

Beberapa nama yang mungkin diangkat, kelihatan Sdr Faizal(Tim Pemuda PKR Perak) diturunkan sebagai Setiausaha mengantikan sahabat beliau Sdr Eric yang katanya akan dimasukkan ke dalam"peti ais". entah benar atau tidak...pakcik tak tau?

Bagi Penolong SU, Sdr Shamsul (Kampar) sleeping partner Sdr Emiza, kini merupakan Penolong SU Perhubungan yang mempunyai banyak jawatan yang dipegangnya..satu ketika dulu pernah bercakar dengan Sdr Faisal.

Sdr Emiza yang dikatakan akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda PKR Perak,hanyalah boleh dilebel sebagai "orang kuat haji". Haji mana tak tau...( mungkin hj mail @ hj osman@
hj shaarani)
Prestasi setakat ini, pernah cuba dicalonkan untuk DUN Tualang Sekah( 2008),tetapi menerima tentangan hebat daripada Ketua Bahagian Kampar waktu itu.

Naib Ketua, Sdr Azlan( KP Bagan Serai) kini sedang "berperang dengan KB Bagan Serai. Beliau juga katanya telah pun dilantik sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Bagan Serai baru-baru ni.

Ketua Penerangan, Sdr Hazha adalah bekas Pegawai Khas YB Jamal,orang lama dalam Pemuda PKR di zaman Hamdan Taha lagi.

Apa pun pakcik harap benor, semua saf Pemuda PKR Perak membawa misi yang berguna dan berfaedah untuk rakyat, jangan hanya bercakap tapi kerja "kosong"

TG NIK AZIZ HALAU UST NASA


Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya sebentar tadi,menyarankan
Ust Nasaruddin Timbalan Presiden PAS, agar menyertai UBN kerana sikap beliau yang ingin menwujudkan Kerajaan Perpaduan.(malaysiakini)

Sikap Pemimpin PAS kali ini terlalu agresif,tanpa mempedulikan nasihat TG Nik Aziz sebagai Mursyidul AM PAS.Sikap inilah yang diimpikan oleh UBN dalam menjayakan misi UBN itu sendiri. Orang mengantuk disorongkan bantal ditambah pula dengan tilam yang empuk..

Menurut kata-kata sahabat pak haji...Nik Abduh pun Tg Nik Aziz tak boleh nak control, inikan pula nak control Presiden dan Tim Presiden, menurutnya lagi,ketika ust Nakhie nak bawa idea CCC, puak-puak TG ini juga yang menolak sehinggakan Ust Nakhie di campakkan keluar daripada PAS.

Macam mana kalau Ust Nasa dan teamnya keluar PAS dan buka Parti baru? jawapan pak cik,boleh ke Ust Nasa buat macam tu..mustahil yop!!

Sebelum ini telah ada usaha-usaha yang dijalankan bagi mengantikan TG Nik Aziz sebagai Mursyidul AM PAS tapi tidak berjaya kerana tiada sapa yang berani menentang TG Nik Aziz.

TG Hj Hadi dan Ust Nasa teringin benar ke nak duduk dalam Barisan Kabinet DS Najib......?

PAS jangan terlalu bermegah....


salam perjuangan...
Setelah selesainya Muktamar PAS baru-baru ni, yang nyata isu Kerajaan Perpaduan yang diperdengarkan kepada Rakyat. Hampir semua kaum di Negara ini kelu, tidak berkata apa-apa..! Adakah PAS benar-benar ingin menjalinkan "Perpaduan" dengan UBN...?

UBN tu musuh politik PAS selama 50 tahun, tak kan kerana DS Najib telah jadi Presiden/ PM,
maka "golongan keduniaan" dalam PAS sanggup bersama dan duduk sebaris dengan UBN.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, dirampas didepan mata pepimpin PAS sendiri....tak ingat ke..?

PAS kini boleh "mendabik setinggi mana dada" mereka,kerana katanya semua kaum di negera ini telah pun memberi sokongan penuh kepada PAS...maka tidak perlu lagi PKR atau DAP dimasa akan datang,PAS boleh berdiri sendiri........eh! betoi ke ni?

Pak cik yakin, Pimpinan Ulamak di dalam PAS kini telah mula mengenal pasti siapa "Boneka UMNO". Golongan ini jugak lah yang telah menjahanamkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Barisan Pimpinan PAS Perak yang baru janganlah mempunyai sikap "keduniaan" yang berlebihan, kerana InsyaAllah selepas bulan September pasti akan ada PRK Negeri.Maka tentukanlah pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam membawa misi n visi PAS Perak bagi menghadapi PRK Negeri.
DPP Perak harus membuang sikap ego, sombong kepada rakan Parti. Hormatilah peranan AMK dan DAP Perak selepas ini. Janganlah terlalu mengatakan hanya yang beriman saja yang boleh memimpin Kerajaan.
sampaikan salam pada Pegawai Khas 1 MB (Amran) dan SETPOL MB ( Misbah) serta tulang belakang PAS ( Asmuni Alwi)..bermewahlah kamu dengan harta rakyat..

sekian,coretan pagi.

Selasa, 16 Jun 2009

BARISAN KEPIMPINAN AMK PERAK

SALAM PERJUANGAN ANAK MUDA...

Dengor ceritanya, Yb Yunus akan diangkat sebagai Ketua Pemuda PKR Perak yang baru.
Ketua Pemuda PKR Perak Anuar Zakaria kabarnya akan melepaskan jawatan kerana telah pun tamat tempoh dan ingin menumpukan tugas sebagai Setiausaha PKR Negeri Perak.

Perlantikkan YB Yunus telah mendapat restu hampir 80% daripada Ketua Pemuda PKR Bahagian.
Cuma, apakah tindakan Yb Kuala Kurau ini mampu menaikkan imej Pemuda PKR yang sering dilanda pergolakkan dalaman..satu persoalan, adakah Sdr Faisal Effendi Timbalan Ketua Pemuda PKR ini mampu mengekalkan jawatanya. Yb Yunus seorang yang cukup berpengalaman dalam menentukan barisan Pemuda PKR Perak

Bayangan saya, barisan kepimpinan ini hampir pasti berubah dalam 70% dan muka-muka baru pasti akan dibawa masuk bagi menjernihkan Pemuda PKR Perak.

Semoga Pemuda PKR Perak dapat memulihkan kembali imej PKR Negeri yang tercemar akibat lompatan yang terlalu jauh yang dibuat oleh YB Jamal serta YB Kapt Osman.

Tahiah YB Abdul Yunus Jamhari ADUN Kuala Kurau...!!!

Isnin, 15 Jun 2009

TURUNKAN KETUA CABANG PKR di PERAK....

Kini nasib Ketua - Ketua Cabang PKR di Perak macam nyawa di hujung tanduk.
Daripada maklumat yang boleh dipercayai beberapa Ketua Cabang akan berwajah baru. Antaranya yang akan diturunkan Kapt(B) Hj Usaili(Parit),Ust Zulkifli(Tambun), Hj Shaarani(Kampar),
Hj Hamzah(Lenggong), Fauzi Muda( Ipoh Barat), YB Tai ( Batu Gajah), Sdr Zubir( Tapah), Cikgu Onn ( Sg Siput), Robert Ngo( Beruas), Ust Suwardi(Lumut), Hj Mustaffa( Pasir Salak),
Azman ( Tg Malim) dan termasuk dalam senarai Hj Ismail Pengarah Piliharaya Negeri( Bkt Gantang) dijangka akan dicabar oleh orang kuat beliau sendiri. Selain dicabar mungkin akan ada yang mengundurkan diri secara terhormat.
Perlu diakui, kebanyakkan Cabang PKR di Perak "hidup segan mati tak mau". Reformasi perlu berlaku bagi memulihkan imej PKR yang jatuh merundum buat masa ini. Bayang sebuah Parti yang mempunyai nama yang besar menjadi senyap sunyi di Cabang. Dimana Ketua Cabang?

Berbalik kepada pemilihan Cabang akan akan diadakan dalam tempoh 6 bulan akan datang, beberapa nama disebut akan mengambil alih Cabang antaranya Sdr Faizal(Parit) yang telah pun menyatakan secara terang untuk melawan KC Parit Hj Usaili, Sdr Emiza ( Kampar) yang telah pun menyiapkan jentera bagi menentang Hj Shaarani KC Kampar, Sdr Azmi Ketua AMK Tapah telah pun mendapat restu KC Sdr Zubir yang telah meletak jawatan atas sebab kesihatan.
KC Lumut,Ust Suwardi kini tidak mampu lagi untuk menahan asakkan daripada "team B" yang telah mendesak supaya beliau melepaskan jawatan KC baru-baru ini. Bagi KC Ipoh Barat,Sdr Fauzi yang paling banyak menimbulkan masalah di Cabang pasti akan tumbang jua akhirnya apabila hampir 200 ahli Ipoh Barat akan melakukan reformasi bila-bila masa.
Bagi Cabang Tg Malim, Pemangku KC Sdr Azman telah ditolak secara mentah oleh AJK Tg Malim,kerana dikatakan punyai talian mesra dengan ADUN BEBAS Behrang. KC Batu Gajah,YB Tai pasti akan diturunkan secara terhormat oleh SU Cabang Sdr Shamsul yang dikatakan berminat untuk mengambil alih Cabang Batu Gajah.
bersambung....

Ahad, 14 Jun 2009

jahatnya puak-puak ni

ada usaha yang sedang dibuat oleh oarang tertentu dalam PKR Perak untuk singkirkan
Hj Osman sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak..
kita tengok saje dalam masa terdekat apa yang akan berlaku......