Pengikut

Isnin, 15 Jun 2009

TURUNKAN KETUA CABANG PKR di PERAK....

Kini nasib Ketua - Ketua Cabang PKR di Perak macam nyawa di hujung tanduk.
Daripada maklumat yang boleh dipercayai beberapa Ketua Cabang akan berwajah baru. Antaranya yang akan diturunkan Kapt(B) Hj Usaili(Parit),Ust Zulkifli(Tambun), Hj Shaarani(Kampar),
Hj Hamzah(Lenggong), Fauzi Muda( Ipoh Barat), YB Tai ( Batu Gajah), Sdr Zubir( Tapah), Cikgu Onn ( Sg Siput), Robert Ngo( Beruas), Ust Suwardi(Lumut), Hj Mustaffa( Pasir Salak),
Azman ( Tg Malim) dan termasuk dalam senarai Hj Ismail Pengarah Piliharaya Negeri( Bkt Gantang) dijangka akan dicabar oleh orang kuat beliau sendiri. Selain dicabar mungkin akan ada yang mengundurkan diri secara terhormat.
Perlu diakui, kebanyakkan Cabang PKR di Perak "hidup segan mati tak mau". Reformasi perlu berlaku bagi memulihkan imej PKR yang jatuh merundum buat masa ini. Bayang sebuah Parti yang mempunyai nama yang besar menjadi senyap sunyi di Cabang. Dimana Ketua Cabang?

Berbalik kepada pemilihan Cabang akan akan diadakan dalam tempoh 6 bulan akan datang, beberapa nama disebut akan mengambil alih Cabang antaranya Sdr Faizal(Parit) yang telah pun menyatakan secara terang untuk melawan KC Parit Hj Usaili, Sdr Emiza ( Kampar) yang telah pun menyiapkan jentera bagi menentang Hj Shaarani KC Kampar, Sdr Azmi Ketua AMK Tapah telah pun mendapat restu KC Sdr Zubir yang telah meletak jawatan atas sebab kesihatan.
KC Lumut,Ust Suwardi kini tidak mampu lagi untuk menahan asakkan daripada "team B" yang telah mendesak supaya beliau melepaskan jawatan KC baru-baru ini. Bagi KC Ipoh Barat,Sdr Fauzi yang paling banyak menimbulkan masalah di Cabang pasti akan tumbang jua akhirnya apabila hampir 200 ahli Ipoh Barat akan melakukan reformasi bila-bila masa.
Bagi Cabang Tg Malim, Pemangku KC Sdr Azman telah ditolak secara mentah oleh AJK Tg Malim,kerana dikatakan punyai talian mesra dengan ADUN BEBAS Behrang. KC Batu Gajah,YB Tai pasti akan diturunkan secara terhormat oleh SU Cabang Sdr Shamsul yang dikatakan berminat untuk mengambil alih Cabang Batu Gajah.
bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan