Pengikut

Khamis, 28 Mac 2013

MESYUARAT KABINET HANYA BINCANG PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN? KEH!KEH!



Najib Tun Razak akan bertemu dengan pemimpin parti komponen BN pada hari ini dan ada pihak yang mengatakan ia merupakan perbincangan terakhir sebelum pembubaran Parlimen.

Pegawainya mengesahkan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi BN di pejabatnya di Putrajaya bagi memuktamadkan pembahagian kerusi pilihan raya.

Kabinet menumpukan kepada perbincangan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan dan keputusan Program Transformasi Kerajaan, dan Najib tidak menunjukkan tanda-tanda bila beliau mahu mengadakan pilihan raya.

"Mesyuarat Kabinet semalam berjalan seperti biasa dan topik yang dibincangkan tidak ada yang luar biasa. Kami tidak langsung membincangkan mengenai pembubaran," katanya.

PR YAKIN KUASAI 7 NEGERI HARAPAN TAWAN PUTRAJAYA CERAH




Perlis , Perak dan Negeri Sembilan adalah dalam jangkauan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri Pakatan daripada empat pada 2008 kepada tujuh pada 2013. Dengan kemampuan untuk menawan Perlis dan Negeri Sembilan. Serta menawan semula Perak, harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya sangat cerah.

Selangor , Kedah , Pulau Pinang dan Kelantan diramalkan akan terus kekal di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Soalnya sampai bila Najib Razak terus membisu tentang tarikh pembubaran Parlimen.  Apa yang sedang Najib usahakan sekarang? Hari  ini 28/3, secara automatiknya Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 28/4 genap sebelum mulai hari ini. 

Dengan penyebaran beberapa gambar dan videosex yang dikatakan pimpinan PR adalah usaha yang sangat terdesak . Cara ini nampaknya dihalalkan oleh Najib dan sekutunya. Dan yang terbaru kononnya ada usaha pihak-pihak tertentu untuk membunuh bekas PM. Sungguh jelik dan jijik permainan UMNO . Adakah ini sebagai signal untuk Najib tidak membubarkan Parlimen?  

Najib kini melakukan 'jenayah demokrasi' apabila seolah-olah bertindak untuk menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas mandat lima tahun kerajaan sekarang berakhir?


Rabu, 27 Mac 2013

RAMBUT PANJANG TAK MENGAPA JANGAN TANGAN PANJANG

 gambo hiasan semata-mata



belum ada mana-mana negara jatuh bankrap kerana muzik rock....tapi negara boleh bankrap musnah jika pemimpin terlibat dengan rasuah salahguna kuasa zalim menyiksa rakyat...rakyat disesebuah negara berhak menentukan kerajaan yang dimahukan...pemerintah tidak boleh paksa...kerajaan yang terlalu lama memerintah pasti akan berlaku zalim...terus ingin berkuasa walaupun terang-terangan menyimpang amanah daripada rakyat...sedap duduk dikerusi empuk rakyat terus dimangsakan demi harta kuasa dan wang ringgit...tiada fakta untuk melawan hujah...fitnah sengaja direka-reka untuk menjatuhkan lawan... 

Seorang pemimpin negara, selalunya terlepas dari kesalahan-kesalahan besar yang mereka lakukan”. Contohnya apabila dikalangan pemimpin zalim ini disyaki pecah amanah, rasuah, jenayah pembunuhan, penipuan, skandal-skandal haram, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan sebagainya dan memang ada bukti mereka bersalah, tetapi mereka menang di kandang mahkamah dan ada dikalangan pemimpin zalim ini “menang” sebelum dimasukkan ke mahkamah lagi. Maka, adakah mereka akan selamat? dan sampai bilakah mereka boleh bebas ketawa? 

 Allah SWT tidak pernah tertidur atau mengantuk. Maka adakah orang yang zalim itu boleh bebas dengan kezalimannya ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Al Quran Karim yang menyatakan dengan jelas bahawasanya Allah SWT tidak mengantuk, apatah lagi tertidur (Surah al Baqarah : 255). Kita tunggu sahaja bilakah balasan terhadap mereka. Balasan tersebut akan di”kurnia”kan pada waktu yang selayak bagi kezaliman mereka. Mereka boleh sahaja terlepas daripada kesilapan mahkamah manusia, tetapi tidak mungkin boleh terlepas dari mahkamah Allah SWT. Allah SWT tidak pernah merasa mengantuk atau tidur, apatah lagi tidak mungkin Allah SWT itu tersilap, atau terlepas pandang. Maka, serahkanlah segala kezaliman mereka kepada Allah SWT. Usah bimbang, doa orang yang dizalimi itu sentiasa didengari Allah SWT



MATLAMAT SAYA PASTIKAN PAKATAN RAKYAT KALAH DI SELANGOR




Hasan Ali sedang meneliti perkembangan politik semasa di peringkat negeri dan nasional sebelum mengambil pendirian sama ada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.
 
Selain itu, beliau turut mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak sebagai pendekatan dalam memuktamadkan hala tuju politiknya.
 
"Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran Parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuanga.
 
Hasan berkata demikian sebagai respon kepada persoalan yang menghujani beliau sama ada akan bertanding pada PRU-13.
 
Selain terdapat gesaan untuk mempertahankan kerusi DUN Gombak Setia, katanya beliau turut dicadangkan untuk bertanding kerusi Parlimen seperti yang dilakukan pada PRU 1999.
 
"Ada juga di kalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu," katanya.
 
Bagaimanapun, jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkang tidak memenangi PRU13.
 
"Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat di Selangor untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja. 
 
"Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang," katanya.
 

KALAU TAK BERANI BUBAR PARLIMEN LETAK SAJA JAWATAN




Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri.

Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi.


LEBIH JAHAT DARIPADA IBLIS. LAKNAT!!


Lain yang diharapkan, lain pula yang bakal terjadi. Rakyat menantikan bila nak bubar parlimen, video seks pula yang bakal keluar. Macam pantun 2 kerat pula.

Tak cukup dengan pendedahan gambar mirip Anwar Ibrahim dengan lelaki gay.
 
 Kalau sebelumnya ini dakwaan terhadapnya bapanya, kini timbulnya pula gosip politik yang mengatakan akan keluar versi terbaru miliknya yang merupakan anak kepada Anwar Ibrahim video seks iaitu video seks Nurul Izzah. Tidak cukup dengan itu….
 
Selain Video Nurul Izzah, dikatakan video seks Khalid Ibrahim, video seks Azmin Ali juga akan sedang dipersiapkan dan bakal digunakan dan dibongkarkan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak.



GUGUR CALON UMNO YANG TAMAT TARIKH LUPUT.KEH!KEH!




Pokok mati harus ditebang dan dibuang supaya pokok baru dapat ditanam,” kata Mahathir menyokong kenyataan Daim kepada pemberita.

Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata: "Uji beliau. Berikan beliau mandat.

TIADA CALON PKR DI PARLIMEN SG SIPUT?



Sah PKR tidak akan meletakkan calon di Parlimen Sg Siput...maka PSM akan bertanding menggunakan lambang PSM...ini katanya telah dipersetujui di peringkat pimpian pusat. Dan bersedialah nampaknya untuk terima tentangan daripada PKR Cabang Sg Siput dan juga calon-calon bebas......tunggu saja apa yang akan berlaku seterusnya.

DUN NEGERI SEMBILAN APE MACAM?




DUN Negeri Sembilan adalah negeri pertama yang berakhir pada tengah malam ini.

Persoalan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang akan mentadbir Negeri Sembilan selepas pilihan raya umum ke-13, masih tidak dapat diramalkan dengan jelas kerana kedua-dua pihak dilihat mempunyai peluang yang sama rata.

Dengan situasi itu, pemerhati politik berpendapat, pertembungan dua musuh tradisi dalam situasi yang dianggap sebagai "ibu segala pilihan raya" itu kini ibarat "buku bertemu ruas".




Selasa, 26 Mac 2013

SAYA TIDAK AKAN BUBARKAN DUN PERAK SELAGI NAJIB TAK BUBAR PARLIMEN





Dewan Undangan Negeri Perak akan terbubar dengan sendirinya pada 25 april ini jika tiada pengumuman pembubaran dalam tempoh sekarang sehingga tarikh berkenaan.  

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Perak bagaimanapun tidak berhasrat untuk memilih tarikh lain pilihan raya seperti Selangor. 


Katanya, Perak akan menunggu arahan lanjut daripada Perdana Menteri mengenai perkara itu.

BUKAN DESAS DESUS 27/3 MEETING KABINET TERAKHIR



 Rabu 27/3/2013 Mesyuarat terakhir kabinet kerajaan barisan nasional...Najib telah bersedia untuk membubarkan parlimen...tahniah Muhd Najib bin Tun Hj Abdul Razak..tunggu saja pengumuman daripada Putrajaya...sekian!

 

BUBAR 5/4 PENAMAAN CALON 13/4 MENGUNDI 27/4....?




Prinsip dan pendekatan yang diambil oleh kerajaan tentang memilih tarikh pilihan raya sudah lapuk. Apa perlunya tarikh itu hanya menjadi hak peribadi seorang Perdana Menteri.

tarikh PRU13 harus ditetapkan lebih awal seperti berlaku di tempat lain.


lebih dua tahun kita kita tunggu... kita dah penat... ini amalan kurang sihat, kita perlu ubah cara ini, sejak 2010 lagi kita dah dengar bermacam-macam spekulasi Parlimen nak bubar. Tapi hingga sekarang Najib gagal berbuat demikian. Sekiranya BN yakin menang apa perlu melambat-lambatkan Pilihanraya Umum ke 13.


Najib sudah bosan?

PERAK PEREBUTAN KUASA PEMERINTAH ANTARA BN DAN PR



PILIHAN RAYA Umum ke-12 (PRU12) meninggalkan impak paling mendalam dalam dunia politik negara dan Perak menjadi salah satu negeri paling disebut- sebut lantaran konflik ‘perebutan’ kuasa pemerintah yang berlaku sekitar penghujung 2008 dan awal 2009 lalu.

Siapa pun tidak dapat menafikan Perak berjaya dirampas Pakatan Rakyat (PR) yang membentuk kerajaan pada 2008, namun tiada sesiapa juga dapat menolak hakikat bahawa pemerintahan yang hanya bertahan 11 bulan itu akhirnya tumbang sebelum dikembalikan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Meskipun pelbagai pergolakan dan peristiwa berlaku (paling diingat pastilah krisis lompat parti dan jawatan MB tidak diiktiraf), usaha BN untuk terus membangunkan Perak berjaya ‘menutup’ pandangan sinis pembangkang dan rakyat yang terus mempersoalkan pembentukan BN di negeri ini.

Cakap-cakap orang, usaha BN untuk mempertahankan pemerintahan bukan sesuatu yang mustahil, bagaimanapun ia perlu diiringi kerja keras yang maksimum, 200 peratus lebih daripada PRU sebelumnya.

Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi sandaran Pas, DAP dan PKR pastinya tidak mudah menyerah kalah apatah lagi 19 kerusi daripada 24 Parlimen dan Dun (59) kini dikategorikan sebagai kerusi bahaya apabila merekodkan majoriti sedikit di bawah paras 1,000 undi antara 14 hingga 916 undi sahaja.

Daripada jumlah 19 kerusi berkenaan, BN dilihat berada dalam kedudukan agak berbahaya apabila 11 kerusi yang dipegang termasuk satu di Parlimen Lumut hanya merekodkan menang tipis dengan lawan masing-masing.

Paling mencuri tumpuan pastinya empat kerusi Dun yang hanya merekodkan semua majoriti undi di bawah 100 iaitu Pengkalan Baharu, Kubu Gajah, Lubok Merbau dan Alor Pongsu.

Dun Pengkalan Baharu hanya meraih majoriti 14 undi menerusi penyandangnya, Datuk Hamdi Abu Bakar. Ketua Penerangan kerajaan negeri itu menang dengan 5,375 undi sedikit mengatasi Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain yang mendapat 5,361 undi.

Berada di belakang Pengkalan Baharu ialah Dun Kubu Gajah.
Calon Pas, Mohd Nadzri Din kalah 66 undi kepada calon Umno, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mendapat 4,114 undi.


Di kerusi Lubok Merbau, majoriti 72 undi yang diraih Pas menerusi Mohd Zainudin Mohd Yusof masih belum selamat untuk parti itu menang pada PRU kali ini.

BN pastinya mahukan kerusi yang selama ini dikuasainya itu kembali kepada mereka memaksa Pas untuk bekerja keras mengekalkan kemenangan.


Kerusi Alor Pongsu pula yang disandang Datuk Sham Mat Sahat selama dua penggal dilihat goyah apabila daripada 3,416 majoriti undi diraih pada PRU11 turun mendadak kepada 95 sahaja untuk menang ke atas calon PKR.


Keadaan itu pastinya memberi kelebihan kepada PKR untuk terus memancing undi.

Melihat kepada senarai itu, PRU13 ini bakal menjadi medan pertembungan sengit antara kedua-dua parti untuk sama-sama menambat hati baki pengundi yang dirasakan condong kepada mereka.

Malah, tidak salah kalau dikatakan pengundi atas pagar bakal  menjadi penentu kepada parti mana yang menang dan inilah masa yang tepat untuk pengundi menunjukkan kuasa.

Jika sebelum ini, Umno seolah berpegang kuat kepada kerusi pengundi Melayu tertinggi menyokong mereka, nampaknya latar belakang itu tidak lagi praktikal.

PRU12 sudah membuktikan, lokasi majoriti Melayu seperti di Manjoi, Selama, Rungkup, Kamunting, Sungai Rapat dan Trong yang memiliki lebih 60 peratus pengundi Melayu menang tipis meskipun ia dilabel kerusi keramat parti itu.

Peletakan calon Pas di keenam-enam kerusi berkenaan berjaya mengurangkan jumlah majoriti dengan perbezaan yang ketara.

Di Manjoi, Datuk Nadzri Aziz terus  kekal di kerusi berkenaan apabila memperoleh 348 undi lebih daripada Zulkurnaini Ibrahim. Penyandang kerusi Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff pula menang dengan majoriti 355 untuk menundukkan Abu Husin Mohamad.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shaarani Mohamad pula dengan majoriti 454, di Kamunting, Muhamad Apardi Shaari tewas dengan 555 undi kepada Exco Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Zahir Khalid. 

Ketua Penerangan Wanita Umno Pusat, Datuk Hamidah Osman yang dicabar Radzi Zainon pula berjaya mengekalkan kerusinya dengan kelebihan 636 undi dan Datuk Rosli Husin yang pada asalnya memperoleh 3,020 majoriti undi pada PRU11 terpaksa berpuas hati apabila hanya meraih kelebihan 916 undi untuk terus kekal menjadi wakil rakyat di Trong.

Lumut menjadi satu-satunya kerusi Parlimen bagi BN yang tersenarai antara menang tipis apabila calon MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima kelebihan undi 298 daripada calon PKR.

PKR yang menerima suntikan melalui kesediaan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di negeri ini pasti mahu menambah bilangan kerusi selain terus mengekalkan rekod tujuh kerusi dun dan tiga kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU12 lalu.

Bagaimanpun, perincian perlu diberikan kepada tiga kerusi sedia ada apabila kejayaan yang diraih itu hanya sekadar kekalahan tipis BN masingmasing di Dun Teja, Kuala Kurau dan Kuala Sepetang.

Teja menerusi Chang Lih Kang hanya menang dengan 175 majoriti undi menewaskan calon MCA.

Di Kuala Kurau yang kini hangat dengan perdebatan isu pertukaran calon antara parti kompenan BN merekodkan PKR menang dengan majoriti 467 menewaskan calon Umno, Mohd Salleh Mat Disa yang sebelum ini menang dengan majoriti 2,479 pada PRU11.

Situasi sama juga berlaku di Dun Kuala Sepetang apabila Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 kepada penyandangnya, See Tean Seng.

Bagaimanapun, krisis penolakan calon luar yang disuarakan peringkat cabang PKR akhir Februari lalu mungkin boleh dijadikan senjata BN bagi meraih kembali kepercayaan pengundi.

Kejutan pengumuman Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di Dun Changkat Jering dilihat mungkin akan memberi sedikit kelainan kepada kerusi Pas kali ini.

Namun, dalam kesibukan mengatur kuota, tiga daripada enam kerusi dun yang dimenangi pada PRU12 lalu juga sebenarnya berada dalam keadaan berisiko.

Selain Dun Lubok Merbau, kerusi Selinsing dan Changkat Jong juga berisiko untuk dirampas BN apabila hanya merekodkan jumlah majoriti rendah iaitu 547 dan 899.

Di Selinsing, pengaruh bekas wakil rakyatnya, Datuk Zaili Cha dilihat masih tinggi meskipun tewas kepada Husin Din.

Kelebihannya sebagai wakil rakyat selama dua penggal pasti akan digunakan sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti itu.

DAP yang menunjukkan rekod cemerlang pada PRU12 lalu dengan menang di semua 18 kerusi Dun ditandingi tidak semestinya perlu berasa lapang dada.

Sekiranya ingin meneruskan penguasaan itu, dua kerusi masing- masing di Kepayang dan Pokok Assam memerlukan strategi apabila kedua-dua kerusi hanya menang dengan majoriti 490 dan 865 undi ke atas calon MCA.

Kerja keras yang ditunjukkan jentera MCA terutama pengaruh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga Pengerusi MCA Perak pasti akan memberi kelebihan kepada parti itu untuk melawan habis-habisan calon DAP di dua kerusi berkenaan.


Berdasarkan pengumuman dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, semalam tidak mustahil tujuh daerah yang disenaraikan sebagai lokasi ‘hot spot’ di sekitar negeri ini berada dalam 19 senarai kerusi seperti yang dinyatakan.

Apapun kita percaya, dengan situasi politik matang yang ditunjukkan pada masa kini, samada pengundi, penyokong mahupun pimpinan parti tidak akan mencetuskan ketegangan semata-mata mahu merekodkan kemenangan.



-SH-

Isnin, 25 Mac 2013

PAS PKR DI PERAK SILA BERDAMAI JIKA MAHU MENANG!!!!

Pakatan Rakyat di Perak jangan terlalu selesa dengan andaian akan merampas balik negeri daripada Umno/BN. 
DAP  yang bertanding 18 kerusi Dun sudah pasti menang 100%. Bagaimana dengan PKR??

PKR akan bertanding 20 kerusi Dun. Kerusi yang dijangka menang dengan selesa Simpang Pulai..Teja.. Hutan Melintang dan Kuala Kurau. Ini adalah kerana prestasi calon. Lagi 16 Dun PKR perlu tingkat usaha terutamanya di Dun Changkat Jering dan Behrang. Kedua-dua Dun ini seperti yang semua tahu adalah kepunyaan bekas Adun PKR yang menjadi Bebas. Perlu calon yang baik kalau PKR berhajat untuk rampas balik kerusi tersebut. 

Pas pada PRU 12 menang 6 Dun. Dari pengamatan PAS hanya pasti menang Dun Semanggol dan Selising. Dan mungkin akan menang di Dun Sg Rapat...baru 3 kerusi. Lagi 3? 

Pakatan Rakyat di Perak mesti selesaikan pembahagian kerusi dengan segera...terutamanya antara PAS dan PKR...berebut kerusi tak habis-habis. Begitu juga keengganan PAS untuk memberi kerjasama di Dun Kenering...Kota Tampan...Alor Pongsu dan Tualang Sekah.

Dibawah ini adalah analisa terkini yang dibuat oleh blogger thecybersnipe
PA

kurang jelas...klik bagi jelas..keh!keh!


 

Ahad, 24 Mac 2013

PRU 13-SEMUA CALON PR AKAN GUNA LAMBANG PKR?



Calon DAP akan bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS sekiranya pendaftaran parti itu digantung sebelum hari penamaan calon diadakan, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Ini kerana kita bimbang serta tidak mahu calon DAP kucar-kacir, kerana tidak boleh menggunakan simbol parti untuk bertanding dalam pilihan raya. Kita juga tahu parti mungkin digantung sementara menunggu siasatan dijalankan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Karpal berkata DAP telah memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam siasatan berhubung kontroversi keputusan pemilihan parti itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan semua siasatan yang dijalankan perlu dilaksanakan secara adil.

“Semua usaha yang dibuat oleh ROS adalah memastikan setiap parti dibenarkan menggunakan simbol mereka pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Jumaat, 22 Mac 2013

SIAPA CALON DUN BEHRANG MUNGKIN AKAN TERJAWAB MALAM INI?

ADUN Behrang  Jamaluddin Mohd Radzi mungkin akan terus bertanding atas tiket BEBAS sekiranya kerusi tersebut kekal kepada MIC 
Jamaluddin bekas ADUN PKR meninggalkan Pakatan Rakyat semasa berlakunya krisis dalaman Kerajaan PR di Perak.


PKR akan meletakkan calonnya di DUN Behrang. Persoalanya siapa? Malam ini Ketua UMUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan ceramah di Batu 8 Behrang Ulu, Tg Malim jam 9.00 malam. 

Pas juga dikatakan amat berminat untuk meletakkan calonnya di DUN Behrang. PAS berkali-kali menuntut kerusi tersebut atas alasan calon PKR PRU 12, Jamaluddin melompat dan isytihar sebagai Adun BEBAS.
Dari maklumat yang disampaikan berkemungkinan Ketua UMUM PKR akan mengumumkan calon yang akan bertanding di DUN Behrang. Nantikan pengumuman tersebut! 

SAYA MASIH BERMINAT UNTUK BERTANDING- SYED BOTAK



Tan Sri Syed Hamid Albar menyerahkan keputusan kepada Pengerusi BN DS Najib Tun Razak sama ada beliau akan dicalonkan semula atau tidak untuk kerusi Parlimen Kota Tinggi.

Syed Hamid berkata, beliau tiada menyuarakan mengenai kesediaan untuk tidak bertanding semula pada kerusi Parlimen Kota Tinggi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak menyuarakan pandangan itu," katanya kepada pemberita.

Syed Hamid mengulas ada antara pemimpin veteran BN yang menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya kali ini.

Sebelum ini, Akhbar The Star melaporkan bahawa BN akan menggugurkan sekurang-kurangnya 40% calon veteran pada PRU-13 nanti untuk memberi laluan kepada muka-muka baru.

TAN SRI MD HASHIM LAWAN TAN SRI SHARIR SAMAD DI PARLIMEN JOHOR BAHARU?




Desas desus kini bertiup kencang apabila bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein - yang baru menyertai PKR  dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Johor Baharu. 

Md Hashim dijangka bertanding menentang penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad. 
Johor Baharu merupakan kubu kuat Shahrir sejak sekian lama dan beliau pernah bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil akhir 1980-an.


Dikatakan seorang lagi bekas panglima tentera darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di kerusi Pasir Gudang. Manakala menurut satu lagi sumber, kedudukannya bertanding di situ masih belum dimuktamadkan. Pasir Gudang diwakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin. Beliau menang dengan majoriti 17,281 undi menentang calon PKR Md Rizan Mohd Saman.

Datuk Idris Jauzi turut disebut-sebut untuk bertanding di Batu Pahat.


 Datuk Chua Jui Meng yang juga Pengerusi PKR Johor akan bertanding di parlimen Segamat yang kini diwakili oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam.

SPR KATA KEMPEN LAMA-LAMA MENGANGGU KEHIDUPAN



Tempoh berkempen terlalu lama membazir wang, masa dan tenaga semua pihak terlibat, malah ia juga boleh mengganggu kehidupan masyarakat, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad menegaskan, alasan pembangkang mendakwa tempoh berkempen pada masa sekarang tidak mencukupi tidak masuk akal kerana dengan kecanggihan teknologi, mereka mampu menyebarkan latar belakang calon dengan mudah.


“Tak lojik kerana majoriti rakyat memilih parti walaupun ada pengundi yang memilih calon.


“...jika calon baru yang bertanding sekalipun dengan teknologi media hari ini dalam beberapa hari, gambar dan biodata calon boleh tersebar luas dan rakyat mengetahui siapa calon itu.


“Tempoh kempen 21 hari pernah dilaksanakan dalam pilihan raya di negara kita pada tahun 60an dan 70an semasa negara masih mundur, tiada segala kemudahan infra moden, tiada kecanggihan teknologi media dan internet seperti yang ada sekarang,” jelas beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan pemimpin Pakatan Rakyat pada 14 Mac lalu yang mahu SPR menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari. Perkara yang sama diulangi awal minggu ini.


Kali ini SPR akan memperuntukkan tempoh berkempen minimum 11 hari.


Katanya, tempoh yang lama tidak menjamin sesebuah parti itu akan menang kerana pengundi pada masa ini membuat pilihan atas penilaian terhadap isu yang dimain dan diperjuangkan mana-mana parti.


“Rakyat telah begitu kenal pemimpin, dasar dan perjuangan sesebuah parti itu, maka tidak begitu perlu untuk kempen yang panjang,” ulasnya sambil menyifatkan sejak 2009, semua parti politik telah memulakan kempen tanpa henti-henti hingga saat ini menerusi pelbagai medium dan cara.


Tambah beliau, tempoh kempen sedia ada tidak perlu dikaji semula demi kehendak sekelompok kecil parti politik pembangkang, sekali gus tidak membeban pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan sepanjang proses berkempen.


“Jika tempoh kempen panjang dan terlalu lama, polis terpaksa bertugas siang dan malam 24 jam untuk menjaga kententeraman awam, menguatkuasakan undang-undang dan lain-lain,” katanya.


ABANG HISHAM NAFI AGBIMUDIN PERNAH JADI ADO?



Datuk Seri Hishamuddin Hussein menafikan dakwaan PKR bahawa Agbimudin Kiram yang mengetuai kumpulan penceroboh bersenjata Sulu di Sabah memiliki kewarganegaraan Malaysia dan pernah bekerja di Pejabat Daerah Kudat.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, terpulang kepada PKR untuk mengesahkan dakwaan itu dengan pihak berkuasa.

Hishamuddin menegaskan kerajaan bagaimanapun tidak akan melayan mana-mana pengganas berbeza walaupun terbukti individu tersebut adalah rakyat Malaysia.

"Pengganas tetap pengganas, sama ada dia warga Malaysia atau tidak.

"Apa yang penting adalah dia (Agbimuddin) telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Malaysia. Pendirian saya, apa-apa tindakan yang diambil yang diambil berdasarkan keselamatan dan kedaulatan negara," kata beliau dalam sidang media semalam.

Pengarah Strategi PKR Rafiz Ramli dalam pendedahan terbarunya mendakwa terdapat bukti dokumen yang mengesahkan Agbimudin adalah rakyat Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Kudat pada tahun 1974.

Maklumat tersebut dakwa Rafizi diperolehi dai senarai kakitangan 1975, Perkhidmatan
Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Khamis, 21 Mac 2013

LIM KIT SIANG-SALAHUDDIN AYUB BUNUH DIRI?




Keputusan dua tokoh politik pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di Johor bukannya dilakukan secara terburu-buru malah ia dilakukan dengan teliti dan strategi baru susulan wujudnya kecenderungan untuk menang sekali gus mampu menawan sebahagian besar kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Walaupun banyak persepsi negatif cuba ditimbulkan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan dua tokoh terbabit boleh tewas dan menyifatkan mereka tidak menghargai pengundi kerusi semasa, namun dengan mengambil kira komposisi pengundi khususnya kaum Cina, Kit Siang dan Salahuddin yakin dapat menarik sokongan untuk memenangkan Pakatan Rakyat (PR).


“Saya fikir mereka masuk bertanding di tempat baru ada strategi terbaru, ada kecenderungan untuk menang, bukan masuk (Johor) buta saja.

“... dua tokoh itu dah buat percaturan dan kira tahap sokongan mungkin ada peluang menang, saya tak fikir mereka masuk bertanding ke sana untuk bunuh diri,” kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.


Sehubungan itu, Mustafa menasihatkan Umno-BN agar tidak memandang rendah kepada perkembangan politik pembangkang yang sanggup tidak mempertahankan kawasan yang dimenanginya pada pilihan raya 2008 dan bertukar kawasan baru untuk bertanding pada PRU13 akan datang.


“BN tak boleh ambil mudah tentang perkembangan ini, pembangkang tukar kawasan bertanding.


“... Umno tak boleh pandang mudah mereka ini nak bertanding di Johor,” jelasnya sambil menyifatkan pilihan raya itu sebagai masuk ke medan perang dan tindakan Kit Siang dan Salahuddin masuk ke kubu kuat BN sebagai sesuatu yang berani.


Beliau tidak menafikan tindakan dua tokoh pembangkang itu sebagai menempah maut dan tidak juga menafikan harapan untuk mereka memperoleh kemenangan itu mungkin akan menjadi kenyataan.


“Kalau Perdana Menteri bertanding dalam kubu kuat Pas pun belum tentu boleh menang.


“... begitu juga menteri Kabinet yang popular jika bertanding di kawasan yang salah pun mungkin dia akan kalah,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah hanya untuk meredakan perebutan kerusi antara PKR dan DAP, beliau tidak menafikan kemungkinan itu kerana kedua-dua parti terbabit cuba berebut pengaruh dan undi kelompok pengundi yang sama iaitu kaum Cina.


Katanya, dalam pergeseran itu, Pas juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pertandingan sengit di Johor itu nanti.

“DAP dan PKR nakkan undi Cina, ada sedikit pergeseran, begitu juga Pas pun nak bertanding di sana, ada hasrat tawan Johor.
"... Pas tumpang semangkuk, kalau PR menang di Johor, Pas tidak mahu tiada wakil daripada mereka, sebab itu Pas pun nak bertanding di sana,” ulasnya.


Bagaimanapun katanya, Pas perlu memilih kawasan campuran yang mempunyai jumlah pengundi Cina yang besar jika ingin menang pada PRU13 nanti.


“Kalau DAP dan PKR sanggup beri kepada Pas, mungkin Pas boleh menang,” katanya.

Isnin lalu, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13.


Pengumuman itu dibuat pada majlis sambutan ulang tahun ke-47 DAP di Skudai, Johor.


Kerusi Gelang Patah menjadi punca kepada pertikaman terbuka pemimpin-pemimpin PKR dan DAP peringkat negeri Johor bulan lalu.


Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian pula mengumumkan keputusan beliau untuk bertanding dan kembali ke negeri asalnya pada April lalu.



Beliau masih mempertimbangkan tiga kawasan untuk ditandinginya iaitu Batu Pahat, Pulai dan kampung halamannya di Tanjong Piai.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menyifatkan tindakan PR meletakkan dua tokoh besar tersebut bertanding di kerusi Parlimen Johor sebagai satu strategi politik untuk menggempur kubu kuat BN di negeri itu.

Bagaimanapun katanya, keputusan menukar kawasan bertanding itu bukan muktamad lagi dan sebarang kemungkinan boleh berlaku pada saat akhir sehingga hari penamaan calon nanti.


“Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayub pada masa ini mahu bertanding di Johor, tidak mustahil pada saat akhir mereka boleh tukar fikiran sebab kita tahu Gelang Patah kawasan kelabu buat PR.

"... saya percaya bertanding di luar kawasan mereka (Ipoh Timur dan Kubang Kerian) sebagai strategi politik pembangkang untuk gegar kubu kuat BN di Johor,” katanya.


Bagaimanapun katanya, PR akan mendapat peluang yang cerah di Johor sekiranya mereka meletakkan calon yang menarik dan berwibawa walaupun ia dilihat sebagai percubaan baik untuk menggoyah kubu kuat BN yang selama ini menjadi “fixed deposit” kepada mereka.


“Mereka tak akan letak di tempat yang pasti kalah, tempat seperti Gelang Patah adalah kawasan kelabu buat PR, tapi PR berharap sokongan rakyat akan berubah.


“PR merasakan pilihan raya kali ini adalah peluang baik kerana ada perubahan daripada segi demografi pengundi dan sokongan rakyat khususnya kaum Cina.

“... kita tengok angin perubahan itu walau Johor kawasan kelabu kepada PR, namun jika mereka letak calon yang menarik dan wibawa, mungkin mereka akan menang di sana.


“Sebab itu, PR tawar dua tokoh ini, PKR pun cari tokoh besar yang boleh lonjakkan perhatian pengundi,” katanya.


Meskipun umum mengetahui BN terlalu bergantung kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu, namun kehadiran pengundi baru pertama kali dan pengundi orang muda mungkin akan mengubah keputusan pilihan raya nanti.


Bagaimanapun dua golongan pengundi itu dakwanya masih mempunyai sentimen memihak kepada BN tetapi mereka juga mempunyai kecenderungan sedikit kepada PR.


Dalam pada itu, sekiranya Kit Siang dan Salahuddin tewas dalam percaturan tersebut, ia akan memberi tamparan hebat kepada PR sekali gus pembangkang akan kehilangan dua tokoh besar itu dalam arena politik buat sementara waktu.


Sehubungan itu, katanya PR perlu lebih berhati-hati dalam meletakkan calonnya di Parlimen Johor kerana hanya mereka yang benar-benar berwibawa dan dikenali ramai.


PR tidak mempunyai kekuatan jentera di Johor, mereka perlu memastikan muka-muka baru yang akan ditampilkan nanti sudah dikenali rakyat setempat agar mudah kerja-kerja berkempen dilakukan sekali gus memberi peluang yang cerah untuk menang pada PRU13 nanti.


“Johor bukan kawasan pilihan PR, jentera PR tak kuat di Johor, tidak seperti di tempat-tempat lain.

“....Pilihan Raya Kecil Tenang banyak beri pengajaran, calonnya Cikgu Normala dapat sokongan Cina hampir 80 peratus ketika itu, namun beliau tewas kerana pengundi di kawasan Felda masih beri sokongan kepada BN.

“Jika calon dikenali dan ada nama diletakkan bertanding, mungkin mudah sikit untuk dibawa kempen, jika muka baru dan tidak dikenali agak sukar jentera PR untuk berkempen,” katanya sambil menyifatkan PRK Tenang membuktikan PR berpeluang menembusi kubu kuat BN sekali gus menjadi laluan sukar buat Umno khususnya yang bergantung kepada undi Melayu.




-SH-

GOMOI TOMOI SOMOI


Ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah ditawarkan imbuhan lumayan oleh pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik balik dakwaan beliau berhubung video seks membabitkan Ketua Pembangkang itu dua tahun lalu, kata Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau memberitahu sebuah sidang akhbar bahawa Eskay tidak hadir bersamanya atas sebab-sebab keselamatan diri.

Tuduhan seks haram oleh Eskay itu pada tahun 2011 berpaksi kepada rakaman video seorang lelaki mirip wajah Anwar melakukan persetubuhan dengan pelacur berkenaan.

Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan dirinya mangsa satu lagi konspirasi Umno.

Eskay sebelum ini mengaku beliau mengatur untuk video itu dirakamkan secara sulit sebelum mendedahkan rakaman itu kepada orang ramai bersama Rahim dan bekas Bendahari PERKASA Shuaib Lazim.

Rahim mendakwa orang suruhan Anwar membuat tawaran kepada Eskay untuk menggugurkan tuduhan itu.

“Eskay telah diekori sebelum dihubungi untuk menerima tawaran itu. Beliau diminta menandatangani kenyataan bersumpah ..mengenai dakwaan sebelum ini. Sebagai balasan beliau (Eskay) akan diberikan wang sebanyak yang dihendaki,” katanya.

Dakwaan Rahim itu adalah kemelut terbaru Anwar yang kini berdepan dengan satu lagi tuduhan seks, kali ini dengan seorang lelaki.

Usaha Antarapos untuk mendapatkan reaksi daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bersabit dakwaan terbaru Rahim itu tidak membuahkan hasil.

Terdahulu, Blog Papagomo menyiarkan beberapa gambar seorang lelaki mirip Anwar berkelakuan ranjang dengan seorang lelaki. Blogger itu berkata beliau akan muat naik rakaman penuh video itu dalam tempoh beberapa jam.

Pagi tadi, peguam Anwar memfailkan saman fitnah terhadap blogger berkenaan.


JANGAN TUKO KERAJAAN YANG ADA-KEH!KEH!



Bereksperimen dalam memilih kerajaan bukanlah tindakan bijak kerana jika tersilap pilih kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.

Penganalisis politik, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata pembentukkan sebuah kerajaan baharu ibarat mendirikan sebuah rumah tangga bagi menjamin kestabilan hidup pada masa depan.

Menurutnya, dalam pembinaan sesebuah negara, rakyat tidak patut membuat eksperimen kerana soal masa depan negara tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

"Rakyat perlu sedar keadaan hari ini sudah stabil walaupun pelbagai dugaan dan tohmahan dihadapi kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainal Abidin, bekas profesor madya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata kerajaan Barisan Nasional(BN) telah membuktikan mereka mampu menjalankan pemerintahan yang mantap demi kebaikan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) semalam mengingatkan rakyat jangan bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan akibat pilihan yang salah.

"Walau apapun manifesto yang dijanjikan oleh pembangkang, rakyat mahu melihat bukti dan inilah yang telah ditunjukkan BN melalui pemerintahan yang berintergriti dan pemimpinnya yang bijak," kata Zainal Abidin.
Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata apa yang dinikmati hari ini sudah memadai dan rakyat tidak perlu menukar kepimpinan negara kepada kepimpinan baharu.

"Sebagai bekas pesara kerajaan, saya selalu berpegang kepada "benda" yang lama, jangan mengharapkan pada perkara yang dijanjikan yang masih belum pasti," katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata peringatan perdana menteri itu demi kebaikan rakyat.

"Program GTP ini perlu diberi masa, saya takut apabila bertukar kerajaan kelak, segala program kerajaan sekarang untuk membantu rakyat belum tentu diteruskan," katanya. - 



BERNAMA

PAKATAN RAKYAT PERAK JANGAN LUPA PERISTIWA INI.



4 FEBRUARI, 5.00 PETANG:Di PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan sidang media khas mengumumkan Adun Bota, Datuk Nasarudin kembali menyertai Bn dan tiga lagi ADUN PKR menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong BN

4 FEBRUARI, 4.30 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar mengadap Sultan Perak.

4 FEBRUARI, 3.30 PETANG:Di IPOH: Sidang media Menteri Besar Perak ditunda pada waktu petang.

4 FEBRUARI, 2 PETANG:Di IPOH: Sidang media Menteri Besar Perak ditunda pada waktu petang.

4 FEBRUARI, 1 TENGAH HARI:Di IPOH: Menteri Besar Perakdijadual mengadakan sidang media.

4 FEBRUARI, 11.0 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan. Mesyuarat exco akan diadakan pada Jumaat.

1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.

1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.

1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.

1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.

30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.

29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

25 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

---------------------

 Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar daripada Pakatan.

Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.
Daripada empat yang keluar hari ini termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.
Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak kini mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu berikutan keputusan yang diambil empat ADUN berkenaan.

"ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah maklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar dari parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.

"Mereka telah beri mandat kepada saya selaku Pengerusi BN Negeri untuk mencalonkan nama Menteri Besar dan memberi aku janji akan bersama dan memberi sokongan kepada Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN dan diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh empat ADUN berkenaan.

Berikutan perkembangan itu, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Najib berkata, walaupun BN mempunyai jumlah kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN dalam DUN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN dan mempertahankan BN.

"Mereka tidak menyertai BN tetapi mereka adalah 'friendly independent' yang akan menyokong dan mempertahan BN dalam Dewan," katanya.

Najib berkata, sejajar dengan perkembangan ini, beliau akan menghadap ke bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak dalam masa terdekat untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN Perak mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baru.

Najib berkata, Fasal 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletak jawatan bersama anggota exconya.

Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu telah memaklumkan kepada Speaker DUN Perak selain Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP hari ini bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.

Mengenai tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pembubaran DUN hari ini tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Azlan Shah, Najib berkata hanya Sultan Perak yang boleh memperkenankan pembubaran DUN.

Najib menyifatkan perkembangan terkini sebagai bermulanya era baru di Perak.

Menjawab soalan, Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu membuat keputusan berdasarkan kerelaan masing-masing tanpa habuan atau sogokan.

Berhubung dakwaan kes rasuah yang sedang dihadapi oleh Jamaluddin dan Mohd Osman, Najib berkata: "Itu adalah isu berbeza dan saya tidak boleh jawab mengenainya".

Ditanya sama ada perkembangan ini akan menjadi halangan kepada pembangkang dalam usaha mereka untuk membentuk kerajaan, Najib berkata, hasrat menubuhkan kerajaan dengan cara yang tidak berdemokrasi telah dimulakan terlebih dahulu oleh pembangkang.

"Ada orang yang nak tubuhkan kerajaan pada 16 September sebelum ini.

"Sudah tentu mereka (pembangkang) tidak sangka ini akan berlaku tetapi mereka yang mulakan konsep tubuh kerajaan tanpa prinsip demokrasi," katanya.

Ditanya sama ada akan ada lagi wakil rakyat daripada pembangkang yang akan menyertai BN, Najib berkata:"Kita akan tengok kepada perkembangan yang akan berlaku."



sumber: Arkib Mstar

ONG TEE KEAT LAWAN RAFIZI DI PARLIMEN PANDAN?



Kedua-dua mereka - Datuk Seri Ong Tee Keat dan Rafizi Ramli - mempunyai satu persamaan, iaitu dalam pembocoran maklumat; bagaimanapun kedua-dua pesaing di parlimen Pandan itu tidak dapat sama sekali dibandingkan.

Ong, yang terlibat mendedahkan skancal PKFZ berkata, pendedahannya melibatkan anggota parti sendiri manakala pendedahan pengarah strategi PKR itu mensasarkan musuh politik.

"Strateginya mungkin tidak sama dengan saya kerana dalam kes saya, isunya saya dedahkan daripada dalam.

"Bukan saya tunjukkan salah siapa, kelemahan siapa, atau skandal siapa, tetapi sebaliknya saya bersihkan rumah sendiri ketika berkhidmat sebagai menteri," katanya.

Bekas menteri dan presiden MCA itu berkata demikian dalam wawancara ekshlusif degan Malaysiakini sama ada akan bersaing dengan Rafizi yang mempunyai rekod mendedahkan dakwaan rasuah.

Rafizi sudah diumumkan sebagai calon PKR di Pandan sementara Ong masih berharap diberikan peluang mempertahankan kerusi itu oleh partinya MCA.


-mKini-

ANWAR IBRAHIM BUAT HAL LAGI? APE MACAM?



Selepas membuat pengumuman terbuka mengisytiharkan Pengerusi PKR Negeri sebagai calon Parlimen Bagan Serai, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan memilih Perak sebagai salah satu negeri untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman itu menimbulkan tanda tanya baru terutama dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) Perak, kerusi mana yang akan menjadi pilihan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


Berdasarkan keputusan PRU lalu, PKR menang di tiga kerusi daripada 10 kawasan Parlimen yang ditandingi iaitu Bagan Serai (Muhsin Fadzil Samsuri), Sungai Siput (Dr D Jeyakumar) dan Gopeng (Lee Boon Chye).


Muhsin mengalahkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Zainal Abidin Zin (Umno) dengan majoriti 3,413, namun beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadi wakil rakyat Bebas.


Jeyakumar mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR pula membuat kejutan dalam persaingan tiga penjuru apabila mewaskan penyandang tetap, Datuk Seri S Samy Vellu (MIC) dengan majoriti 1,821.

Sementara  Boon Chye dengan majoriti 7,368 mengenepikan calon MCA, Ling Hee Leong.


Selepas mengumumkan sendiri calon Bagan Serai, Anwar dilihat agak mustahil untuk bertanding di kerusi berkenaan. Begitu juga dengan kerusi Sungai Siput dan Gopeng apabila penyandangnya dilihat selesa dan diterima baik oleh masyarakat di kawasan itu.

Tidak hanya bersandar kepada kerusi menang sahaja, tujuh lagi kuota PKR juga dilihat kemungkinan menjadi pilihan Anwar sebagai gelanggang tanding.


Meskipun tewas, namun kerusi Parlimen Padang Rengas, Tambun, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Tanjung Malim dilihat punya potensi untuk dimenangi parti itu berikutan penyusutan jumlah majoriti yang ketara meskipun enam daripadanya ditanding menteri Kabinet.


Padang Rengas yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sebelum ini menang dengan majoriti 4,772 berjaya mengekalkan kerusinya dengan 1,749.


Di Tambun, majoriti undi untuk Menteri kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkurang daripada 17,360 kepada 5,386.


Keadaan sama turut berlaku di Tapah apabila Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 3,020 berbanding PRU sebelumnya 9,586 undi.


Di Lumut, calon PKR, Suwardi Sapuan hanya kalah tipis dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang menang dengan majoriti 298 berbanding jumlah sebelumnya, 11,614.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mendapat majoriti 2,692 berbanding 12,539 untuk mengekalkan kerusi di Bagan Datoh.


Di Tanjung Malim, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan pula menewaskan Mohamad Azman Marjohan dengan majoriti 5,422 berbading yang diperolehi penyandangnya, Datuk Loke Yuen Yow 14,536.

Situasi sama turut berlaku di Pasir Salak apabila Datuk Tajuddin Abd Rahman yang juga Pengerusi Felcra memperoleh 2,688 majoriti undi berbanding 8,547 undi pada PRU sebelumnya.


Bagaimanapun, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan kesediaan Anwar bertanding di Perak adalah hak beliau selaku Ketua Umum parti.


Beliau yakin, setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ketelitian dan idea baru dalam mengatur strategi politik bagi menghadapi PRU.


Menurutnya, tiada apa yang perlu dipersoalkan kerana setiap calon boleh bertanding pada mana-mana kerusi selagi ia mematuhi hak demokrasi berparlimen.


“PKR Negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pemimpin tertinggi parti untuk bertanding mewakili PKR di negeri ini,” katanya.


Mengenai sasaran PRU kali ini, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, PKR mahu mengekalkan tiga kerusi Parlimen dimenangi PRU 2008 selain menambah kemenangan di empat kerusi Parlimen lain.


Dalam pada itu, seorang pemimpin kanan peringkat pusat PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa Anwar kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di bahagian selatan Perak ataupun utara Selangor.


"Selatan Perak atau utara Selangor pilihan Anwar jika beliau mahu keluar dari Permatang Pauh... saya pun terkejut apabila Anwar kata sedang timbang untuk tanding di Perak atau Selangor," kata beliau yang enggan namanya dipetik.


Katanya, antara kerusi yang boleh dipilih Anwar ialah Lumut, Bagan Datoh, Telok Intan atau Tanjong Malim.


"Ataupun Hulu Selangor di Selangor... Sabak Bernam sudah diumumkan akan ditanding Dr Abdul Aziz Bari," katanya lagi.

Katanya, apapun Anwar kemungkinan akan kekal bertanding di Permatang Pauh.


Calon PKR memenangi kerusi Hulu Selangor pada PRU13 tetapi parti itu kehilangan kerusi tersebut kepada BN ketika pilihan raya kecil tahun 2010.


-SH-

AMAT MALANG? ATAU ITU YANG UMNO MAHU?




Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, "malang" sekali pilihan raya umum akan diadakan sebelum suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang di Sabah selesai, kerana pembersihan daftar pemilih hanya dapat dibuat selepas itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Wan Omar berkata, bawah peraturan pilihan raya, badan itu mempunyai hak membersihkan daftar pemilih sekiranya terbukti di mahkamah dan dalam kes ini termasuk RCI.

Bercakap dalam sesi taklimat di Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, selagi RCI belum selesai, pembersihan itu tidak dapat dilakukan walaupun terdapat pengundi yang meragukan.

Wan Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada SPR menyemak pemilih meragukan dalam daftar pemilih berdasarkan pengakuan saksi semasa sesi pendengaran RCI.


-MKini-

ADA HIDANGAN KLIP PRONO TERBARU JIKA ANWAR TAK TARIK SAMAN?



Kalau ikut jangkaan hari Khamis bakal panas.Yang pasti tentu ramai ternanti-nanti detik jam 4 petang.
 
Apa lagi kalau bukan ‘kata dua’ blogger Papagomo kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tarik balik tuntutan samannya berhubung gambar homoseks yang dimuat dalam blog Rajagoyang sejak Sabtu lalu.

Kata Papagomo jika tidak dia akan ‘menghidangkan’ satu klip video baru yang didakwanya melibatkan Ketua Umum PKR itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 1 pagi 6 Februari 2013.

Dakwanya klip video yang boleh bikin gempar itu ada dalam tangannya.

Sebelum ini,Papagomo dakwa dia tidak ada kaitan dengan gambar-gambar dimuat di blog Rajagoyang dan tidak kenal siapa pengendali blog berkenaan.


Setakat ini nampaknya kedua-dua Papagomo dan Anwar pasti tidak akan layan tuntutan masing-masing.

Anwar yang diminta mengulas tempoh 48 jam mulai 4 petang Selasa yang diberi Papagomo semasa sidang akhbar di ibupejabat PKR,Rabu jawab ringkas... serahkan perkara itu diurus oleh peguamnya 

Peguam Anwar Selasa kemukakan tuntutan Papagomo tarik balik dakwaan,minta maaf dan bayar gantirugi RM100juta.

Sementara itu dicelah kehangatan Papagomo berentap dengan Anwar timbul pula perkembangan baru.
Setakat berita ini ditulis belum tahu lagi tahu apa ceritanya.

Mengikut jadual Tan Sri Rahim Tamby Chik telah menjemput wartawan hadir pada satu sidang media di Ampang jam 11.30 pagi Khamis.

Dari maklumat yang diberi ia berkaitan isu Anwar dan Datuk Shazryl Eskay yang mendedahkan video aksi seks dengan China Doll yang disahkan pakar luar negara 99.9 peratus tulin.
Selain Rahim,Eskay…seorang lagi Datuk Shuib Lazim dikenali sebagai trio Datuk T semasa isu pendedahan berkenaan.

Apakah ini bermaksud Datuk T akan beraksi semula?

-AGDaily-