Pengikut

Isnin, 11 Mac 2013

PENGUNDI SG SIPUT BELUM BERSEDIA MENGUNDI PSM?




Ahli Parlimen Sungai Siput Dr M.Jayakumar menang di Parlimen Sg Siput pada PRU yang lalu atas tiket PKR. Menang dengan majoriti 1821. Datuk Seri S.Samy Vellu tumbang akhirnya. 

Cuma kali ini nampaknya beliau terpaksa akur dengan keputusan PSM Pusat supaya menggunakan lambang "chop tangan"  ."Saya akan bertanding sekali lagi bagi kerusi di Sungai Siput di bawah panji-panji PSM," kata Jayakumar.
 
Dan jika benarlah itu yang akan berlaku. Maka PKR tiada pilihan lain,melainkan terpaksa juga meletakkan calon bagi mewakili panji-panji PKR. 3 penjuru akan berlaku. Mungkin lebih? Pecah undi akan berlaku. Dan daripada boleh menang mungkin kalah. 

Dr Jayakumar rasanya perlu memikirkan semula hajat dan hasrat beliau untuk menggunakan lambang PSM. Masih boleh berunding, belum terlambat. Kita ingin menuju Putrajaya dan membawa harapan rakyat. Pikior-pikior le!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan