Pengikut

Rabu, 13 Mac 2013

ZULKULIMBANDARBARU. KEH!KEH!




Zulkifli Noordin berpendapat PAS kini sudah kehilangan kredibiliti sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Katanya parti tersebut tidak mempunyai satu perjuangan yang jelas apabila gagal mengutarakan soal pelaksanaan hudud, qisas dan ta’zir yang pernah diperjuangkan parti itu semata-mata mahu menjaga kepentingan politik.


Lebih teruk lagi, pimpinan PAS yang terdiri daripada kalangan ulama ujar beliau sanggup mempermainkan perkara asas dalam Islam iaitu kalimah Allah di dalam menjaga hati DAP.


“Perjuangan PAS dulu jelas, kita tahu perjuangannya untuk negara Islam dan pelaksanaan syariat hudud, qisas dan ta’zir..semua itu orang PAS tahu. Hari ini apa perjuangan dia (PAS)?” ujar beliau dalam satu ceramah di Bukit Jelutong malam tadi.


Selain itu, PAS juga katanya tidak boleh mendabik dada mendakwa akan menjadi parti yang lebih dominan sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa memandangkan parti itu ketika ini dilihat lebih menjadi ‘pak turut’ kepada kehendak DAP.


Beliau merujuk kepada situasi di Kedah, di mana DAP cuma mempunyai seorang wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi mampu mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan negeri yang diterajui PAS termasuk menarik semula keputusan menutup pusat sembelihan babi.


“Kerajaan Kedah adalah kerajaan PAS, majoriti ADUN PAS..Tapi tengok, walaupun dalam keadaan mereka ramai PAS tak berjaya jadi parti dominan,” tegasnya lagi.


Naib Presiden Perkasa ini turut menasihatkan kenalannya di dalam PAS agar bangkit dan menebus kembali maruah parti Islam tersebut daripada terus dijadikan tunggangan DAP dan PKR.

“Jadi pada saya slogan retorik kata PAS akan jadi parti dominan ini adalah mimpi siang hari sahaja bagi PAS.


“Dan saya harap rakyat dapat buka mata dengan mainan politik kotor mereka ini..jangan kita gadai negara, agama, bangsa kita semata-mata untuk percaturan politik mereka ini," katanya


ANTARAPOS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan