Pengikut

Isnin, 11 Mac 2013

MOHAMMAD AGOS BIN MOHD NOOR DIHUKUM PENJARA 18 BULAN





Bekas ketua cabang PKR Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd Noor dan seorang suri rumah masing-masing dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menipu berhubung pemberian anugerah 'Datuk Diraja', tiga tahun lepas.

Hakim Rosbiahanian Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan Mohammad Agos, 54, dan Nor Azimah Jamaludin, 33, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Mohammad Agis didakwa bersubahat dengan Nor Azimah untuk menipu Izuldin Hani Mohd Noor supaya menyerahkan sekeping cek Public Bank cawangan Jalan Raja Chulan di sini bernilai RM50,000 bertarikh 7 Dis 2010.


Pemberian cek itu bertujuan mendapatkan anugerah itu sedangkan ia tidak sah mengikut undang-undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.


Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Leha Seafood, Taman Melati, Setapak, di sini, pada kira-kira pukul 5 petang, 8 Dis 2010.


Bagi pertuduhan pilihan kedua dan ketiga Nor Azimah didakwa menipu seorang lagi iaitu Salleh Jahaya bagi tujuan sama sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek CIMB Bank Cawangan Pelabuhan Klang masing-masing bernilai RM75,000 bertarikh 12 Nov 2010 dan 30 Nov 2010.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Brass Café, Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang, dekat sini pada 13 Nov hingga 30 Nov 2010.


Mohamamad Agos dan Nor Azimah didakwa mengikut Seskyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.


Terdahulu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman minimum dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan Nor Azimah tidak bekerja manakala Mohammad Agos menghidap sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan rawatan rapi dari hospital.


Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kes itu serius kerana mereka telah memperdayakan ramai mangsa.


Pada 2 Nov 2011, Mohammad Agos dan Nor Azimah dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah sama daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri.


Bagaimanapun pendakwaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keuptusan itu dan pada 26 Dis 2011 Hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan Mohammad Agos dan Nor Azimah dipanggil membela diri terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan