Pengikut

Isnin, 11 Mac 2013

APE KATE ANUAR SHAARI PULAK? APE MACAM?


 Udah macam tok dukun gayanye. Keh!Keh!


Kejutan siapa yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri di kalangan pakatan pembangkang hanyalah helah yang terpaksa dicipta oleh mereka untuk menutup ketidak sepakatan dalam menentukan siapakah yang berhak menjawat jawatan berkenaan.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata tindakan pakatan pembangkang enggan untuk membuat satu keputusan dalam isu jawatan berkenaan kerana khuatir akan kehilangan sokongan di kalangan penyokong parti yang boleh menyebabkan usaha mereka untuk menawan Putrajaya terbantut.

“Rakyat kini ingin tahu siapakah bakal Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, bukannya manisfesto yang penuh dengan pelbagai janji untuk memikat rakyat menyokong mereka.

“Mereka takut untuk mengumumkan nama itu kerana khuatir kehilangan sokongan, jika Anwar yang dicalonkan sudah pasti ramai di kalangan penyokong Pas yang pasti tidak bersetuju, dan perkara ini pernah disuarakan mereka dalam Perhimpunan Pas lalu.

“Begitu juga jika Haji Hadi dicalonkan, bukan sahaja penyokong DAP dan PKR yang tidak bersetuju, malah di kalangan pucuk kepimpinan parti sudah pasti menentang, dan sudah pasti Karpal Singh termasuk Azmin Ali antara mereka yang tidak bersetuju,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan pakatan pembangkang yang masih tidak mengumumkan siapakah calon Perdana Menteri mereka sedangkan manisfesto pilihan raya umum ke 13 sudah pun dilancarkan.

Anuar berkata jika sebelum ini mereka mencalonkan Anwar bakal menajwat jawatan berkenaan namun perkembangan mutakhir yang berlaku di kalangan parti pembangkang menyebabkan mereka terpaksa berdiam diri dan terpaksa mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Dalam isu jawatan berkenaan, sebenarnya pembangkang hanya mempunyai dua pilihan, sama ada Anwar ataupun Hadi, walaupun sebelum ini hampir sebulat suara menyokong Anwar tetapi semakin hampir tarikh pilihan raya, beberapa isu membabitkan Anwar telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong Pas yang melihat Anwar dilihat lebih mengikut telunjuk DAP,” katanya.

Menurutnya, walaupun ada beberapa nama seperti Azmi dan Mat Sabu yang boleh dianggap sebagai pemimpin pelapis tetapi mereka ini sebenarnya mempunyai masalah untuk mendapatkan sokongan bukan sahaja di kalangan penyokong pakatan pembangkang malah di kalangan parti mereka sendiri. -



MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan