Pengikut

Isnin, 11 Mac 2013

WALAUAPAPUN PAPA TETAP SAYANG KAMU...EPOI. KEH!KEH!





Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menyatakan pendedahan beliau berhubung kes Fitnah Liwat II sebelum ini bukan berniat mengkhanati anaknya itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi, beliau juga turut memohon maaf kepada Saiful atas apa yang telah berkalu.

"Saya ingin meminta maaf kepada saiful atas apa yang berlaku. Saya tak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri," katanya.

Terdahulu pada sidang media sama, beliau mengumumkan menyertai PKR dan menyerahkan borang permohonan ahli kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Azlan juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kes Saiful kerana sudah membuat kenyataan awal pada Jumaat lepas.

"Bukan bermakna saya menyertai PKR, saya akan menyisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya.

Pada Jumaat lalu, Azlan mengejutkan banyak pihak apabila mengadakan satu sidang media khas mendakwa kes Fitnah Liwat II membabitkan anaknya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi pihak tertentu.

Beliau turut mendedahkan beberapa nama termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin tertinggi negara yang didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi untuk memusnahkan karier Anwar .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan