Pengikut

Khamis, 7 Mac 2013

PR WAJIB MENGHORMATI KATA-KATA PROFESOR NI. APE MACAM? KEH!KEH!



Penganalisis politik hari ini menggesa mana-mana pihak tidak melayan kenyataan biadap dan jahat daripada individu atau para pemimpin parti-parti pembangkang bagi mengekalkan imej positif pemerintah. 

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr. Zaid Ahmad berkata, mana-mana pihak tidak perlu terlalu sensitif terhadap kenyataan-kenyataan yang negatif daripada pihak-pihak berkenaan.

"Sebarang kenyataan yang dikeluarkan daripada pemimpin pembangkang adalah berkaitan agenda dan propaganda mereka semata-mata. Pada saya, tidak usah melayan kenyataan mereka
.
"Perkara paling penting yang perlu difikirkan oleh semua pihak pada waktu ini adalah menyelesaikan kemelut pencerobohan kumpulan bersenjata api pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam portal berita milik Pas Harakahdaily.net yang menimbulkan persoalan dan mengaitkan insiden berdarah di Lahad Datu mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen Malaysia.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan