Pengikut

Rabu, 13 Mac 2013

378 AHLI PKR PASIR SALAK MASUK SEMULA UMNO? KEH!KEH!

Seramai 378 ahli PKR Cabang Pasir Salak mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu dan menjadi ahli Umno melibatkan, 348 ahli daripada PKR Ranting Felcra 1,2 dan 16 Ulu Derdap, manakala selebihnya dari kawasan Sungai Rusa, Seberang Perak.

Penyerahan borang keahlian Umno bagi bekas ahli PKR Ranting Felcra 1, 2 dan 16 dilakukan oleh bekas Setiausaha PKR Cabang Pasir Salak, Mokhtar Ridzuan, 70, manakala bekas Bendahari PKR Cabang Pasir Salak, Haniff Mat Rawi, 57, menyerahkan borang bagi bekas ahli PKR Ranting Sungai Rusa.

Mokhtar menyifatkan penyertaannya kembali ke dalam Umno ibarat sirih pulang ke gagang selepas meninggalkan parti itu untuk bersama PKR sejak 1999.

Beliau turut menegaskan keputusannya untuk kembali bersama Umnno tidak mendapat desakan atau tekanan daripada sesiapa, melainkan mengikut kata hatinya selepas melaksanakan solat sunat istikharah.


"Saya kembali bersama Umno dengan rela hati. Saya tidak menerima sebarang sogokan sama ada berbentuk wang ringgit atau apa sekali pun, sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penubuhan Umno Cawangan Taman Malinja Jaya dan penyerahan bolang ahli Umno kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, di sini, kelmarin.


Hadir sama, Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Tambah Mokhtar, beliau mengambil keputusan untuk kembali bersama Umno kerana melihat Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu menjadi sebuah pakatan yang sehaluan sepertimana dilaluinya sendiri dalam sebuah mesyuarat pemilihan calon PR untuk kerusi Parlimen Pasir Salak.


"Pas mahu calon mereka di Dun Sungai Manik, sedangkan telah ditetapkan PKR akan mewakili kawasan itu, selain Parlimen Pasir Salak. Pas hanya mewakili Dun Kampung Gajah.

"Akibat perkara ini, berlaku perpindahan pengundi dari Dun Sungai Manik ke Dun Kampung Gajah yang memperlihatkan PKR dan Pas memang tidak boleh bersama," katanya yang juga Pengerusi Penaja Umno Cawangan Taman Malinja.


Beliau turut menjelaskan, selepas mengambil keputusan keluar parti, beliau menerima beberapa panggilan daripada kepimpinan PKR Cabang Pasir
  Salak yang memujuknya agar tidak keluar PKR dan menunggu selepas pilihan raya umum (PRU).

Sementara itu, Tajuddin yakin lebih ramai ahli PKR akan keluar dari parti itu untuk menyertai Umno dan beliau berbesar hati menerima Mokhtar bersama rakan-rakannya kembali.


"Baru-baru ini ada ahli PKR di kawasan Kampung Gajah berjumpa saya dan menyatakan mahu menjadi ahli Umno. Hasrat itu amat dialu-alukan dan saya tegaskan, Umno bersedia menerima kepulangan anda pada bila-bila masa," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan