Pengikut

Rabu, 27 Mac 2013

MATLAMAT SAYA PASTIKAN PAKATAN RAKYAT KALAH DI SELANGOR




Hasan Ali sedang meneliti perkembangan politik semasa di peringkat negeri dan nasional sebelum mengambil pendirian sama ada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.
 
Selain itu, beliau turut mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak sebagai pendekatan dalam memuktamadkan hala tuju politiknya.
 
"Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran Parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuanga.
 
Hasan berkata demikian sebagai respon kepada persoalan yang menghujani beliau sama ada akan bertanding pada PRU-13.
 
Selain terdapat gesaan untuk mempertahankan kerusi DUN Gombak Setia, katanya beliau turut dicadangkan untuk bertanding kerusi Parlimen seperti yang dilakukan pada PRU 1999.
 
"Ada juga di kalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu," katanya.
 
Bagaimanapun, jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkang tidak memenangi PRU13.
 
"Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat di Selangor untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja. 
 
"Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang," katanya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan