Pengikut

Rabu, 30 Jun 2010

AGEN ASING DALAM KABINET NAJIB





Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar membuat andaian bahawa kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seakan turut disertai oleh agen asing, sama ada dari Singapura mahupun Brunei Darussalam.


Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat insiden penyerahan dua telaga minyak, Blok L dan Blok M pada kerajaan Brunei Darussalam; serta isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada kerajaan Singapura yang nyata lebih merugikan kepentingan dan kedaulatan negara.

“Mesti ada yang tidak kena, seolah-olah ada agen asing tak kiralah agen Singapura atau (agen) Brunei dalam kabinet Najib, yang mendapat manfaat kewangan dalam kedua-dua rundingan ini,” tegas beliau pada Harakahdaily.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, kalau Najib atau delegasi Malaysia bukan agen asing seperti yang beliau andaikan, sepatutnya natijah dari rundingan negara dengan Brunei dan Singapura itu sudah tentu dilihat lebih menguntungkan kepentingan negara.

“Kalau tidak, mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah,” beliau menambah.

“Kita pun tak tahu betulkah Limbang diserahkan pada kita kerana perkata itu tidak pernah dibentang di Parlimen tapi penyerahan kedua-dua telaga minyak ini jelas menguntungkan Brunei.”

Sehubungan itu, beliau berkata, andaian peribadinya itu adalah tidak keterlaluan memandangkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri sebelum ini pun seakan mengaku bahawa agen Singapura benar-benar wujud dalam negara.

Ujarnya lagi, Dr. Mahathir pernah membuat andaian demikian apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.

Katanya lagi, beberapa media alternatif pada ketika itu pun turut dilihat bersama-sama Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Ekoran itu, beliau mencabar Najib menyangkal andaiannya dengan mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung inti sebenar di sebalik kedua-dua rundingan yang merugikan negara dalam masa terdekat.

“Najib boleh sangkal dakwaan saya ini bahawa kebinet Najib mungkin disertai agen asing ini, tetapi dia mesti sangkal saya dengan mendedahkan inti rundingan sebenar, siapa yang terlibat dan apakah kewajaran kebinet menggadaikan kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei dalam kedua-dua isu ini,” tegas beliau sambil menganggap bahawa kedua-dua rundingan tersebut adalah tidak sah kerana tidak pernah dibahas di Parlimen.

AZMIN "BUDAK JAHAT"





NAIB Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu bahawa beliau 'budak jahat' yang mahukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.


Tegas Azmin, beliau menyokong penuh Khalid sebagai MB Selangor dan sekarang ini bukan masanya untuk Khalid diarahkan meletakkan jawatan.
"Semasa diretreat KeADILan, saya duduk di sebelah TS Khalid, saya katakan dengan jelas kepada semua yang hadir, ya memang saya ada masalah dengan Tan Sri, tetapi saya tidak sekali-kali mahu merampas jawatan beliau.

"Malah dengan jelas saya tawarkan kepada parti, saya sanggup melepaskan jawatan Adun Bukit Antarabangsa, supaya dengan itu tiada lagi spekulasi bahawa saya mahu merebut jawatan MB," tegasnya.


Begitulah penegasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, kepada penulis ketika kami sembang-sembang di Parlimen, 29 Jun lepas.
Azmin jelas menunjukkan kekecewaan beliau, terhadap sesetengah pihak sama ada blogger dalam KeADILan dan pucuk kepimpinan tertentu yang sengaja 'mislead' dan memperbesar-besarkan isu jawatan MB.

Menurut Azmin, sebagai Naib Presiden parti, suatu jawatan kanan yang disandang, beliau berhak untuk membuat teguran dan kritikan kepada mana-mana pihak, khususnya pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan negeri.


"Yang saya mahu ialah mereka 'deliver' untuk kepentingan parti dan rakyat, bukan saya mengkritik kerana hendak merebut jawatan.
"Saya tidak gila kuasa, malah saya tegaskan kepada Ketua Umum, saya meletakkan jawatan sebagai Pengarah PKNS atas dasar prinsip, saya tidak gila kuasa, saya tidak gila untuk jadi MB," katanya bersungguh-sungguh.

Merujuk kepada jawatan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, menurut Azmin, dalam retreat tersebut beliau dengan tegas menolak jawatan itu.

"Tetapi ini arahan Ketua Umum, arahan parti, saya akur walaupun berat hati saya hendak menerimanya," ujar beliau.
Masalah yang timbul di antara Azmin dengan Khalid digembar gemburkan oleh media, sebagai menunjukkan keretakan dalaman KeADILan yang serius.

Mahupun Azmin ataupun Khalid, tidak menafikan wujudnya perbezaan dalam isu-isu tertentu, tetapi ia hanya membabitkan perbezaan pendekatan, bagaimana yang terbaik untuk memperkukuhkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat.


Keputusan yang dibuat oleh Anwar dengan mengkhususkan tugasan Khalid sebagai MB Selangor, Azmin sebagai pengerusi negeri dan pengerusi Wilayah Persekutuan yang disandang Azmin kepada Dato' Zaid Ibrahim sebagai suatu penyelesaian yang terbaik.


Penganalisis berpendapat isu terbabit dapat diselesaikan dengan lunak dan masing-masing yang didakwa bertelagah, mempunyai tugas dan peranan khusus dan seharusnya lebih fokus.


Dakwaan pertelagahan dalaman KeADILan ini menarik minat bekas MB Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo untuk memberi komen, kononnya ia bukanlah suatu penyelesaian kerana dakwanya, KeADILan ada tiga nakhoda di negeri tersebut.
Khir mendakwa perjalanan parti dan kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik kerana wujud individu yang berbeza atas jawatan utama di negeri.

"Buat apa kita hendak ikut Umno, memang kerja depa (mereka) kuasai pengerusi negeri dan kerajaan negeri. Ini pemusatan kuasa yang akan melahirkan diktator sahaja," tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohd Yusof.
Tegasnya, dalam KeADILan tidak akan wujud diktator kerana mereka menjalankan pentadbiran secara pemuafakatan.

"Khir Toyo tidak payah pertikai Pakatan Rakyat, dia di Selangor pun banyak masalah dalaman Umno yang kelam-kelibut," ujarnya.


Isu ini juga menarik perhatian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
"Apa masalahnya wujud perbezaan jawatan MB dengan Pengerusi Negeri?

Dalam PAS pun semasa kita perintah Perak, MB Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala Pengerusi Perhubungan PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang.


"Buat apa kita hendak mengikut cara Umno-BN?" ujarnya. Dengan tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu mempertegaskan sokongan PAS untuk terus memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apa pun keadaan yang berlaku, nampaknya Umno-Barisan Nasional tidak akan henti-henti membuat serangan untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat, khususnya parti KeADILan.

KeADILan, khususnya yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor, seharusnya berusaha mengelakkan isu-isu sebegini timbul kerana ianya amat merimaskan rakyat yang menyokong kita.


Abdul Khalid harus lebih fokus dan mesti melaksanakan keputusan yang diarahkan parti, supaya kerajaan negeri ditadbir mengikut acuan Pakatan Rakyat.


Azmin harus lebih berhati-hati, supaya selepas ini sebarang tindakan dan kenyataan beliau, tidak dilihat sebagai suatu penentangan ke atas kepimpinan Khalid.
Dan, terutama sekali Anwar harus melihat isu-isu yang berlaku sebegini, boleh menggugat persepsi rakyat terhadap kepimpinannya, yang mungkin menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.

Yang lebih penting, Anwar dan KeADILan sendiri, harus lebih sedar, bahawa banyak lagi 'peluru berpandu' akan dilepaskan Umno-BN menjelang PRU ke-13 nanti.
Kita seharus lebih berhati-hati, supaya hasrat kita untuk memerintah negara selepas PRU ke-13, menjadi realiti bukannya 'mimpi yang tak sudah'.


OLEH: Mohd Rashidi Hasan




TAHAN KA SIONG BAWAH ISA






Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA: Didesak minta maaf atau letak jawatan".


Dengan terbitnya
Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila akhbar yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok.

TAK JADI KE LONDON PULAK DAH





SPRM tidak akan menghantar pegawainya ke London bagi merakamkan keterangan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan bekas model, Altantuya Shariibu, selepas mendapat nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.

WARGA FELDA BERDEMO DI OPIS SK




Sekumpulan yang mengaku dari Felda diuar-uar mahu menghantar memorandum kepada Suara Keadilan di Seksyen 13, Shah Alam hari ini.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Tidak diketahui sama ada kumpulan seramai kira-kira 100 orang yang mengaku sebagai orang Felda itu ditaja pihak tertentu.

2:53 pm: Pada masa ini, mereka sedang berkumpul di bawah pejabat dan melaungkan kata-kata tertentu.

2.58 pm: Ketika ini, seorang jurucakap kumpulan berkenaan sedang membaca kandungan memorandum berkenaan.

3:02: Kumpulan sedang membakar akhbar Suara Keadilan di jalan raya bertentangan pejabat Suara Keadilan hingga mengganggu aliran trafik.

3:07pm: Pengurusan Suara Keadilan menerima serahan memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

3:10pm: Selepas menyerahkan memorandum, kumpulan itu mulai bersurai.

NAZRI MINTA MAAF





Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz memohon maaf di Dewan Rakyat hari ini atas kesilapan maklumat berhubung cadangan memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya.


Sebelum ini, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Melaka, Nazri yang menjaga halehwal Parlimen berkata, kabinet telah memutuskan untuk memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya.

Ianya bercanggah dengan kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansur Isnin lalu. Nazri (kanan) menjelaskan bahawa perkara itu berlaku kerana pegawainya telah menghantar jawapan bertulis ke parlimen, tanpa terlebih dahulu menyemak dengannya.

Ini, tambahnya, bertentangan dengan amalannya di pejabatnya.
Katanya, atas sebab-sebab tertentu jawaban tersebut tidak dirujuk kepadanya.

KAU AMBIK SATU..AKU AMBIK SATU





kau ambik satu...aku ambik satu..

Ahad, 27 Jun 2010

TS KHALID TIDAK KELIHATAN





Tidak seperti dijangkakan, pemukiman PKR hari ini berakhir tanpa menyentuh soal kepimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim yang dikritik hebat majoriti wakil rakyatnya.

Sebaliknya, menurut Ketua Penerangan-nya Latheefa Koya, sesi dua hari yang bermula semalam hanya membincangkan persoalan memantapkan organisasi, jentera penerangan dan membincangkan agenda menghadapai pilihan raya umum ke-13.


"Hal negeri Selangor boleh dibincangkan dalam mesyuarat perhubungan negerinya," katanya apabila disoal sama ada soal prestasi Khalid ditimbulkan dalam pemukiman dua hari parti itu.

Rumusan hasil perbincangan dalam sesi itu akan dibawa ke mesyuarat majlis pimpinannya pusatnya yang dijadual bermula awal petang ini, kata Latheefa.

Sementara itu, Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamarudin pula mengakui walaupun kepimpinan Khalid tidak dibangkitkan, perbincangan 'mengenai' kelemahan peneranagn PKR Selangor - sebagai negeri barisan hadapannya - disentuh secara tidak langsung.

"Ya, tetapi tidak secara langung," katanya apabila ditanya sama ada kelemahan jentera penerangan parti itu, khususnya di Selangor mencerminkan kegagalan Khalid sebagai pengerusi PKR negeri.

"Tetapi bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam persoalan ini tetapi kita semua patut bersama-sama dengannya untuk menyelesaikan masalah ini."

Tian: 'Saya akan ambil tindakan pada mereka' Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Khalid "dalam perjalanan" kerana mempunyai program lain pada pagi tadi, kelibat MB Selangor itu tidak kelihatan sehinggalah ditamatkan kira-kira jam 1.00 tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengarah Strategi Parti Tian Chua sekali lagi mengulangi penafian beberapa pemimpin parti itu semalam bahawa ada usaha untuk menggulingkan Khalid oleh majoriti wakil rakyatnya.

"Bagi saya nama MP itu dan saya akan ambil tindakan pada mereka," katanya dengan nada amaran.

Mengulas perkara yang sama, MP Kuantan Fuziah Salleh pula berkata, selepas disuarakan dalam kongres tahunannya di Kelantan baru-baru ini, Khalid telah memberikan perhatian yang serius.


"Beberapa perkara telah berubah seperti perubahan dalam penerangan," katanya.

Menurut Fuziah, perkara itu tergambar dalam perlantikan Badrul Amin Baharom bagi mengukuhkan program penerangan di peringkat Selangor.

PERLUMBAAN SEMAKIN SENGIT-SPR






Berikutan terdapat kira-kira empat juta pengundi yang layak memilih masih belum berdaftar, parti-parti politik utama kini berlumba-lumba untuk mendaftarkan mereka sebagai pemilih sebelum pilihan raya umum akan datang yang dijadualkan pada 2013.

Kebanyakan daripada mereka ialah golongan muda yang telah mencecah umur 21 tahun dan layak untuk menjadi pengundi tetapi masih tidak berbuat demikian kerana mereka biasanya tidak ambil kisah untuk mendaftar.

Malaysia kini mempunyai 11 juta pemilih berdaftar daripada kira-kira 27 juta populasi.

Penganalisis politik, Ong Kian Ming berkata, secara keseluruhannya antara 25 dan 30 peratus pengundi di Malaysia dikatakan berumur bawah 35 tahun menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini amat penting jika diambil kira daripada jumlah besar mereka yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi di Malaysia. Juga akan terdapat kira-kira dua juta penduduk yang layak mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah tambahan kepada empat juta pemilih yang layak mengundi, ramai daripadanya dipercayai berumur bawah 30 tahun, yang tidak mendaftar bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008.

"Secara keseluruhannya, kita bercakap mengenai kira-kira enam juta pengundi berpotensi, yang kemungkinan besar, terlalu yakin dengan pendapat mereka, suka melayari Internet dan bersikap idealistik," katanya. Menurut Khaw Veon Szu, pengarah eksekutif Socio-Economic Development and Research Institute (SEDAR), pengundi muda dan pertama kali memainkan peranan penentu dalam pilihan raya umum lepas dan mengakibatkan Barisan Nasional (BN)hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

SEDAR ialah kumpulan pemikir Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

"Jika kita dilanda satu lagi gelombang seperti yang berlaku pada 2008, ini akan mengubah landskap politik Malaysia. Jika parti-parti politik mengabaikan pengundi muda dan belum berdaftar ini, mereka akan menanggung risikonya," kata beliau.

Khaw berkata, Gerakan telah mengguna pakai beberapa strategi, termasuk berusaha mendaftarkan golongan muda dan layak sebagai pemilih, tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

"Setiap parti komponen cuba mendekati, cuba menyatakan sesuatu kepada golongan muda ini. Mereka melakukan "serangan" dalam dunia siber. Daripada maklum balas yang kami kumpulkan, ia masih merupakan tugas sukar bagi kami (untuk mendekati mereka)," katanya.

Oleh yang demikian, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kebanyakan parti politik telah meningkatkan usaha untuk mendaftarkan pengundi baru di seluruh negara berikutan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pada tahun lepas sahaja, UMNO mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).

Apabila usaha itu semakin membuahkan hasil, beberapa parti politik telah menggandakan usaha mereka, contohnya PAS yang mensasarkan untuk mendaftarkan 5,000 pengundi baru di bawah program pendaftaran sepanjang tahun SPR.

Parti politik lain seperti DAP mensasarkan pertambahan kira-kira 10 peratus di setiap kawasan dengan menjalankan program pendaftaran malahan di pasar malam dan komplek beli-belah.

"Sebagai contoh, di kawasan di mana terdapat 50,000 pengundi, kami patut dapat sekurang-kurangnya 5,000 pengundi baru," kata Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Perlumbaan untuk mendaftarkan lebih banyak pengundi semakin sengit, terutama di negeri-negeri yang kini diperintah pembangkang atau "Pakatan Rakyat". Sebabnya amat jelas setiap daripada parti politik berkenaan berharap untuk mendaftarkan lebih banyak pengundi untuk menyokong mereka dan memastikan terus berkuasa.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu mendedahkan di Selangor sahaja, terdapat lebih 700,000 pengundi yang layak yang masih belum berdaftar manakala di dua lagi negeri yang diperintah pakatan pembangkang, Kedah mempunyai 300,000 dan Pulau Pinang pula 200,000 pengundi belum berdaftar.

Ini bermakna, mana-mana parti yang berjaya mendaftarkan penyokong mereka akanmempunyai kelebihan, katanya.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Hasan Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, mengakui negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mungkin akan jatuh semula ke tangan BN jika pakatan pembangkang gagal untuk menarik pengundi muda.

Bagaimanapun, penganalisis politik lain seperti Dr Sivamurugan Pandian menyatakan walaupun pengundi muda dan baru begitu signifikan dalam menentukan keputusan pilihan raya umum lepas, beliau masih percaya bahawa tidak semua enam juta pengundi yang masih belum berdaftar akan berbuat demikian.

"Landskap politik semasa memainkan peranan dalam pemikiran mereka kerana sesetengah golongan muda berpendapat alternatifnya masih sama," katanya dan menurutnya mungkin belum ada faktor yang cukup kuat untuk mendorong mereka berdaftar sebagai pengundi.

"Selagi pengundi tidak berdaftar ini tidak melihat yang ahli-ahli politik boleh dijadikan contoh dan teladan, masih sukar untuk menyakinkan mereka untuk mendaftarkan diri dan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang," tambah beliau.

Malahan, Dr Sivamurugan mengingatkan parti-parti politik supaya turut memberikan tumpuan kepada pengundi yang lebih tua, khususnya mereka yang mengundi pada pilihan raya umum lepas.

"Misalnya, mereka perlu faham bahawa terdapat dua kumpulan pengundi yang berbeza bandar dan luar bandar. Tidak boleh bergantung kepada pengundi muda sahaja.

Parti-parti politik juga perlu bekerjasama dengan NGO (badan bukan kerajaan) dan kumpulan lain yang menggelar diri mereka sebagai "kuasa ketiga" yang memainkan peranan sebagai faktor penentu," katanya.

SAYA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN







Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak terfikir untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor walaupun terdapat khabar angin wujudnya pakatan dalam PKR yang ingin menyingkirkannya daripada jawatan tersebut.


SOKONG...SOKONG





Tindakan Najib Razak membatalkan lesen judi bola boleh disifatkan sebagai satu keberanian politik kerana mengambil kira pendapat semua pihak sebelum membuat keputusan berkenaan.



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia adalah keputusan bijak dilaksanakannya selepas mengambil kira beberapa kesan negatif yang boleh memberi kesan kepada politik dan agama.

Masa Najib luluskan lesen dulu sokong...masa tak bagi pun sokong...memang tak boleh pakai Ulamak UMNO Perak ni...

DATUK A. SAMAD SAID MERAJUK LAGI




Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merajuk lagi selepas dua tahun — kali ini dilaporkan mahu menempatkan khazanah sastera miliknya di New Zealand selepas kecewa dengan layanan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk koleksinya.

Samad berkata, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni, termasuk sasterawan.

Dua tahun lalu beliau merajuk tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara dan memutuskan untuk tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Samad dua tahun lalu.

Mengulas perkembangan isu terbaru, beliau berpendapat bahawa melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan.

“Saya sebenarnya sudah memberi peluang kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk terus menerima khazanah saya, namun nampaknya tiada sebarang tindakan yang boleh dipegang setakat ini.

“Mereka (kementerian) ada menghubungi saya sejak setahun lalu dan sudah melihat hasil kerja saya, tetapi sehingga kini tiada lagi hubungan (susulan) dilakukan.

“Saya menganggap bahawa mereka tidak mahu. Oleh itu, saya berpendapat pihak berkenaan berasakan khazanah ini tidak penting dan selepas ini jangan salahkan saya pula,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.

Samad berkata, beliau juga berasakan New Zealand sememangnya mempunyai kawasan penempatan untuk dibangunkan sebagai khazanah Melayu.

“Jika rundingan bersama teman saya berjalan lancar, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Jadi, selepas ini mereka berminat untuk mendekati atau mahu tahu mengenai hasil cipta, sumbangan, diari, manuskrip dan lukisan saya selepas ini, mungkin terpaksa ke sana,” katanya.


(Malaysian Insider)

TIADA MASALAH-DS WAN AZIZIAH






Pemukiman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung selama dua hari bermula semalam tidak membincangkan mengenai dakwaan wujudnya gesaan supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dakwaan gesaan berkenaan tidak termasuk dalam agenda program berkenaan.

"Saya tak tahu apa-apa (mengenai dakwaan) dan tiada perbincangan ke arah itu," katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini semalam.

Sebaliknya Wan Azizah berkata, pemukiman itu hanya membincangan isu mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan parti pada November depan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media yang menyatakan wujudnya 15 Ahli Parlimen mahu mendesak supaya Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Ditanya sama ada terdapat isu-isu berbangkit dalam PKR terutamanya di Selangor, Wan Azizah berkata: "Tak ada... mana ada apa-apa isu di Selangor, semua baik, tak ada masalah."

Sementara itu, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas ketika ditemui menafikan mengenai kewujudkan 15 pakatan Ahli Parlimen seperti yang didakwa.

Beliau yang mengetuai sekretariat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR menyatakan tidak mengetahui mengenai perkara itu dan mempersoalkan kesahihan laporan berkenaan.

"Kenapa 15, kenapa tidak 20 atau 29? Semua itu hanyalah nombor yang didakwa oleh seseorang (yang tidak diketahui).

"Saya yang mengetuai sekretariat inipun tak tahu mengenai perkara berkenaan," katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan beliau mendalangi pakatan berkenaan yang menyuarakan bantahan terhadap Abdul Khalid, beliau berkata: "Kenapa saya? Soal yang dibangkitkan dalam media, tidak dibincang dengan khusus, tidak ada petisyen atau memorandum, kalau ada tentu saya tahu."

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dibincangkan sekiranya ia dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Parti hari ini.

"Benda ini tak ada dalam agenda kita, tapi kalau ada pihak yang bangkitkan, tak ada masalah untuk kita bincang," katanya.

Sabtu, 26 Jun 2010

ULAMAK YANG MENYOKONG APCO






Kerajaan akhirnya memutuskan bahawa Ascot Sports Sdn Bhd tidak akan diberikan lesen bagi menjalankan operasi pertaruhan sukan....mungkin atas nasihat Ulamak ini...???



Ulamak serah borang UMNO

Jumaat, 25 Jun 2010

TS KHALID PANGGIL MEETING TERGEMPAR





Tan Sri Khalid Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor merangkap MB Selangor panggil Mesyuarat MPN Selangor tergempar malam ni...ianya mungkin berkaitan isu MP PKR desak MB Selangor letak jawatan MB...

KELANTAN DAPAT PERUNTUKAN BESAR





Selain peruntukan wang ihsan RM25 juta, Kelantan turut mendapat peruntukan lebih besar berbanding beberapa negeri lain dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, Kelantan merupakan antara beberapa negeri yang mendapat peruntukan besar untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur dan meningkatkan ekonomi rakyat dalam RMK-10.

“Peruntukan itu berdasarkan perkembangan semasa mengenai kemiskinan rakyat negeri itu yang memerlukan pembelaan sepanjang masa bagi menyamai kemajuan dengan negeri-negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MCA Bahagian Gua Musang di sini hari ini.

Donald Lim, yang juga Naib Presiden MCA, berkata, keutamaan kemajuan lebih pesat dalam RMK-10 ialah pembinaan jalan raya dan menaikkan taraf jalan sedia ada bagi menyelesaikan masalah perhubungan penduduk.

"Kerajaan Persekutuan tidak pernah membelakangkan kemajuan negeri Kelantan, sebaliknya lebih diutamakan, tanpa mengambil kira kerajaan negeri terbabit di bawah pemerintahan Pas,” katanya.

APA HAL DENGAN DIA NI...LAIN MACAM JE





tengok muka dia ni...
muka yang melanggar undang-undang...


BODOHNYA DATUK AHMAD MASLAN





Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut
menyifatkan Datuk Ahmad Maslan sebagai ‘bodoh’ kerana mahu menyamannya berhubung isu Felda.

Bagi Abdul Wahid, kenyataannya di Dewan Rakyat yang mendakwa Felda sebagai ‘peneroka tanah haram’ tidak boleh disaman sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang disiarkan Malaysiakini tengah hari tadi.

“Dia ini mungkin ‘bodoh’, macam mana nak saman saya. Saya buat kenyataan itu di Dewan Rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sekejap tadi.

Menurutnya, apa jua kenyataan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, menurut undang-undang tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Tambahnya lagi, Ahmad sendiri pada Isnin lepas telahpun memberi respons apabila beliau mendakwa Felda sebagai peneroka tanah haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Ahmad supaya bertindak secara lebih bijak dengan merujuk kenyataanya itu pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kelak.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, Ahmad mungkin menggelabah apabila beliau mendedahkan fakta di sebalik tindakan kerajaan Terengganu menolak bayaran premium yang ditawarkan oleh Felda ke atas sejumlah tanah yang telahpun dimajukan di negeri itu di Dewan Rakyat.

Puncanya, menurut beliau, ekoran keengganan Felda menempatkan lebih 3 ribu peneroka lagi di atas 14,791.23 hektar tanah yang dimajukan mereka.

Keengganan Felda itu, menurut beliau, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan korporat hatta mengetepikan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar Perdana Menteri, Najib Razak menjelaskan di Dewan Rakyat tentang keluasan sebenar tanah yang dimajukan oleh Felda tanpa penyertaan peneroka serta jumlah premium yang belum dibayar kepada para peneroka terbabit.

Kalau Ahmad tidak menggelabah pun, katanya lagi, kenyataan timbalan menteri itu hari ini mungkin sekadar mahu menutup kelemahan dalam urus tadbir Felda apabila isu tersebut mulai menjadi perhatian umum.

“Sekarang ini, dia mungkin menggelabah apabila isu (Felda) ini timbul, dia menggelabah nampaknya, kalau tak, dia mungkin nak tutup kelemahan Felda,” ujar beliau dalam nada berseloroh.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad supaya segera bertindak menyamannya kerana membangkitkan isu yang kian menggamit sesitiviti para peneroka di Terengganu.

“Kalau dia nak saman, saman. Saman segera saya, dia lawan kita dan kita bersama rakyat akan lawan dia,” tegas beliau.

Selain Wahid, Malaysiakini melaporkan, Ahmad turut bercadang menyaman Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), Tan Kee Kwong (Majlis Pimpinan Pusat PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang) serta Zaid Dzulkarnain Talib (Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan).

Dalam suatu kenyataan, Ahmad berkata, pihaknya bersama-sama Felda telahpun melantik peguam dan melalui dua kali sesi perbincangan.

Namun, Ahmad tidak pula memberitahu bilakah Felda mahu memfailkan saman terhadap mereka.

PERMUKIMAN PKR-APA AGENDANYA





Persediaan menghadapi pilihan raya menjadi antara agenda yang akan dibincangkan pada sesi permukiman dua hari PKR mulai esok di Shah Alam.

Pengarah strategik PKR Tian Chua berkata, lima kertas kerja akan dibentangkan pada sesi berkenaan yang akan dihadiri oleh anggota Majlis Tertinggi parti.

Beliau berkata, selain persediaan menghadapi pilihan raya, mereka juga dijangka membincangkan perkara berhubung penyebaran maklumat dan struktur organisasi dalam bengkel yang akan diadakan.

"Kami akan berusaha menghasilkan beberapa resolusi... atau program kerja untuk parti," kata Tian Chua

Beliau berkata, Ketua Pembangkang dan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut menghadiri permukiman berkenaan.

Permukiman itu diadakan berikutan laporan bahawa sekumpulan 15 Anggota Parlimen daripada PKR bergabung tenaga untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

JAGUH KATAK KINI JADI JAGUH KAMPUNG





Pertengkaran di antara Ketua Pemuda Umno, KJ dengan Presiden PERKASA , Berahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.


"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," KJ .


Merujuk cabaran Ibrahim supaya KJ meletakkan jawatan sebagai MP Rembau , Khairy berkata:
“Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”


ZAMIHAN BUAT LAPORAN POLIS





Pegawai Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zin akan membuat laporan polis petang ini berhubung 'kebocoran' maklumat dalam taklimatnya mengenai keselamatan negara.

PC 2 CiKGU PETANG NI





PC jam 5 petang ni...
agaknya apa citer Cikgu Bad dan Cikgu Faris...?




Mampukah Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar dan Timbalannya Cikgu Fariz Musa mempertahankan jawatan masing-masing?

Mungkinkah mereka berdua akan dicabar atau mungkinkah tidak ada pertandingan dalam AMK Pusat? Dalam dunia politik hari ini segalanya mungkin. Tidak ada yang tidak mungkin melainkan segala-galanya mungkin belaka.

Mungkinkah juga Fariz Musa berpindah kem umpama Senatak Sekatak Sekotak Sesumpah Ezam berpindah kem Najib ke kem Muhyidin? Sifirnya mudah...segala-galanya mungkin....

Chegu Bard pula dikatakan akan bertanding sebagai Ketua AMK Pusat. Siapakah lagi yang akan bertanding Ketua Amk Pusat sekiranya Shamsul Iskandar tidak mempertahankan jawatannya. Atau adakah mungkin Chegu Bard akan menang tanpa bertanding tetapi jawatan yang lain ada pertandingan?

Mungkinkah ini akan berlaku? Jawabnya mudah...segala-galanya mungkin....

Siapakah pula Timbalan Chegu Bard? Cikgu Fariz Musa? YB Amirudin atau YB Nik Nazmi? Saiful Idham Ramli?(sharpshooter)



PERANGAI ANAK PEMIMPIN UMNO-SAMA MACAM PEMIMPINNYA






Salam,semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.

Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.
Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.

Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin tiba dengan kereta BMW putih.

Yang menggemparkan bila Ashman Najib tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K.

Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah.

Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.
Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.

Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah!


BERITA PERAK:DEMO DI DUN MALIM NAWAR






Ada himpunan besar di Dun Malim Nawar pagi ni...hampir 50 yang hadir untuk buat laporan polis keatas YB Cash...


Khamis, 24 Jun 2010

BERITA PERAK: RMK 10 TIDAK MESRA ANAK MUDA





Pembentangan bajet RMK-10 oleh PM Najib Razak baru-baru ini, disifatkan sebagai tidak mesra anak muda.
Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM), Mohd Hafez Sabri berkata, berdasarkan bajet berkenaan, pihak kerajaan perlu memperincikan peranan generasi muda sesuai dengan pembentukan ekonomi berasaskan inovasi serta kreativiti bagi menjayakan RMK-10.

Menurutnya, perincian itu perlu dilaksanakan kerana generasi muda adalah komposisi terbesar negara pada masa hadapan.
“Bersesuaian dengan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti, generasi muda berperanan mencorak keadilan sosial dan ekonomi beridentitikan acuan Malaysia.

“Justeru, IPMM melalui badan penyelidikan dan strategiknya mencadangkan beberapa langkah yang perlu diberi perhatian kerajaan.

“Antaranya, memastikan jaminan pendapatan asas dan minima, menggalakkan belia lebih ke hadapan dalam membahaskan polisi ekonomi secara efektif serta menyediakan saluran penambahbaikan dan ‘postmortem’ perjalanan belanjawan perlu diwujudkan bagi memastikan ketelusan kewangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hubungan Luar dan Antarabangsa IPMM, Abdul Rahman Jabir berkata, tindakan kerajaan membentuk golongan pekerja berkemahiran tinggi mampu menjayakan hasrat membentuk rakyat berpendapatan tinggi.


Katanya, langkah berkenaan dilihat bermanfaat bagi mengukuhkan jaringan ekonomi serantau.
“Menerusi perkongsian pengetahuan serta latihan kemahiran, IPMM yakin kesatuan ekonomi dapat diwujudkan. “Sekali gus, ianya dapat membantu dalam sektor pembangunan kelak dan membantu mengurangkan pekerja asing di negara ini,” katanya.

GENDANG PRU SARAWAK DAH BERMULA





Taib Mahmud hari ini berkata BN Sarawak sedang bersiap sedia bagi pilihan raya negeri yang mesti diadakan menjelang Julai tahun depan tetapi tidak membayangkan bila ia akan diadakan.

Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata para pemimpin empat parti komponen BN Sarawak telah diarahkan supaya mempersiapkan diri semasa permukiman tahunan BN negeri selama dua hari yang diadakan di Taman Negara Mulu di Miri, yang berakhir semalam.

"Ia (pilihan raya negeri) boleh diadakan tidak lama lagi atau kemudiannya, ia tidak penting sangat tapi kami sedang menyiapkan diri bagi menghadapinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Napolean Hill Convention 2010.

KES TAIB MAHMUD: SPRM IKUT TELUNJUK KM





Tiga rakyat Sarawak hari ini menarik balik laporan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan "rasuah" Taib Mahmud selepas pihak SPRM didakwa enggan memberikan salinan aduan kepada mereka.


Tiga pengadu itu - Ahmad Nazib Johari, James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming - mendakwa selepas hampir tiga jam membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

"Mereka memberikan alasan tiada peruntukan undang-undang bagi membolehkan salinan diberikan (kepada pengadu). Tetapi bila kami soal kembali mereka gagal menunjukkan peruntukan berkenaan," kata Ahmad Nazib.

Ditemui pemberita selepas itu, Ahmad Nazib berkata mereka memutuskan untuk tidak meneruskan laporan itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai bertugas bahawa kes itu "berprofil tinggi".

"Kita tidak mahu terdapat usaha pengubahsuaian atau apa-apa terhadap laporan itu," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Nazib menambah, sebagai rakyat Sarawak yang prihatin, mereka akan kembali lagi dengan aduan bertulis berhubung aduan yang sama - sama ada di SPRM cawangan yang sama atau di ibu pejabatnya di Putrajaya.

"Kita akan hantar semula dan dapatkan cop penerimaannya," jelasnya sambil memberitahu tarikh dan masanya akan diberitahu kemudian.
Ditanya tentang kewibawaan maklumat yang menjadi asas dakwaan laporan mereka, Ahmad menjawab: "Kami tidak tahu. Tetapi ia sudah menjadi berita".

James pula menjawab soalan yang sama berkata: "Sebab itu kami minta siasat."

MAHATHIR LUPA CERITA LAMA






Saya tak pasti kitab sejarah mana yang Tun Dr. Mahathir baca apabila beliau berkata Pas yang tertubuh hari ini diasaskan oleh bekas ulama yang sebelum ini berada di dalam Umno.


Beliau berkata demikian sebagai menghangatkan spekulasi penyertaan 100 'ulama' yang akan masuk secara borong ke dalam Umno esok.


Untuk makluman Dr. Mahathir sewaktu mengambil subjek sejarah di sekolah dahulu saya tidak pernah dapat gred A- ke bawah.

Minat dalam subjek sejarah menyebabkan saya membuat pengkhususan dalam subjek sejarah semasa di universiti walaupun kerjaya saya sekarang tidak lagi berkaitan dengan subjek sejarah. Bukan nak bangga diri tetapi sekadar nak beritahu bahawa beliau mungkin boleh kelentong penyokong Umno tegar tetapi bukan generasi seperti saya.

Tidak pernah pun saya terbaca dalam mana-mana kitab sejarah bahawa tokoh-tokoh terulung yang mengasaskan penubuhan Pas seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanudin Al Helmy,Dr. Hj Abbas Alias Ustaz Ahmad Fuad dan ramai lagi yang mengisi borang menjadi ahli Umno.


Mereka terdiri daripada golongan yang mendapat didikan di Timur Tengah yang digelar sebagai Kaum Muda yang berjuang secara konsisten menentang penjajah British.


Mereka mengasaskan institusi pendidikan untuk mendidik anak bangsa tentang Islam sebenar seperti Ehya Al sharif di Gunung semanggol yang disifatkan oleh British sebagai 'bahaya dari gunung'.

Kronologi kisahnya panjang tetapi sehingga hari ini tokoh-tokoh ulama yang mengasaskan Pas tidak sama sekali 'kebulur' untuk menjadi ahli Umno.

Apa yang saya tahu adalah beberapa pimpinan dan tokoh Pas yang menyertai Umno seperti Ustaz Nakhaie Ahmad yang kini menjadi 'ulama besar' bertaraf mursyidul am dalam Umno.


Hari ini 'ulama-ulama' yang ada dalam Umno merupakan golongan yang tercicir dari jalan dakwah serta mereka yang terpesona atau terpedaya dengan habuan yang ditawarkan oleh Umno dengan cuba mencari jalan pintas dalam perjuangan tanpa memahami sirah sebenar perjuangan yang dibawa Nabi SAW.

Pas memang dikenali tidak pernah tandus tokoh-tokoh ulama yang sentiasa bersilih ganti untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam. Maka Umno yang gerun dengan sokongan padu ulama-ulama muda cuba mencari jalan untuk 'mengislamkan' Umno.

Antaranya ditubuhkan ILIM ( Institut latihan Islam Malaysia).
Tetapi sayangnya pusat latihan seperti ILIM ini gagal menyaingi sistem tarbiyyah sudah bertapak sekian lama dalam Pas.

Maka lahirlah golongan 'ulama' dari ILIM yang hanya pandai membodek dan mengampu pemimpin Umno seperti Zamihan Mat Zin yang membuat tuduhan bangang bahawa Presiden Pas terlibat dengan JI.


Sebenarnya 'ulama-ulama' Umno seperti Zamihan dan yang sewaktu dengannya bukan akan menguatkan dan membawa imej Islam dalam Umno tetapi sebenarnya menyebabkan Umno terus dipersenda dengan imej Islam 1Malaysia misalnya 'fatwa' menghalakan kerjasama dengan APCO milik Yahudi dan begitu kemaruk hendak meluluskan lesen judi bola

TAK KAN LE AZMIN NAK GULINGKAN MB SELANGOR..?





Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam.


Beliau bagaiamanapun menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim.


Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.


"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.


"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.


"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.


Surat perletakkan jawatan saya telah serahkan,menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.


Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.


Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka. "Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti.

Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.


Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

ZAMIHAN PEMBOHONG-MAZA





Tuduh-menuduh antara dua tokoh agama berhubung isu Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) semakin rumit apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin melakukan 'pendustaan yang nyata'.



Mohd Asri mendakwa, pegawai kanan ILIM itu melakukan pembohongan dalam taklimatnya yang dilakukan secara tertutup oleh Bukit Aman kepada pucuk pimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengaitkan beliau 'sepemikiran dengan Wahabi'.

Bagaimanapun Mohd Asri membidas kenyataan tersebut dan mencabar Zamihan membuktikan kebenaran dakwaannya.

"Dalam buku Bid’ah: Istilah yang disalahfahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemikian... sekadar yang ada ialah apa yang disebut oleh Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian.

"Saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu, apa yang pasti jelas bahawa beliau telah memberikan taklimat yang dusta lagi bohong kepada pegawai keselamatan dan pucuk pimpinan tertinggi seluruh negara," katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan sebuah portal berita hari ini, Zamihan berkata, pada pembentangan kepada pihak penguatkuasa dan wakil-wakil universiti itu, beliau hanya menyebut Mohd Asri sepemikiran dengan Wahabi.

Asas kenyataan beliau ialah berdasarkan buku tulisan Mohd Asri sendiri yang bertajuk Bid’ah: Istilah yang disalahfahami menyatakan pandangan bahawa sambutan Maulidurrasul sama dengan amalan orang Kristian.

Selain itu Mohd Asri turut mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan Zamihan terlibat dalam taklimat penting berkenaan.

"Persoalannya, bagaimana kerajaan atau pihak polis boleh membenarkan pendustaan seperti ini dibuat dalam satu taklimat penting mengenai keselamatan negara?," katanya.

Bagaimanapun Mohd Asri mengakui bahawa beliau pernah mengeluarkan pandangan serta mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berhubung sambutan Maulidur Rasul.

"Di sudut yang lain, jika ada pihak yang tidak ingin mengadakan perayaan Maulid (Maulidur Rasul) seperti Kelantan atau Perlis, apakah pula kaitannya dengan keselamatan negara? Jelas, isu keselamatan negara telah menjadi mainan pihak tertentu dan dipermudah-mudahkan.

"Isu ini menggambarkan betapa suasana pengurusan keselamatan negara diperjudikan atas perkara-perkara remeh seperti ini," katanya.

AKHIRNYA BERAHIM BERSETUJU MELAYU DIJUAL






macam nak bergaduh sangat...mempertahankan melayu..


akhirnya sama-sama setuju JUAL MELAYU...
HIDUP PERKASA....

TEMPAH PESAWAT A380 YANG DAH BASI





Batalkan sahaja tempahan pesawat A380 kerana menunggu terlalu lama hanya akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar kepada Malaysia Airlines (MAS), demikian menurut Kesatuan Pekerja-Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU).

"Pada masa penerimaan pesawat tersebut pada 2012 kelak, merupakan pesawat yang sudah basi dalam industri penerbangan," kata Setiausaha Eksekutif MASEU Mustafar Maarof dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

Kesatuan itu berkata MAS perlu menukar strategi perniagaan dan mengelak daripada mengikuti langkah-langkah syarikat-syarikat penerbangan lain di rantau ini.

KESIAN KAT KJ





PERKASA mengingatkan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA.


Kesian KJ dituduh jual bangsa melayu...ngape Berahim tak berani tuduh Najib dan yang lain-lain sebegitu...?

CHE GU BAD AJAK SAM BERLAWAN





Disahkan Chegu Bad akan "melawan" dengan Shamsul Iskandar untuk jawatan Ketua AMK Pusat, manakala Chegu Faris akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat...

Satu PC akan dibuat pada 25hb ni jam 5.00 petang di Penang(tempat belum dimaklumkan) untuk mencabar sam selaku Ketua AMK Pusat...



BERITA PERAK: YB CASH KE AUSTRALIA




ADUN Malim Nawar yang isytihar sebagai ADUN Bebas baru-baru telah  ke Australia untuk berehat...ditaja oleh siapa...? Sebuah kondo mewah juga telah disediakan untuk beliau tinggal sementara, mungkin seminggu atau 2 minggu beliau ke sana..angkat duit laa...mau kasi kat malaysia tak boleh...haram...kasi kat Australia halal..