Pengikut

Khamis, 17 Jun 2010

BERITA PERAK:ADUN BEBAS, ADA EXCO JADI DALANG





Pakatan Rakyat Perak menggesa supaya Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Bebas, Keshvinder Singh membuat kenyataan dalam Surat Akuan Berkanun di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membuktikan beliau tidak pernah menerima RM2 juta daripada mana-mana pihak sebelum keluar dari DAP.


Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming turut mengajukan kenyataan yang sama kepada seorang Exco Kerajaan Negeri sama terlibat dalam perkara terbabit.
Kor Ming menyuruh kedua-duanya berbuat demikian untuk membuktikan mereka tidak pernah terbabit di dalam ‘skandal’ wang itu.

“Sebagai seorang peguam, Keshvinder sepatutnya faham akan kesan dan implikasi jika membuat surat akuan itu.


“Bagaimanapun, jika Keshvinder melaksanakannya dalam masa terdekat ia menunjukkan beliau seorang yang bersih, cekap dan amanah sepanjang menjadi pemimpin di kawasan Malim Nawar,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Perak di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan