Pengikut

Jumaat, 25 Jun 2010

KELANTAN DAPAT PERUNTUKAN BESAR





Selain peruntukan wang ihsan RM25 juta, Kelantan turut mendapat peruntukan lebih besar berbanding beberapa negeri lain dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, Kelantan merupakan antara beberapa negeri yang mendapat peruntukan besar untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur dan meningkatkan ekonomi rakyat dalam RMK-10.

“Peruntukan itu berdasarkan perkembangan semasa mengenai kemiskinan rakyat negeri itu yang memerlukan pembelaan sepanjang masa bagi menyamai kemajuan dengan negeri-negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MCA Bahagian Gua Musang di sini hari ini.

Donald Lim, yang juga Naib Presiden MCA, berkata, keutamaan kemajuan lebih pesat dalam RMK-10 ialah pembinaan jalan raya dan menaikkan taraf jalan sedia ada bagi menyelesaikan masalah perhubungan penduduk.

"Kerajaan Persekutuan tidak pernah membelakangkan kemajuan negeri Kelantan, sebaliknya lebih diutamakan, tanpa mengambil kira kerajaan negeri terbabit di bawah pemerintahan Pas,” katanya.

1 ulasan:

  1. Merdeka dah lebih 50 tahun, masalah jalanraya pun belum selesai-selesai lagi ke wahai bn umno?

    BalasPadam