Pengikut

Jumaat, 18 Jun 2010

BERITA PERAK: YB KESAVAN





Penduduk Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang jangan bimbang dengan khabar angin wakil rakyat itu melompat parti.
ADUN)Hutan Melintang , S Kesavan berkata, desas-desus itu tidak benar, sebaliknya beliau akan terus bersama dengan parti itu.

Menurutnya, beliau tidak akan mengikut jejak langkah ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh yang keluar DAP menjadi wakil rakyat bebas.


“Saya tidak akan mengkhianati amanah rakyat dan akan terus berkhidmat kepada masyarakat di DUN Hutan Melintang.
“Segala khabar angin ini tidak benar sama sekali dan semua pihak tidak perlu bimbang dengan dakwaan itu,” katanya mengulas laporan beberapa laman blog yang mendakwa ada dua lagi ADUN PR akan melompat parti termasuk beliau.

Menurut Kesavan, dengan penjelasan itu, beliau berharap pengundi dan penyokong PR tidak lagi bimbang dan terus memberi sokongan padu kepada parti.

1 ulasan:

  1. bantulah saudara wakil rakyat PR kita...Rasanya eluklah kalau ada kawan2 kita membantu mereka especialy yg banyak duit...Ringankan beban mereka...

    BalasPadam