Pengikut

Rabu, 23 Jun 2010

PERINCIKAN ISI PERJANJIAN-YB AZMIN






Pakatan Rakyat menggesa Kerajaan Persekutuan supaya memperincikan isi kandungan perjanjian dan perbincangan melibatkan kerajaan Malaysia dengan Singapura berhubung Perkara-perkara Yang Dipersetujui atau (POA).

Antara isu yang diperbincangkan adalah kedua- dua negara dikatakan  bersetuju ialah isu stesen kereta api di Tanjung Pagar, Singapura milik Keretapi Tanah Melayu Berhad atau KTMB, dipindahkan ke Woodlands.

Malaysia dan Singapura juga bersetuju supaya tanah di Tanjung Pagar itu dimajukan secara bersama.

Perbincangan itu melibatkan Perdana Menteri Najib Razak dan Perdana Menteri Singgapura, Lee Hsien Loong.

“Minta kerajaan Malaysia perinci bentuk perjanjian dan perbincangan dengan perdana menteri singgapura. Mengikut pengalaman, tidak semudah itu singgapura membenarkan kalau Malaysia tidak serahkan segala- galanya pada mereka. Kita nak tahu apa yang diberi.”

“Kita tahu tanah itu begitu bernilai dan akan beri pulangan yang lumayan pada Malaysia. Kita mahu tahu apa pulangan pada Malaysia. Kenapa mudah sangat ? Jadi kita mahu isu ini dibawa ke Parlimen,” kata Azmin. disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan