Pengikut

Khamis, 17 Jun 2010

KESIAN YB ELIZABETH- UMNO MEMANG PENDENGKI





Exco Selangor YB Elizabeth Wong menceritakan petang tadi bagaimana seorang pegawai di Sukma yang sedang berlangsung di Melaka begitu marah apabila beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara renang.


Elizabeth berkata pegawai tersebut mempersoalkan kenapa beliau dibenarkan menyampaikan pingat-pingat itu.

Akibat dari bantahan pegawai tersebut, Elizabeth berkata beliau telah hanya dijemput untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara sahaja walaupun pada mulanya beliau dijemput untuk dua acara.


Bagi acara yang kedua, seorang Menteri Sabah telah menggantikan beliau.


Tahun lepas saya telah ke Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta Sukma negeri Selangor. Sempat menyaksikan perlawanan hoki.

Tapi tahun ini setelah apa yang berlaku kepada Elizabeth, rasanya mungkin tidak ke Melaka.

Nampaknya di Melaka, dalam sukan pun pilih-pilih PARTI, katanya..



1 ulasan: