Pengikut
Rabu, 30 Jun 2010
NAZRI MINTA MAAF
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz memohon maaf di Dewan Rakyat hari ini atas kesilapan maklumat berhubung cadangan memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya.
Sebelum ini, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Melaka, Nazri yang menjaga halehwal Parlimen berkata, kabinet telah memutuskan untuk memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya.
Ianya bercanggah dengan kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansur Isnin lalu. Nazri (kanan) menjelaskan bahawa perkara itu berlaku kerana pegawainya telah menghantar jawapan bertulis ke parlimen, tanpa terlebih dahulu menyemak dengannya.
Ini, tambahnya, bertentangan dengan amalannya di pejabatnya. Katanya, atas sebab-sebab tertentu jawaban tersebut tidak dirujuk kepadanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan