Pengikut

Rabu, 23 Jun 2010

BERITA PERAK: ZAMBRY TOLAK LESEN JUDI SUKAN







Isu pemberian lesen judi sukan oleh kerajaan terus mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Badan Perhubungan Umno Perak.
 
Zambry Kadir berkata, Umno Perak menolak cadangan pemberian lesen judi bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu menggunakan isu berkenaan sebagai modal 'politik benci' terhadap kerajaan.

"Tindakan pihak tertentu yang cuba memanipulasikan isu untuk dijadikan modal 'politik benci' dan mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan perlu dihentikan segera," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya Umno Perak mengambil pendirian berkenaan adalah berdasarkan prinsip agama dan diikuti oleh keresahan rakyat yang tidak selesa dengan desakan pihak tertentu untuk memaksa kerajaan mengeluarkan lesen judi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan